1974 Lagi Anwar Ibrahim Telah Membohongi Rakyat, PAS Tersungkur Di Persimpangan Perjuangan


Oleh rmf

Penipuan Anwar Ibrahim bukan hanya sekarang dilakukan oleh beliau demi kuasa, tetapi penipuan ini telah lama dilakukan sejak tahun 1974 lagi dimana pembohongan tragedi Baling telah berjaya dilakukan oleh beliau dengan menyebarkan berita bahawa saorang penoreh getah telah mati akibat kebuluran.

Satu tunjuk perasaan telah didalangi beliau  dimana pada ketika itu ABIM menjadi landasan untuk menjayakan niat kegilaan kuasanya.Utusan sebagai nadi berita rakyat pada ketika itu telah bergegas ke lokasi untuk menyiasat kebenaran dakwaan  mengenai kematian tersebut dan ternyata  perkara tersebut hanya lah pembohongan Anwar Ibrahim sahaja.

Seperti yang berlaku sekarang , untuk menutup kesalahan yang dilakukan , kerajaan akan menjadi mangsa dan dijadikan tempat untuk meletakkan kesalahan. Demontrasi besar besaran dianjurkan oleh beliau untuk menutup kesalahan yang dilakukan . Demontrasi dilakukan diseluruh negara bagi mencapai hajat yang diinginkan.

Petikan dari blog zamkata

Ternyatalah bahawa  Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, A. Samad Ismail seorang nasionalis  yang menjadi anggota barisan depan komunis di Singapore ABL (Anti British League) juga meleset dari ramalannya  yang dinyatakan kepada James Mitchener bahawa  “Some of the Chinese are comunists yes, but they are of no significance. I choose to believe that the Chinese we have will not follow communism but will instead become a part of a new Malay nation. Their interest is with us and not with China.”

Apakah yang dimaksudkan oleh Samad dengan new Malay Nation? tentunya Melayu Raya.

Sebenarnya, kerjasama antara Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pas, Parti Keadilan dan DAP yang mahu menukarkan perlembagaan negara, adalah hampir menyerupai konsep kerjasama antara PKM dan parti-parti kiri Melayu dan nasionalis-nasionalis Melayu termasuk Utusan Melayu sendiri yang mahu menukarkan Perlembagan Persekutuan kepada Parlembagaan Rakyat yang bermula dari sejak akhir tahun 40han.

Anwar Ibrahim sendiri mempunyai sejarah perjuangan yang kekirian dari sejak alam universitinya lagi yang menyerlah dalam cara tindakan revolusioner yang  menjadikan pembohongan sebagai budaya. Umpamanya dalam tahun 1974 negara di gemparkan oleh  tunjuk perasaan  penoreh penoreh getah  di Baling kerana ada penoreh mati kebuluran. Tunjuk perasaan ini didalangi oleh ABIM.

Saya (Zainuddin Maidin) sendiri sebagai wartawan Utusan telah dikejarkan ke Baling untuk menyiasat berita ini, tetapi setelah menjalankan siasatan menyeluruh dari kalangan Polis, Doktor, Penghulu dan termasuk penduduk di Wing, kampung di mana kematian itu dikatakan berlaku, ternyata cerita ini tidak berasas langsung.

Sebaik sahaja dipecat dari UMNO, Anwar  bertindak seperti kilat melancarkan demonstrasi jalanan yang tidak putus-putus menggegarkan tanah air dalam pelbagai gambaran perjuangan rakyat yang dijangka akan semakin hebat apabila mendekati pilihanraya.

Sebenarnya, ramai pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar, tetapi matlamat menghalalkan cara. Pas mempunyai keyakinan jika berjaya menduduki Putaraya, ia akan dapat menguasai Anwar atau Keadilan. Tetapi apakah Keadilan akan bersama dengan Pas dalam percaturan selepas Pilihanraya?.

Barangkali Pas yang pernah menyokong konfrantasi Indonesia di bawah pimpinan nasionalis-nasionalis Melayu untuk menjayakan gagasan Melayu Raya, sekarang di bawah pimpinan ulama, percaya sebuah negara Islam baru bersama dengan DAP dan Parti Keadilan akan dapat ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Hal ini tidak mustahil boleh menjadi realiti kerana DAP tidak akan mengikuti langkah PKM yang menentang Melayu Raya, kerana DAP mempunyai keyakinan kepada liberalisme ulama Pas yang terbukti dengan penerimaan Pas terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang  mempunyai masalah moral dan lain-lain sikap tolak ansur Pas mengenai agama.

Jika sekarang dapat berkerjasama dan membenamkan perbezaan prinsip masing-masing demi untuk menuju ke arah kuasa,  maka apatahlagi selepas pilihanraya, demi untuk mengekalkan kuasa.

Kabinet bayangan Pemerintah Republik Rakyat Malaysia di bawah Pakatan Rakyat yang paling mantap, ialah Haji Abdul  Hadi Awang sebagai Presiden, Lim Kit Siang Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Berbagai Agama.

Adalah tepat sekali ramalan Ketua Perang Sarap Negara (1956-1983) mendiang Tan Sri C.C. Too, bahawa “CPM(PKM) was merely “temporarily suspending” its armed struggle,but through infiltration and subversion  with the help of communist surrogates would create a ” new revolutionary  situatian” which would be expedited and aggravated by any future economic recession in the country.

“History is likely to repeat itself unless timely and positive action are taken to prevent any recurrence” (The CPM The Inside Story  Aloysius Chin halaman 248).

Tetapi sekarang pertolongan bukan lagi datang dari suatu sumber, tetapi dari berbagai-bagai sumber, namun matlamat perjuangan anasir-anasir ini tetap satu. Cuma yang masih menjadi tembok kekuatan sekarang ialah ekonomi, tetapi gangsterism sedang mengikis kepercayaan rakyat dan luar negara setiap hari.

This entry was posted in 1974 Lagi Anwar Ibrahim Telah Membohongi Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s