Orang Melayu Dilarang Suarakan Kebenaran Atas Nama Rasis? (Mana Pemimpin yang saban hari melaungkan Membela Melayu?)


Oleh rmf

Terima Kasih semuanya yang melaungkan kedaulatan Melayu, tetapi akhirnya Melayu itu sendiri telah dianaktirikan oleh pemimpin dan perundangan yang mana  diperintah oleh  pemimpin yang melaungkan perjuangan untuk Agama Bangsa dan Negara. Kini Melayu sudah tiada pembelaan lagi, menumpang didalam pemerintahan yang dikatakan membela melayu.

Rasis merupakan isu yang digunakan oleh DAP untuk memberi tekanan kepada orang Melayu dan UMNO dalam menyuarakan kebenaran walaupun mereka sendiri merupakan parti yang terlalu rasis, ultra kiasu dan chauvanist. Mereka terlalu takut sekiranya orang Melayu terus menyampaikan kebenaran hakikat asal usul Malaysia maka hasrat mereka untuk “merampas” pentadbiran negara dengan bantuan PKR dan PAS akan tergendala.

Oleh itu setiap kali para pemimpin UMNO membuat kenyataan berhubung asal usul Malaysia adalah Tanah Melayu, orang Cina dan India dibawa oleh British ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh estet dan lombong bijih timah, Ketuanan Melayu dan Jus Soli Perjanjian Pra Kemerdekaan maka DAP bersama-sama PKR akan “melalak” menuduh UMNO dan orang Melayu rasis. Mereka seolah membentak-bentak mahu supaya “kebenaran” ini dipadamkan dari sejarah negara.

Namun kita juga agak terkilan apabila MIC dan MCA turut sama cuba “tunjuk hero” untuk menuduh suara kebenaran sebagai rasis. Sepatutnya mereka ini lebih maklum dan faham akan sejarah negara dan akur kepada Raja BerPerlembagaan yang menjaga keharmonian dan keamanan kita selama ini.

Baru-baru ini timbul kontroversi yang melibatkan seorang ustaz PAS tercetus selepas Shahul Hamid Seeni Muhammad didakwa telah menghina kaum Hindu dalam klip ceramah agamanya. Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man mengesahkan Shahul Hamid merupakan ahli PAS dan video tersebut memang dirakam lima tahun lalu.

Beliau sememangnya seorang ustaz PAS. Namun apabila beliau menyuarakan isu pembelian serbuk kari daripada pengeluar bukan Islam seperti Baba’s dan Alagappas maka beliau telah “dihentam” bukan sahaja MIC malahan NGO Islam. Namun itu adalah kebenaran.

Mengapa beliau perlu dipertikaikan. Tambahan pula beliau berceramah dalam majlis ilmu yang diadakan secara tertutup. Manakala lawak sinis Kuil Ular pula merupakan satu isu yang berbeza. Video tersebut dipercayai telah dirakam lima tahun lalu. Ianya cuma dimuat naik pada Mei lalu. Kini ia menjadi viral di laman-laman sosial sehingga mencetuskan kontroversi di kalangan penganut Hindu.

Begitu sekali mereka melatah. Selama ini DAP telah menghentam dan menghina Islam secara sinis dan terang namun berapa kerat yang sanggup mempertahankan kemuliaan dan maruah Islam. Apabila pasangan Alvin dan Vivian mempersendakan umat Islam berpuasa dengan mengajak makan babi , demi sokongan politik maka parti yang kononnya berjuang untuk Islam telah diam membisu.

Begitu juga dengan isu Kalimah Allah yang telah diperbesarkan oleh Pakatan Pembangkang sehingga menggunakan Comango untuk memohon bantuan luar untuk menekan umat Islam di negara kita , berapa kerat sahaja mereka yang sanggup bangkit menyuarakan bantahan. Ini kita bercakap tentang penghinaan secara terang benderang bukan lagi sekadar sinis.

Oleh itu bangsa Melayu dan umat Islam perlu bersatu demi mempertahankan maruah dan kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Selagi kita tidak bersatu maka selagi itulah maruah kita akan dengan mudah “dipijak”. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

mykmu.net

This entry was posted in Orang Melayu Dilarang Suarakan Kebenaran Atas Nama Rasis? (Mana Pemimpin yang saban hari melaungkan Membela Melayu?) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s