Ketua Penyelamat MH17 Kongsi Pengalaman Bertemu Ketua Pemisah Alexander Borodai


Oleh rmf

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17.

Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.

Alexander-Borodai

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.

“Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

“Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat,” beliau dipetik sebagai berkata.

Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

http://klxpress.com.my/?p=16705

This entry was posted in Ketua Penyelamat MH17 Kongsi Pengalaman Bertemu Ketua Pemisah Alexander Borodai and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s