Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya dan Agenda Penghapusan Bangsa Arab Oleh Israel


oleh rmf

Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya dilakukan oleh askar-askar Israel ke atas satu perkampungan Arab di tebing Barat dalam bulan Oktober tahun 1953.

Serangan ke atas Qibya dibuat berikutan dengan pertempuran sempadan yang meningkat banyak sejurus selepas perjanjian gencatan senjata tahun 1949. Negara Israel berdepan dengan masalah serangan bertubi-tubi oleh pejuang-pejuang Palestin yang menyusup masuk melepasi sempadan Israel. Dalam tahun 1951, 137 orang rakyat Israel terbunuh oleh pejuang Palestin yang menyusup masuk. Dalam tahun 1952, bilangan yang terkorban adalah 162 orang dan dalam tahun 1953, bilangan yang terbunuh adalah 160 orang.

Pada 12 Oktober 1953, seorang wanita Yahudi dan dua orang anaknya terbunuh dalam satu penyusupan oleh pejuang-pejuang Jordan di satu perkampungan bernama Yehud. Kepimpinan Israel mengambil keputusan untuk membuat serangan balas ke atas perkampungan Qibya di seberang sempadan Tebing Barat.

Menteri Pertahanan Pinhas Lavon, yang menyelaraskan operasi bagi pihak Perdana Menteri David Ben-Gurion memberikan arahan untuk melancarkan serangan. Kerajaan baru Israel di bawah Moshe Sharett yang sepatutnya mengambil alih tampuk kepemimpinan daripada David Ben-Gurion tidak diberikan maklum mengenai serangan ini.

Pada 13 Oktober 1953, dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Gencatan Senjata (Mixed Armistice Commission), wakil Jordan mengutuk keras serangan ke atas perkampungan Yehud dan menjanjikan Israel kerjasama penuh untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab melaksanakan serangan ke atas Yehud. Jordan meminta Israel bersabar dan tdiak melancarkan serangan balas. (The Iron Wall, Avi Shlaim, ms 90–93) Moshe Sharett kemudiannya berkata bahawa Glubb Pasha, pegawai pemerintah Legion Jordan meminta pasukan anjing pengesan baka Bloodhound untuk mengesan penyerang-penyerang yang terlibat. (Jerusalem Post, 31 Oktober 1965)

Serangan ke atas Qibya berlaku pada malam 14 Oktober 1953 dengan bedilan meriam bertubi-tubi ke atas perkampungan tersebut. Bedilan berterusan sehinggalah ketibaan askar-askar Israel di pinggir kawasan kampung. Askar-askar Israel meletakkan periuk api untuk menyekat kemaraan askar Jordan yang mungkin mara untuk mempertahankan Qibya. Apabila kampung tersebut telah dijamin keselamatannya, askar Israel meletakkan bahan letupan di setiap rumah yang ada dan meletupkan rumah-rumah selepas memberikan peluang kepada penduduk melarikan diri. Menjelang Subuh, askar-askar Israel berundur selepas mengisytiharkan operasi mereka berjaya.

Pasukan Pertahanan Israel mendakwa rancangan asal adalah untuk membuat serang hendap kepada pasukan Legion Arab di kawasan tersebut dengan menggunakan tindakan peletupan beberapa buah rumah Arab sebagai umpan. Arahan asal pemimpin tentera Israel agak terhad skop pelaksanaannya dan adalah untuk “.. melakukan serangan …. Dengan tujuan mendapatkan kawalan sementara kependudukan rumah-rumah Arab …. Memusnahkan rumah-rumah Arab … dan menyebabkan mudarat (harm) penghuninya…” Walau bagaimanapun, setelah menurun rantaian arahan tentera Israel, araghan tersebut bertukar menjadi “pembunuhan maksimum” [1].

Operasi di Qibya dilaksanakan oleh dua pasukan elit dalam tentera Israel, iaitu satu kompeni askar payung terjun dan satu unit khas dikenali dengan panggilan Unit 101. Unit 101 adalah satu unit yang ditubuhkan oleh Israel untuk membuat tindakan serangan balas ke atas pejuang-pejuang Arab. Unit 101 ditubuhkan dan diketuai oleh Ariel Sharon. Serangan ke atas perkampungan Qibya melibatkan kematian 60 orang Arab Palestin dan kemusnahan kebanyakan daripada rumah kediaman di perkampungan itu. Ketiak itu, Qibya berada di dalam wilayah yang berada di bawah kawalan Jordan. Ramai penduduk Qibya dipindahkan keluar sebelum itu daripada kawasan tersebut, tetapi ramai juga yang enggan berpindah dan menyembunyikan diri di dalam rumah mereka. Mereka terbunuh.

45 buah rumah penduduk kampung diletupkan, bersama-sama dengan masjid, sekolah dan empangan air. Lebih dari 60 orang terbunuh, dan 2,700 orang yang lain terpaksa berpindah kerana ketiadaan tepat tinggal kerana dimusnahkan askar Israel.

Bagi Israel, Membunuh Arab Kerja Mudah dan Menyeronokkan – Dr Mahathir   (mykmu.net)

[Artikel ini merupakan terjemahan bebas daripada tulisan asal The Jews oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad]

1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat, bangsa yang dipilih Tuhan.

2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak oleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin,memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.

12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.

13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali,Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21.Amerika dan Eropah telah melahirkan “raksasa” dan mereka “memejamkan mata” atas segala kezaliman yang dilakukan oleh ciptaan mereka ini. Mereka akan terus menyokong Israel walaupun negara itu telah melakukan pembunuhan beramai-ramai sehingga menghapuskan semua orang Arab. Ini adalah cara mereka untuk menebus segala “dosa” perbuatan kejam mereka ke atas Yahudi pada masa lampau.

Pihak Yahudi sepatutnya “membalas dendam” ke atas German dan negara Eropah lain. Namun mereka sangat pintar. Membunuh Arab lebih “mudah dan menyeronokkan.”

This entry was posted in Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya dan Agenda Penghapusan Bangsa Arab Oleh Israel and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s