Bagaimana Anwar Ibrahim Menipu Demi Jawatan dan Kuasa ( 2 )


Oleh rmf

Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya! Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu.

Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus.

Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun.

Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya.

Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian p dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…” Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC.

Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur!

Anwar menang, Pak Ghaffar kalah!

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini.

Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya.

Perwakilan membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar?

Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya! Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko.

Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar . Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof.

Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya. Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996.

Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotot Anwar.

//www.isuhot.com/

This entry was posted in Bagaimana Anwar Ibrahim Menipu Demi Jawatan dan Kuasa ( 2 ) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s