Kaji Semula Perundangan Negara -Wan Saiful


Oleh rmf

KUALA LUMPUR – Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal (Ideas) meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undang-undang demi mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem perundangan di negara ini.

Menurut Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan, segala usaha untuk menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa hanya sia-sia sekiranya kerajaan tidak dapat meyakinkan orang ramai untuk mempercayai sistem tersebut.

“Saya boleh menyatakan kebimbangan yang jelas di sini bahawa kita hanya melihat dan menekankan akta dan pelaksanaan akta tersebut tanpa melihat ke atas persekitaran di sekeliling kita. Kita mempunyai akta undang-undang yang sangat teguh dan kuat, namun ia dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak meyakinkan.

“Kita perlu lihat hal ini secara menyeluruh, kaji semula dan selaraskan pelaksanaan akta tersebut dengan keadaan dan persekitaran sekeliling. Kita perlu tahu adakah sistem perundangan dan perlaksanaan yang ada di negara ini memerlukan penambahbaikan atau tidak,” katanya menerusi ucapan dalam Program Whistleblowing-Your Right, Our Commitment yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata, demi mendapatkan kepercayaan orang ramai, kerajaan perlu memperbaiki pelbagai insititusi seperti institusi kehakiman, institusi perlembagaan dan juga institusi penguatkuasaan akta yang lain.

“Kita juga perlu mengkaji semula perlaksanaan undang-undang yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Kita perlu tahu dan kenal pasti sama ada kita sudah mengkaji kesemua isu tersebut dengan kaedah holistik,” katanya lagi.

Justeru, kerajaan disarankan mengkaji semula ketepatan perlaksanaan undang-undang di negara ini bagi membolehkan rakyat menyalurkan maklumat dengan lebih selesa.

 Sinar harian

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s