Demi Maruah PAS- Kronisme Anwar Ibrahim MESTI di Tentang


Oleh rmf

Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap.

Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya.

Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution.

Setelah dua tampok kepimpinan PAS mula bersuara mengenai Isu untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim  menduduki kerusi Menteri Besar Selangor . Anwar seakan tidak percaya menerima tekanan yang cukup drastik dari sekutu mereka iaitu PAS.

Selama ini PAS diperkudakan untuk mendapat sokongan dalam apa juga bentuk  cadangan dan  percaturan yang bukan hanya untuk kepentingan rakyat malahan ianya hanya untuk survival politik Anwar Ibrahim yang penuh dengan putar belit.

Isu untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim bukan sekadar isu  yang biasa , difahamkan bahawa  ianya juga berkaitan dengan isu pengambil alihan Splash yang bernilai RM250juta tetapi telah di naikkan sehingga 10 kali ganda sehingga mencecah RM2.5 billion.  Tentangan Khalid didalam isu ini telah menjadi kemarahan kepada Anwar Ibrahim.

 Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR,  Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar.

Nampak sangat bahawa Wan Azizah akan dipergunakan untuk memudah cara bagi Anwar , Rafizi menjalankan  pengkhianatan mereka terhadap rakyat Selangor

Didalam satu blog sahabat saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar kini berhadapan dengan  tindakan tidak menyokong beliau didalam isu  Menteribesar ini.. Klik disini

This entry was posted in Demi Maruah PAS- Kronisme Anwar Ibrahim MESTI di Tentang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s