MUTAKHIR : PBB mengundi resolusi mengenai bencana MH17 petang ini


Oleh rmf

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka menimbang resolusi bagi mendesak pemisah pro-Russia memberi ‘akses penuh tanpa halangan’ ke tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas di Ukraine.

Dokumen itu, yang diusulkan oleh Australia dan disokong oleh Perancis, juga menggesa semua pihak yang terbabit di rantau berkenaan agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan antarabangsa berhubung kejadian itu.

mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan yang terbabit dengan kejadian berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

Undian diadakan pada petang ini.

Russia, selaku anggota tetap Majlis Keselamatan, berhak untuk menggunakan kuasa vetonya untuk menolak resolusi itu.

Langkah PBB itu adalah untuk ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ tindakan yang menjadi punca pesawat terbabit terhempas.

Ia juga mendesak agar kumpulan bersenjata yang menguasai kawasan itu ‘mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti tempat kejadian…dan memberi akses selamat tanpa sebarang halangan kepada pihak yang menjalankan siasatan’. – AFP

http://www.bharian.com.my/articles/PBBmengundiresolusimengenaibencanaMH17petangini/Article/

This entry was posted in PBB mengundi resolusi mengenai bencana MH17 petang ini and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s