Yang Melayu Cepat Ditangani, Yang Lain Buat-Buat Pejam Mata


oleh rmf

Selepas KIKI KAMARUDDIN menjadi viral dan kemudian sehingga mengundang reaksi daripada Ketua Polis Negara, manakala Pejabat Peguam Negara pula telah dapat menyediakan kertas pertuduhan untuk mendakwa Kiki Kamaruddin pada Isnin ini biarpun lelaki Cina yang menjadi mangsa Kiki Kamaruddin enggan membuat laporan polis serta telah memaafkannya, beberapa penghinaan terhadap Islam, Melayu dan Bumiputera turut berlaku dan menjadi viral.

Antara mereka yang terlibat termasuklah Nga Kor Ming, isteri ADUN DAP Tanjung dan pemakan-pemakan lipas yang lain. Tragedi yang menimpa MH17 telah dijadikan kesempatan untuk menghina Islam, Melayu dan Bumiputera semahu-mahunya.

Malangnya, isu tersebut tidak mendapat respons sepantas yang diberikan kepada Kiki Kamaruddin. Malah sudah banyak pihak yang mula mempersoalkan Pejabat Peguam Negara yang masih tidak mampu berbuat apa-apa terhadap P.Ramasamy, RSN Rayer serta para peserta BERSIH yang telah dicekup dan ditahan oleh polis. Tiada sebarang pendakwaan ke atas mereka. Dan tiada juga kepantasan hebat seperti yang ditunjukkan dalam kes Kiki Kamaruddin.

Semalam juga, isu seorang wanita separuh umur yang kemudiannya dikenalpasti sebagai berbangsa Korea memakai baju yang mempunyai tulisan ayat-ayat al Quran atau lebih tepat lagi, surah Al-Fatihah menimbulkan kemarahan para pengguna media sosial. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Dagang, Ampang, Selangor itu menjadi bahan mudah untuk orang ramai mengecam PDRM dan Pejabat Peguam Negara yang tersangat lambat memberikan reaksi. Turut dikecam adalah Pergerakan Pemuda UMNO yang dalam kes Kiki Kamaruddin, turut ‘tumpang tui’ tetapi dalam beberapa kes lain melibatkan penghinaan ke atas Islam, Melayu, Bumiputera dan agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM, menjeruk dan mempekasamkan telur masing-masing.

Beberapa pendedahan membabitkan kelakuan biadap pengguna-pengguna Facebook turut dibuat. Namun tidak seperti Kiki Kamaruddin, kebanyakan pendedahan kekal sebagai pendedahan semata-mata tanpa sebarang tindakan susulan. Sebahagian besar daripada mereka melakukan kesalahan yang jauh lebih besar dan jauh lebih bahaya berbanding Kiki Kamaruddin, tetapi sehingga kini bagaikan ada penghalang besar untuk menangkap dan mendakwa mereka ke muka pengadilan.

Kebanyakan orang melihat perkara ini dengan penuh curiga. Apa sebenarnya yang berlaku? Mengapa tindakan dan reaksi begitu pantas diberikan sekiranya yang melakukan kesalahan adalah orang Melayu tetapi seperti terhalang apabila melibatkan orang bukan Melayu-Bumiputera?

Apakah kerana kebimbangan terhadap masa hadapan undi PRU? Atau kerana bimbang taukeh-taukeh akan memindahkan dana keluar dari negara ini, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bankrap?

baju tesco

Selepas I.S.A dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ada janji kononnya ketiadaan undang-undang dan akta-akta berkenaan, tidak akan menjadikan Malaysia dipenuhi kaum anarki. Sedangkan apa yang berlaku sekarang, bukan sahaja lebih ramai yang tidak sembunyi-sembunyi lagi perangai anarki mereka, malah sudah ada yang begitu berani mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, malah secara berterus-terang menghasut rakyat agar melakukan perbuatan menggulingkan kerajaan yang diperintah secara sah oleh Kerajaan masakini. Itu belum lagi membabitkan hasutan agar PDRM, ATM, SPR dan sebagainya diperangi dan dimansuhkan?

P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang terang-terang mahukan 13 Mei 1969, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan. RSN Rayer, ADUN Seri Delima yang cukup hebat menunjukkan kelakuan biadapnya, langsung tidak diheret ke muka pengadilan, sebaliknya orang yang marahkan kenyataan provokasinya pula yang dilokap, dikurung, didakwa dan bakal dipenjarakan atas alasan MENGHASUT dan cubaan melakukan kecederaan dan kerosakan harta awam.

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah Kerajaan yang mendapat mandat majoriti daripada rakyat menerusi penguasaan majoriti Kerusi Parlimen dan DUN. Kerajaan hari ini tidak perlu terlalu bermain politik demi meraih sokongan dan undi pada PRU akan datang, sebaliknya rakyat rata-rata menuntut agar kerajaan yang ada sekarang, lebih bertegas menguatkuasakan undang-undang tanpa memilih bulu selain segera memadamkan dan menghapuskan kalau tidak pun menghalang kaum anarki yang semakin hari semakin tebal bulu mereka.

Tidak perlu menjadi terlalu bijak dalam politik untuk melihat ‘kejadian-kejadian pelik’ di negara ini hari ini!

http://www.mykmu.net/?p=45319

This entry was posted in Yang Lain Buat-Buat Pejam Mata and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s