Kemelut Jawatan MB Selangor Serlahkan Politik Talam Dua Muka Pembangkang


Oleh rmf

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pembangkang hari ini ditempelak setelah dilihat mengamalkan politik talam dua muka apabila mendiamkan diri berhubung kontroversi calon Menteri Besar Selangor yang disebut-sebut bakal digantikan oleh ADUN Kajang yang juga Isteri Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap berkata senario berbeza ketika anak kepada Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz dilantik sebagai pegawai khasnya yang menimbulkan pelbagai tohmahan dan kecaman.

Menurut beliau pada dan ketika itu  pembangkang bertempik di seluruh negara dan menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan sasaran untuk memburukkan kerajaan dan parti UMNO.

“Namun hari ini  cukup berbeza.. mereka tidak bertempik dan boleh pula mendiamkan diri, menutup mulut dan menjaga tutur kata walaupun yang dicanang dan disebut-sebut sebagai bakal menggantaikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah isteri kepada Ketua Pembangkang…Manakala anaknya adalah Naib Presiden parti.

“Tidak timbul pula soal kronisme…tidak timbul pula dengar pelbagai tafsiran. Jika itulah berlaku di dalam kerajaan yang ditunjangi BN, tidak dapat digambarkan bagaimana  mereka ini bertempik dan melolong,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim kini ibarat ‘dihujung tanduk’ apabila PKR mengesahkan akan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon penggantinya.

Perkara itu disahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti itu, di ibupejabatnya di Tropicana baru-baru ini.

Anuar seterusnya menambah apa yang berlaku dalam kontroversi MB Selangor tidak ubah seperti negeri berkenaan adalah mereka yang punya dan mereka seolah-olah mempunyai kuasa tersendiri.

“Kenapakah mereka tidak begitu sabar sama sekali…dan kenapakah mereka begitu beriya-iya mahu menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB. Sedangkan sebelum ini mereka juga kuat mencanangkan bahawa Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar yang terbaik.

“Aapa kelebihan Wan Azizah untuk uruskan negeri sedangkan keadaan dalam parti sendiri pun tidak terurus dan terus tunggang langgang”, ujarnya. -MediaUMNO

This entry was posted in Kemelut Jawatan MB Selangor Serlahkan Politik Talam Dua Muka Pembangkang and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kemelut Jawatan MB Selangor Serlahkan Politik Talam Dua Muka Pembangkang

  1. allabih says:

    Rumah tangga sendiri tak terurus. Bagitu juga izzah.

  2. Last-last Azmin Ali gak yg jadi MB. Baik takyah tukar MB Sngor. Khalid Ibrahim pun dah OK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s