DAP TOLAK CADANGAN KERETA SINGAPURA DIKENAKAN CAJ MASUK MALAYSIA


Oleh rmf

Berbagai post yang telah dikeluarkan oleh  blogger mengenai kaitan kaitan DAP dengan PAP mengenai sistem pemerintahan yang dijalankan di Pulau Pinang yang mana sebahagian besarnya untuk menguasai  dengan cara mengurangkan majoriti dan meningkatkan minoriti.

Kini satu lagi bukti yang mana memaparkan tindakan DAP yang mempunyai hubung kait dengan kepentingan PAP .

Pada hari ini DAP secara terus terang menolak  cadangan kerajaan untuk mengenakan  caj  terhadap kereta yang memasuki negara ini.

Johor Bharu, 23 Jul – Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik itu akan dinaikkan daripada S$20 kepada S$35 sehari (RM50 ke RM90).

Oleh yang demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mengenakan caj VEP sebanyak RM20 kepada kenderaan asing dari Singapura memasuki negeri itu.

Namun begitu, seorang wakil DAP hari ini mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya membatalkan cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia melalui Johor.

ADUN DAP Senai, Wong Shu Qi berkata tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah.

Menurut beliau, Kerajaan Pusat dan Johor yang diterajui BN wajar melakukan penelitian menyeluruh sebelum melaksanakan dasar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan Singapura bagi mengurangkan kesan buruk terhadap ekonomi tempatan.

Beliau berkata sesuatu dasar tidak boleh dilaksanakan tanpa rundingan bersama masyarakat berserta kajian menyeluruh, lebih-lebih lagi dasar yang digubal bakal memberi kesan terhadap ekonomi warga tempatan. “Untuk memahami kesan dari pelaksanaan VEP dalam skala besar kepada ekonomi Johor Bahru, kerajaan Pusat harus mendedahkan jumlah kenderaan yang berdaftar di Singapura yang berulang-alik setiap hari.”

Menurut beliau lagi, pentadbiran BN seharusnya memperbaiki prasarana pengangkutan awam di Johor Bahru seiring pelaksanaan caj VEP bagi mengurangkan kesan ekonomi. Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan kedua-dua negara bertanggungjawab menangani masalah ini, antaranya dengan meningkatkan kekerapan perjalanan bas antara Johor Bahru dan Woodlands di Singapura sebanyak dua kali ganda pada waktu puncak.

Tindakan Wong Shu Qi mendesak kerajaan ini telah menjadi satu tanda tanya apakah DAP lebih mementingkan kebajikan rakyat Singapura berbanding rakyat Malaysia yang di kenakan caj untuk masuk ke negara berkenaan? -UtaraNews.com

This entry was posted in DAP TOLAK CADANGAN KERETA SINGAPURA DIKENAKAN CAJ MASUK MALAYSIA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s