ISU MB SELANGOR : PAKATAAN JANGAN PERALATKAN RAKYAT( PKR sememangnya Memperalatkan Rakyat demi Kroni Anwar)


oleh rmf

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika berasa dikhianati oleh PKR, tegas ahli MT UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan. Jelasnya Khalid berhak untuk membiarkan rakyat memilih mandat yang dirasakan mampu mentadbir berbanding keputusan parti sendiri.

“Jika menteri besar sekarang merasakan sudah dianiaya dan hilang keyakinan kepada parti, sila bubarkan DUN dan kita tengok mandat rakyat.” Terbaru Anwar mengakui peralihan jawatan Menteri Besar Selangor adalah kesinambungan ‘Langkah Kajang’ yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan keadilan sejak 15 Januari lepas.

Walaupun mendapat desakan untuk berundur namun Khalid dilihat tetap nekad untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai menteri besar sehingga akhir penggal ini pada 2018 nanti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kenyataan Abdul Hadi itu dilihat bukan keputusan rasmi parti itu. Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo tidak mempercayai ada pertemuan dibuat di antara pemimpin PR sebelum ini.

Tegasnya, seandainya ada mesyuarat membincangkan kedudukan Khalid maka seharusnya kenyataan bercanggah dari PAS tidak akan timbul.

“Kita tanya juga adakah benar berlaku perbincangan untuk tentukan siapa menteri besar, andai benar ada perbincangan, pasti ada kesepakatan, situasi sekarang seperti sengaja dibuat. Saya yakin tiada keputusan dibuat kerana tidak ada pertemuan pun yang dibuat,” jelasnya.

Isu perebutan kerusi menteri besar di Selangor turut disifatkan pemimpin Umno sebagai permainan politik Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menyusahkan rakyat di negeri itu. Sikap berdiam diri komponen parti dalam PR iaitu DAP selain kelantangan PAS pada masa sama dilihat bermotif kepentingan politik parti masing-masing sekali gus menunjukkan tiada kesepakatan sesama mereka.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berpendapat PAS harus berpegang teguh dengan pendirian bersama kepimpinan parti mereka.

“PAS respon dari sudut bukan keseluruhan, tiada kesepakatan di antara pemimpin mereka, pendapat parti mereka boleh nafikan dan anggap pendapat peribadi.

“DAP pula berdiam diri seolah-olah ada strategi. Kita nampak mereka mahu menangguk di air keruh. Mereka ada perancangan sendiri. Mungkin DAP mahu cadangkan ada jawatan timbalan menteri besar,” katanya.
Sumber: ANTARAPOS.

ISU MB SELANGOR : PAKATAAN JANGAN PERALATKAN RAKYAT.....

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika berasa dikhianati oleh PKR, tegas ahli MT UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.

Jelasnya Khalid berhak untuk membiarkan rakyat memilih mandat yang dirasakan mampu mentadbir berbanding keputusan parti sendiri.

"Jika menteri besar sekarang merasakan sudah dianiaya dan hilang keyakinan kepada parti, sila bubarkan DUN dan kita tengok mandat rakyat."

Terbaru Anwar mengakui peralihan jawatan Menteri Besar Selangor adalah kesinambungan 'Langkah Kajang' yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan keadilan sejak 15 Januari lepas.

Walaupun  mendapat desakan untuk berundur namun Khalid dilihat tetap nekad untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai menteri besar sehingga akhir penggal ini pada 2018 nanti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudiannya secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kenyataan Abdul Hadi itu dilihat bukan keputusan rasmi parti itu.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo tidak mempercayai ada pertemuan dibuat di antara pemimpin PR sebelum ini.

Tegasnya, seandainya ada mesyuarat membincangkan kedudukan Khalid maka seharusnya kenyataan bercanggah dari PAS tidak akan timbul.

"Kita tanya juga adakah benar berlaku perbincangan untuk tentukan siapa menteri besar, andai benar ada perbincangan, pasti ada kesepakatan, situasi sekarang seperti sengaja dibuat. Saya yakin tiada keputusan dibuat kerana tidak ada pertemuan pun yang dibuat," jelasnya.

Isu perebutan kerusi menteri besar di Selangor turut disifatkan pemimpin Umno sebagai permainan politik Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menyusahkan rakyat di negeri itu.

Sikap berdiam diri komponen parti dalam PR iaitu DAP selain kelantangan PAS pada masa sama dilihat bermotif kepentingan politik parti masing-masing sekali gus menunjukkan tiada kesepakatan sesama mereka.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berpendapat PAS harus berpegang teguh dengan pendirian bersama kepimpinan parti mereka.

"PAS respon dari sudut bukan keseluruhan, tiada kesepakatan di antara pemimpin mereka, pendapat parti mereka boleh nafikan dan anggap pendapat peribadi.

"DAP pula berdiam diri seolah-olah ada strategi. Kita nampak mereka mahu menangguk di air keruh. Mereka ada perancangan sendiri. Mungkin DAP mahu cadangkan ada jawatan timbalan menteri besar," katanya.
Sumber: ANTARAPOS.
This entry was posted in ISU MB SELANGOR : PAKATAAN JANGAN PERALATKAN RAKYAT( PKR sememangnya Memperalatkan Rakyat demi Kroni Anwar) and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to ISU MB SELANGOR : PAKATAAN JANGAN PERALATKAN RAKYAT( PKR sememangnya Memperalatkan Rakyat demi Kroni Anwar)

  1. Dr.Wan Azizah boleh dapat rekod YB paling cepat untuk ape erk kalau DUN Selangor di bubar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s