Bagaimana Anwar Ibrahim Menipu Demi Jawatan dan Kuasa ( 1 )


Oleh rmf

Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.

Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan.

Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!

Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang.

Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”.

Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar.

Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.

Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi.

Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar! Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!

Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.

Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO.

Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden. Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu.

Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar.

This entry was posted in Bagaimana Anwar Ibrahim Menipu Demi Jawatan dan Kuasa and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s