Persidangan Khas Parlimen, Kenapa MH17 & MH370 Berbeza?


Oleh rmf

Persidangan Khas Parlimen, Kenapa MH17 & MH370 Berbeza?

PEMBANGKANG yang kita semua tahu sedang ligat mencari apa jalan untuk menjatuhkan imej kerajaan BN lanjutan dari kejadian malang menimpa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine Khamis lepas.

Betul Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan menyokong kerajaan dalam mendesak kerjasama dari negara dimana pesawat tersebut jatuh tapi itu cakap depan orang, belakang orang 2 ekor ini sudah arahkan orang-orangnya cari jalan bagaimana nak jatuhkan imej kerajaan.

Tak dapat laki, suruh bini (rujuk kenyataan kurang ajar isteri ADUN DAP Pulau Pinang).

Dewan_Rakyat_Malaysia

Sementara pendekatan lain digunakan di alam maya.  Tahu apa pun fakta salah mengenai tragedi itu dengan cepat akan diperbetulkan, maka soldadu keyboard warrior pembangkang diarah mempersoalkan kenapa dalam kes kehilangan MH370 dulu kerajaan tidak memanggil sidang khas parlimen, kenapa yang ini ada?

Isu ini sebetulnya tidaklah sebesar mana, ada persidangan khas atau tidak apa beza kalau kerajaan bertindak pro aktif dalam memastikan segala tuntutan dipenuhi pihak-pihak yang berkenaan di Ukraine dan Russia.

Tapi belajar dari cara pembangkang mempolitikkan insiden yang menimpa MH370 dulu, kita tahu sekarang bahawa apa juga kekeliruan yang ditimbulkan pembangkang, mesti diberikan perhatian, satu apa pun tak boleh tinggal.

Jawapan kepada persoalan tersebut mudah sahaja, ketika kehilangan MH370 berlaku pada 8 Mac 2014, Dewan Rakyat sedang bersidang.  Berbanding sekarang, Dewan Rakyat tidak bersidang kerana persidangan sebelumnya berakhir pada 19 Jun sedangkan kejadian ini berlaku pada 17 Julai 2014.

Itulah sebabnya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memanggil sidang khas parlimen hari ini untuk membincangkan tragedi yang menimpa MH17 serta membuat ketetapan bagi mewakili rakyat Malaysia.

Senang punya jawapan macam itu pun balaci pembangkang tak tahu ke?  Nampak sangat Anwar dan Kit siang tidak ikhlas bila kata memberi sokongan kepada Perdana Menteri dalam soal menguruskan tragedi ini.

Tak hairanlah juga kenapa, panggilan mesyuarat menggunakan email pun dijadikan isu juga semalam.  Dah nama pun sidang tergempar, takkan nak ketuk rumah sorang-sorang kot, bila yang nak habis?

This entry was posted in Kenapa MH17 & MH370 Berbeza? and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s