Wajib Baca -Peranan Kit Siang dalam peristiwa 13 Mei


Oleh rmf

Menyokong sesabuah parti politik itu tidak menjadi kesalahan kepada kita, tetapi hakikatnya kita mesti mengetahui latar belakang agenda parti yang  disokong. Jangan hanya bijak menyokong akan tetapi tidak pula mahu mengambil tahu tentang dasar perjuangan yang disembunyikan.

Jangan mudah tunduk kepada terjahan ‘anti-Semitisme’, yang mana dalam konteks politik Malaysia mengambil rupabentuk tuduhan “anti-Cina”. Kononnya sesiapa yang mengkritik tindakan Israel adalah “anti-Semitik” manakala sesiapa yang mengkritik DAP adalah “anti-Cina”.

Begitu cepatnya gelaran “rasis”, “pelampau” dan “anti-Cina” dilontarkan terhadap mana-mana orang Melayu yang berani mengkritik masyarakat Cina mahupun pemimpin DAP – contohnya laporan berikut, ruj. ‘Mantan Ketua Hakim Negara seorang pembohong, rasis dan ekstremis, kata Guan Eng’ (bawah).

Dakwaan “anti-Semitisme” / “anti-Cina” sebenarnya sekadar satu alasan semata-mata untuk menepis desakan akauntabiliti (kebertanggungjawaban) yang wajar disahut DAP.

http://news.malaysia.msn.com/tmi/ex-chief-justice-a-liar-racist-and-extremist-says-guan-eng

Kit Siang: “Zam, are you ‘Malaysian first, Malay second’ or ‘Malay first, Malaysian second’?”

Kelmarin Lim Kit Siang ada mengajukan soalan ‘Malaysian First’nya yang bebal kepada Tan Sri Zainuddin Maidin (yang telah diturunkan pangkat ke “Datuk Zainuddin” oleh muryidul am DAP tersebut).

Tulis Kit Siang:

“But Zainuddin is quite happy and comfortable with the police double standards with false accusations against me that I was the cause of the May 13 riots in Kuala Lumpur when I was not even in Kuala Lumpur during the May 13 riots in 1969 – with no action taken by the authorities against such malice and hatred!

“Again, if any DAP leader had threatened May 13 riots in the country, he or she would have to face the full weight of the law – and rightly so, because all Malaysians cherish peace, harmony and unity in our multi-racial, multi-religious and multi-cultural nation. But Zainuddin is quite happy that no action is being taken by the police or authorities although May 13 threats had been openly made at least three times this year by racial and religious extremists and chauvinists.

“I invite Zainuddin to join me to foreswear the language of division, extremism, hatred and injustice and to embrace the language of unity, moderation, tolerance and justice to build a united, democratic, just and prosperous Malaysia for all Malaysians, regardless of race, religion or region.”

Kit Siang dijulang para pengikutnya selepas dibebaskan daripada tahanan ISA pada 1970

Persoalan-persoalan yang masih kabur

(1) Kit Siang: “false accusations against me that I was the cause of the May 13 riots”

Kalau ia tuduhan palsu, kenapa pula Kit Siang ditahan ISA hampir 1½ tahun mulai 18 Mei 1969?

“I was not even in Kuala Lumpur during the May 13 riots,” kata Kit Siang.

  • 11 Mei 1969: Kit Siang balik ke rumahnya di Petaling Jaya setelah tempoh panjang berkempen pilihanraya
    .
  • 12 Mei 1969: Kit Siang merancang untuk pulang ke Melaka di mana dia bertanding kerusi Parlimen Bandar Melaka
    .
  • 13 Mei1969: Kit Siang berlepas ke Kota Kinabalu pada belah pagi dan dengan itu berjaya mengelak daripada berada di ibukota KL ketika peristiwa berdarah itu tercetus
    .
  • 14-17 Mei 1969: Kit Siang berada di Singapura kerana mengambil penerbangan laluan Kota Kinabalu-Singapura ekoran lapangan terbang Subang ditutup angkara darurat. Kit Siang telah singgah di rumah Devan Nair, iaitu Ahli Parlimen Bungsar (ejaan lama bagi ‘Bangsar’) 1964-69 yang kemudiannya pernah dilantik menjadi Presiden Singapura.

Sumber: The Right to Differ– A Biographical Sketch of Lim Kit Siang (ms.41)

Kit Siang juga bekas setpol Devan Nair yang merupakan pengasas DAP

DevanNairKitSiang

“Equality for the languages, cultures”

Pada 13 Mei sejurus sebelum menaiki pesawatnya di lapangan terbang Subang, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang mangatakan:

“The entire Malaysian people and nation is on the move and on a great wave for change. The DAP has emerged as the leading Opposition party in the country, with the largest Opposition Parliamentary group.

“Our victory in the West Malaysian general elections is only the first step and the beginning of our crusade for equality and justice in Malaysia, equality for the races, languages, cultures and classes — a Malaysian Malaysia.”

Nota sampingan: “A Malaysian Malaysia is the antithesis of a Malay Malaysia …” deklarasi PAP pada 8 Mei 1965 (ruj. buku Dr Cheah Book Kheng, Malaysia: The Making of a Nation, ms.101)

Perarakan mayat Lim Soon Seng, 9 Mei 1969

Nota: Lim Soon Seng boleh dianggap sebagai ‘Teoh Beng Hock’ zamannya

(2) Kit Siang: “all Malaysians cherish peace, harmony and unity in our multi-racial, multi-religious and multi-cultural nation”

Betulkah DAP menghargai keamanan, keharmonian dan perpaduan?

Cuba anda teliti asas-asas bagi penahanan Kit Siang di bawah ISA dan penangkapannya pada 18 Mei 1969.

Menghasut melalui ucapan berapi-api yang menjejaskan ketenteraman awam

“Since July, 1968, you, Lim Kit Siang, have been acting in a manner prejudicial to the maintenance of public order in Malaysia in that in the several speeches you have made since the date you have deliberately and intentionally roused intense communal feelings thereby promoting feelings of hostility between different races in Malaysia and causing suspicion and disunity to grow between them.”

DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan

Kit Siang ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab:

(1) Mencetuskan perpecahan dan perbalahan kaum.

(2) Membayangkan kerajaan cuba menghapuskan bahasa-bahasa ibunda di samping kerajaan tidak bersikap adil kerana enggan meletakkan bahasa-bahasa lain setaraf dengan bahasa Melayu.

(3) Menyelar MCA bersubahat dengan kerajaan (maksudnya Umno) untuk mengehadkan penggunaan bahasa Cina dan justeru itu, tindakan tersebut digambarkan sebagai penindasan ke atas masyarakat Cina.

(4) Menuduh Perikatan, yakni parti pemerintah, mengamalkan “dasar-dasar perkauman” yang mengakibatkan golongan bukan-Melayu dilayan bagai “warga kelas kedua”.

(5) Menggambarkan bahawa kuota dan hak istimewa orang Melayu adalah suatu diskriminasi.

(6) Mendakwa kerajaan mahu menubuhkan “Malay Malaysia” beserta kerajaan Malaysia, menerusi persatuan OIC, mempunyai niat untuk menghantar orang Malaysia pergi bertempur di Timur Tengah dengan matlamat menawan bandar Jerusalem bagi pihak dunia Islam.

Sumber: Grounds on which the order of detention is made, allegations of facts

DAPmultiracial

(3) Kit Siang: “I invite Zainuddin to join me to foreswear the language of division, extremism, hatred and injustice”

Kit Siang menggambarkan seolah-olah hanya dia dan partinya sahajalah yang mendakap erat “the language of unity, moderation, tolerance and justice” demi membina perpaduan nasional walhal mereka CUKUP HIPOKRIT.

Pandai sangat dan begitu ligat mereka menuduh orang BN semua “rasis”, “ekstremis”, “pelampau agama” (religious bigots) dan Nazi.

Once and for all, biar Kit Siang cakap dengan terang dan jujur sama ada DAP mahu lagi berpegang kepada cita-cita mereka untuk menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, iaitu pertikaian teras yang menjadi tonggak perjuangan PAP dan DAP dalam tahun 1960-an sehinggalah ke gelombang baru Ubah.

Objektif DAP masih tidak nampak berganjak daripada konsep Malaysian Malaysia.

Mama dan Grandpapa Dapster

Adakah DAP bertekad untuk menghapuskan Perkara 153?

Dasar DAP dari segi pembentukan negara bangsa (on nation-building) terus lagi berpaksi kepada usaha memansuhkan pembahagian warga Malaysia kepada kelas Bumiputera dan Bukan-Bumiputera (“abolition of the division of ‘bumiputra’ and ‘non-bumiputra’ and the implementation of ethnic equality”).

Ruj. http://dapmalaysia.org/en/about-us/vision-mission/our-objectives/

Pokok pangkalnya senang. Pelaksanaan dasar sama rata etnik (“implementation of ethnic equality”) secara automatiknya akan bermakna Perkara 153 Kedudukan Istimewa orang Melayu bakal terhapus dalam amalan pentadbiran negara.

Tak payahlah DAP berpura-pura dan bermuka-muka lagi dengan belitan umpamaHannah Yeoh dengan tweet “Heartacheputar alamnya itu.

(1,140 patah perkataan)

Grounds on which order of detention made

ha

 

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s