MANTAN SETIAUSAHA POLITIK : MB KEDAH : Buka Mata Hati -Ini Lah Perangai PKR Yang Sebenarnya (1)


Oleh rmf

Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu… Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!

Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak…lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya – memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat…

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap.

Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan si Rafizi atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan ‘tokong’ dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya!

This entry was posted in MANTAN SETIAUSAHA POLITIK : MB KEDAH : Buka Mata Hati -Ini Lah Perangai PKR Yang Sebenarnya and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s