Astro Beri Kontrak Kepada AMDOCS, Lembaga Pengarahnya Adalah Penasihat Tentera Israel


Oleh rmf

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia belum memberi sebarang maklum balas mengenai tindakan ASTRO memberi kontrak kepada syarikat yang berakar umbi di Israel, Amdocs.

Dalam kenyataan Astro di laman Facebooknya mengakui pemberian kontrak ini dan menyatakan Amdocs bukan lagi sebuah lagi syarikat Israel.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil. Amdocs merupakan peneraju pasaran global dalam perisian serta khidmat untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985. Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ.

Syarikat ini mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara. Ia memiliki pejabat serta operasi penyelidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia.

Bagaimanapun dalam laporan MYKMU bertajuk, “Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel” terdapat fakta yang mendedahkan bahawa data dan maklumat rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan Astro kemungkinan besar terdedah kepada Israel kerana nadi syarikat ini masih di negara tersebut.

Inkubator Amdocs adalah berpusat dan “milik” Israel. Sungguhpun telah berkembang di luar jangkaan dan mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat dan sebahagian besar pekerjanya bukan rakyat Israel, tetapi pusat penyelidikan dan maklumat serta pengurusan tertinggi mereka masih berpusat di Ra’anana, Israel

gioraNamun pendedahan yang lebih mengejutkan ialah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah AMDOCS, Dr Giora Yaron, merupakan Lembaga Penasihat kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Tentera Israel yang dikenali sebagai Rafael Advanced Defense Systems dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri.

Menurut laporan tahunan AMDOCS (muka surat 47)

“Dr Giora Yaron one of AMDOCS BOD – served on advisory board of Rafael Advanced Defense Systems , a developer of hi-tech defence systems for Israeli military. Dr. Yaron serves as Chairman of the Executive Council of Tel Aviv University, the Chairman of Ramot, the commercialization company of Tel Aviv University, on the Board of Governors of the Hebrew University and on the board of Amdocs (DOX). Dr Yaron serves on the advisory board of Raphael and the Ministry of Defense.

Sekarang kita mahu melihat apakah yang akan dilakukan oleh badan bukan kerajaan yang berkempen boikot beberapa jenama. Beranikah mereka berkempen memboikot Astro sama?

Astro tidak boleh mencuci tangan kerana perlantikan Amdocs ini juga dilakukan tanpa penelitian dan pengawasan teliti pengawal satelit negara. Ini kerana Amdocs pernah disiasat atas tuduhan mengintip Washington bagi pihak Israel.

Namun hal ini ditutup kemudiannya apabila para pegawai perisikan Amerika Syarikat menyatakan tiada bukti langsung berlakukanya pengintipan tersebut.

The federal authorities conducted a highly classified espionage investigation into whether Israeli intelligence agents used a software company in Missouri to intercept telephone conversations from the White House, State Department and other agencies, government officials said today.

The counterintelligence inquiry did not find evidence that government telephone systems were penetrated, the officials said. The investigation focused on the Amdocs Corporation, a publicly traded corporation founded by Israelis, but failed to unearth evidence that anyone at the company or connected to it had tried to listen to government communications illegally, the officials said.
Link

Bagaimanapun adalah kurang jelas sama ada kenyataan tersebut merupakan hasil penyiasatan sebenar atau sekadar “cover up” oleh perisikan US bagi menjaga hubungan baik dengan Israel dan juga menafikan kelemahan mereka sendiri.

Justeru penjelasan Astro bahawa Amdocs tidak lagi berkaitan dengan Israel adalah satu pembohongan yang luar biasa. Malah, bagi penulis tindakan Astro memberi kontrak kepada Amdocs ini merupakan satu pengkhianat yang lebih teruk daripada Mc Donald dan Coca Cola.

mykmu

This entry was posted in Lembaga Pengarahnya Adalah Penasihat Tentera Israel and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s