MB Selangor: Bila Terdesak, Anwar Cuba Tiru Kepintaran Najib


Oleh rmf

SEBELUM Ramadhan melabuhkan tirainya semalam, Anwar sempat lagi berbohong pada rakyat Malaysia apabila dakwa Khalid Ibrahim sudah tahu lebih awal bahawa Kajang Move adalah ‘move’ untuk gantikan dia sebagai Menteri Besar dengan bini Anwar, Azizah.

Buat yang tahu, ini pertama kali Anwar sebut perkara itu (Khalid dah tahu), mungkin sebab dah terdesak sangat selepas Hadi Awang dan Nik Aziz ‘declare’ sokongan terhadap Khalid Ibrahim.

Walhalnya, sebelum Azizah dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor ganti Khalid, Anwar dah banyak kali sebut bahawa Kajang Move ini bukan sasarannya untuk gantikan Khalid, sebaliknya sebagai langkah nak ke Putrajaya, elak UMNO dari bertindak keras sehingga rampas Selangor (????) dan lain-lainlah.

Malah pada satu tahap Anwar sebut bahawa khabar-khabar angin nak gantikan Khalid selepas Azizah menang, hanyalah satu spekulasi!!

Kenyataan-kenyataan seperti itu bersepah dalam Internet untuk sesiapa rujuk, tapi nak bagi jelas, penulis perturunkan satu video sebelum PRK Kajang dimana Anwar nafi kekosongan dengan sengaja DUN Kajang adalah untuk meletakkan dia sebagai Menteri Besar (sebelum ubah fikiran dan calonkan Azizah).

Yang pentingnya disini, ANWAR KATA KAJANG MOVE BUKAN UNTUK GANTIKAN KHALID SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR

So, bila Anwar kata Khalid dah tahu lebih awal tu, maksudnya salah satu dari dua ini:-

  1. Khalid tipu, Anwar betul
  2. Anwar tipu, Khalid betul

Agak-agak, mana satu betul?  Penulis kata nombor dua sebab bohong membohong ni memang kerja Anwar sejak mula.  Eh, come on la, dia pernah didakwa buat benda yang jauh lebih terkutuk pada bulan Ramadhan (meliwat), bohong ni apalah sangat kan?

Dalam masa sama, penulis perasan, Anwar sedang cuba guna senario penggantian Menteri Besar Terengganu beberapa bulan lepas dengan dakwa Khalid Ibrahim dah tahu akan digantikan.  Hakikatnya apa yang berlaku di Terengganu dan di Selangor hari ini, langsung tak sama.

Di Terengganu, Perdana Menteri memang dah ada perjanjian hitam putih dengan Datuk Seri Ahmad Said yang dia akan digantikan selepas setahun akibat prestasi buruk UMNO Terengganu dalam PRU13.  Najib bertindak bijak dalam hal ini apabila tidak ambil langkah buang Ahmad Said tergesa-gesa melihat kepada perbezaan kerusi DUN dengan Pakatan yang hanya berselang 2 kerusi.

Sedangkan perkataan ‘bijak’ langsung tak wujud dalam situasi di Selangor sekarang.  Ini semua kes Anwar mabuk kuasa dan nak bolot semua untuk diri sendiri, sebab itu dicalonkan nama bininya sahaja, tidak ada orang lain.

Masa pencalonan untuk jawatan Presiden PKR yang baru lepas pun sama.  Pada mulanya Anwar calonkan dirinya sendiri sebab nak block Azmin atau sesiapa dari lawan Azizah.  Buktinya, tak berapa lama selepas pencalonan ditutup, Anwar tarik diri dari bertanding.  Tak jelas lagi ke?

Apa pun malulah, Anwar yang konon hebat sana sini ni, rupa-rupanya nak cedok kebijakan Najib dalam menyelesaikan soal penggantian Menteri Besar Terengganu dengan mengubahsuai perkara itu untuk diserasikan dengan situasi di Selangor sekarang.

Nampak sangat Anwar ni bodoh, cakap saja berdegar-degar.

sumber

This entry was posted in Anwar Cuba Tiru Kepintaran Najib and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s