Apabila Puak Pakatan Terpaksa Jilat Kahak Dan Ludah Hijau Dongengan Mereka


Oleh rmf

Kalau kita rajin bersembang dengan puak-puak Pakatan Rakyat, antara ayat yang mereka sering gunakan untuk menunjukkan atau membuktikan yang UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi relevan ialah, “Di Singapura tidak ada UMNO-BN, tapi negara tu maju. Di Amerika pun tak ada UMNO-BN tapi negara tu maju. Kalau UMNO-BN tak ada di Malaysia, sudah lama Malaysia maju.”

Dan para pecacai mereka pun segera menggunakan hujah tersebut dengan penuh keyakinan sambil membanding-bandingkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan negeri-negeri lain, khususnya Sabah dan Sarawak yang menurut mereka, jauh lebih miskin berbanding Kelantan. Paranoidnya mereka dengan UMNO-BN menyebabkan para pecacai Pakatan Rakyat terpaksa mencipta pelbagai dongengan.

Hujah ‘Kalau Tak Ada UMNO, Negara Jauh Maju’ amat dipercayai dan diimani. Namun perkembangan terbaru di Selangor, menjelaskan bahawa kaum pecacai terpaksa menjilat semula hujah mereka kerana yang terbaliknya adalah mereka sendiri.

Di Selangor, UMNO-BN tak berkuasa. Di Kelantan, UMNO-BN juga tak berkuasa. Di Pulau Pinang, UMNO-BN juga tidak mempunyai suara.

Namun berdasarkan data dan fakta, Kelantan merupakan negeri pengemis yang terpaksa mengemis bantuan daripada Kerajaan Pusat semata-mata untuk mendapatkan perbelanjaan menguruskan negeri. Pulau Pinang yang dikatakan sangat hebat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, tidak mampu menarik FDI dan Lim Guan Eng terpaksa menggabungkan data FDI beberapa tahun untuk dikembangdadakan seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng beberapa bulan dahulu.

Dengan kemelut yang melanda kepimpinan PKR khususnya di Selangor, membuktikan bahawa dongengan yang dikembangbiakkan oleh PKR sebenarnya hanya menceritakan sifat mereka yang sebenar. ‘Ketiadaan UMNO-BN’ di Selangor, tidak pula merealisasikan kebenaran dongengan PKR kononnya Selangor boleh dimajukan. Malahan ‘ketiadaan UMNO-BN’ di Selangor, telah menyebabkan Anwar Ibrahim terfikir bahawa dia boleh berbuat sekehendak hati dengan melantik isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Mana makmur, mana maju tanpa UMNO-BN di Selangor? Mana aman, mana sentosa tanpa UMNO-BN di Selangor? Yang ada sekarang, hanyalah kekacauan. Bahkan rakyat Selangor sendiri terpaksa berhadapan dengan kenaikan cukai, pengurusan air yang tidak cekap selain terbantutnya pembangunan serta kemasukan FDI ke negeri itu.

Sekarang, Pakatan Rakyat yang suatu ketika dahulu seringkali digambarkan kononnya sangat kuat, sangat bersatu umpama kota yang sangat teguh, kini sedang bercempera. Ada yang berpihak kepada Anwar Ibrahim. Ada pula yang mengambil pendirian enggan campurtangan. Ada pula yang bimbang jikalau PAS terus menjadi telunjuk mencucuk jari, sedar tentang kuasa dan peranan penting yang ada pada PAS, cuba menghentikan usaha PAS menjadi penentu di Selangor.

Di negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO-BN – kecuali di Terengganu – masalah seperti yang berlaku di Selangor, tidak berlaku. Sungguh menghairankan kerana di negeri-negeri yang ada UMNO, perkembangan dan kemajuan negeri berjalan lancar, sedangkan di negeri-negeri yang ‘tiada’ UMNO, bukan sahaja kemajuan terhenti, bahkan masalah kepimpinan berlaku tanpa dapat dikawal-kawal atau ditahan-tahan.

Kita masih menunggu, ayat-ayat popular spin para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk didengar. Dalam keadaan biasa, mereka akan segera menyalahkan UMNO, menuduh UMNO yang menjadi dalang dan segala-galanya adalah UMNO. Setakat ini, yang kedengaran hanyalah bunyi sayup-sayup yang menyatakan bahawa Khalid Ibrahim menggunakan skrip UMNO. Sayup-sayup juga kedengaran tuduhan yang menyatakan bahawa Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS terpedaya dengan mainan UMNO.

Mereka belum serius menuduh UMNO tetapi bunyinya sudah ada.

Dongeng yang mereka cipta, nampaknya sedang memakan diri. Kita tengok sejauh mana berbelit lidah mereka untuk memberi alasan tentang kemelut yang berlaku di Selangor sehingga akhirnya UMNO dibabitkan sekali.

mykmu

This entry was posted in Apabila Puak Pakatan Terpaksa Jilat Kahak Dan Ludah Hijau Dongengan Mereka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s