Melayu Masih Tak Sedar lagi? -Kenaikan Kadar Tol di CIQ Senai- DAP tetap akan bela PAP


Oleh rmf

Kalau dah dinamakan talibarut asing, apa juga tindakan yang kepentingan sekutu pastinya akan mendapat kecaman dari mereka iani- Siapakah mereka ini? Mereka adalah DAP iaitu anak kepada PAP yang mana menentang isu kenaikan kadar tol di CIQ di Senai , Johor. 

Kebajikan PAP amat dijaga oleh DAP sehinggakan apa juga yang berkaitan akan ditentang habis habisan. Adakah perkara ini tidak dapat membuka mata orang Melayu lagi dimana saban hari sentiasa bercakaran sesama sendiri.

DAP dan Pakatan Rakyat sedang bersungguh-sungguh untuk mengecam kerajaan kerana menaikkan tol di CIQ Senai. Ramai yang tidak tahu, turut marah-marah walaupun mereka yang menggunakan lebuhraya penyuraian di kawasan terbabit tidak terlibat langsung dengan kenaikan kadar tol.

Kenaikan besar tol di Johor Causeway sebenarnya adalah reaksi kepada tindakan Singapura menaikan kadar VEP mereka untuk kenderaan-kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura, dari S$20 menjadi S$35 atau lebih kurang RM89.50 bermula 1 Ogos.

Sepatutnya tindakan kerajaan itu dilihat sebagai ‘pembelaan’ ke atas rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran berlebihan kerajaan yang kuat menyokong Zionis itu.

Tidakkah kaum pecacai Pakatan itu melihat kenaikan besar kadar tol secara tiba-tiba itu dan tempoh pemberitahuan yang singkat tersebut hampir ‘kebetulan’ dengan tarikh 1 Ogos yang Singapura isytiharkan kenaikan VEP untuk rakyat Malaysia?

Bukankah kenaikan besar-besaran dan bersifat tergesa-gesa itu, bukanna karektoristik Kerajaan Malaysia? Tidakkah anda dapat melihatnya?

Mungkin para pecacai Pakatan Rakyat yang tidak begitu pandai, tidak tahu bahawa ini adalah ‘respons diplomatik’ dan tindakan Kerajaan Malaysia menaikkan kadar tol secara besar-besaran, sebenarnya menggambarkan ketidakpuasan hati Malaysia kepada negara penyokong kuat Zionis itu.

Kenaikan tol tersebut BUKANNYA perkara besar berbanding permit kemasukan kenderaan Singapura yang telah dinaikkan kepada RM90 yang bakal dikenakan pada hari yang sama tol di Johor Causeway dinaikkan.

Justeru.. sekiranya anda bekerja di Singapura, anda perlu ke negara tersebut menggunakan kenderaan awam berbanding menggunakan kenderan sendiri bagi mengelakkan Singapura mendapat RM90 daripada anda sahaja, sekaligus membiarkan wang negara mengalir ke negara yang kuat menyokong Zionis itu.

Kenaikan kadar tol dan VEP akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura namun pada masa yang sama, mengembalkan wang kita ke dalam negara berbanding memberi faedah kepada Singapura sahaja. Malah kesan yang lebih terpaksa ditanggung oleh rakyat Singapura yang masuk ke Malaysia.

Perlu diingat, pada setiap hujung minggu atau musim perayaan, rakyat Singapura berpusu-pusu masuk ke Malaysia dengan sebahagian besar daripada mereka menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama. Dan kalaupun mereka hendak ke Thailand dengan menggunakan lebuhraya, mereka tetap terpaksa membayar kepada Malaysia.

Sepatutnya para pecacai Pakatan turut bertanya memandangkan mereka tidak berpuas hati, mengapa Kerajaan Singapura menaikkan kadar VEP untuk kenderaan dari Malaysia sebegitu banyak, bukannya mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia

.
Sumber: BULETIN247.

This entry was posted in Melayu Masih Tak Sedar lagi? -Kenaikan Kadar Tol di CIQ Senai- DAP tetap akan bela PAP and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Melayu Masih Tak Sedar lagi? -Kenaikan Kadar Tol di CIQ Senai- DAP tetap akan bela PAP

  1. bensufyan says:

    Sedih apabila ramai orang melayu yang menyokong dan berhujah membabi buta tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. Jangan perbodohkan orang dengan isu sebegini. namun, sedarilah bahawa ia memerlukan orang yang BODOH untuk diperbodohkan. So, kalau pun penyokong2 BN diperbodohkan oleh page penyokong BN atau blogger pro BN ini bermaksud penyokong2 BN itu sendiri memang BODOH bukan?

    Haha.
    http://www.amenoworld.net/2014/08/menjawab-apa-itu-vep-kenaikan-tol-dan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s