Guan Eng Bongkak Isu Tukang Masak Penang


Oleh rmf

Memang dasar Chauvanist  mana mahu mengaku kesalahan, apa yang ada pada diri mereka ialah  kebongkakan diri yang beranggapan  mereka lebih baik dari segalanya. Tetapi Melayu DAP yang tak sedar diri ditipu terus menerus  menyokong Chauvanist ini menindas bangsa sendiri.

Sikap bongkak Lim Guan Eng sebenarnya makin ketara dari sehari ke sehari. Sebelum ini beliau cuba menipu dalam isu gelandangan apabila publisiti yang agak meluas telah diberikan kepada para gelandangan. Kononnya para gelandangan di Pulau Pinang diberi pilihan samada mahu hidup dijalanan ataupun di pusat yang telah disediakan.

Namun video yang berjaya diambil telah membuktikan bahawa kenyataan Lim Guan Eng tersebut merupakan satu pembohongan semata-mata. Tidak sampai seminggu dari tarikh Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut, para gelandangan telah diangkut dengan beberapa buah lori untuk membersihkan kawasan Pulau Pinang daripada gelandangan.

Secara tiba-tiba pula Lim Guan Eng menimbulkan isu status tukang masak di Pulau Pinang. Tindakan beliau ini dilihat sebagai cubaan untuk menutup isu pembohongan beliau berkenaan isu gelandangan sebelum ini. Namun Lim Guan Eng terlepas pandang bahawa isu status tukang masak ini akan menyebabkan beliau dianggap sebagai bongkak dan angkuh.

Sebelum ini The Star melaporkan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing daripada menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya. “Bukankah lebih baik melatih mereka dengan baik dan menyelia mereka melakukan kerja lebih baik?” beliau dipetik sebagai berkata.

Selepas isu Chef Wan mengeluarkan kenyataan tersebut, Lim Guan Eng telah mendakwa bahawa pengambilan tukang masak di hotel-hotel dan restoran adalah dibenarkan. DAP Pulau Pinang hanya akan melarang gerai-gerai penjaja yang kebanyakkannya terdiri dari orang Melayu dan India Muslim sahaja yang dilarang daripada menggunakan tukang masak asing.

Ini menambahkan lagi calar terhadap kredibiliti Lim Guan Eng. Selain daripada angkuh dan bongkak, Lim Guan Eng turut dilihat sebagai rasis terhadap bangsa Melayu dan India Muslim.

Kini seorang pengarah filem iaitu Amir Muhammad melalui akaun twitter beliau pula tampil menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung cadangan larangan kepada tukang masak asing menyediakan makanan tempatan.

“Berkata orang bukan tempatan tidak boleh masak masakan tempatan tak masuk akal, ia seperti berkata bukan orang Pulau Pinang tak boleh jadi ketua menteri Pulau Pinang yang asli,” kata Amir Muhammad yang terkenal dengan filem kontroversinya Lelaki Komunis Terakhir.

Alasan yang telah digunakan oleh Lim Guan Eng untuk melarang tukang masak asing digerai-gerai adalah untuk mengekalkan citarasa makanan asli Pulau Pinang namun membenarkan tukang masak asing bekerja di restoran dan hotel-hotel yang kebanyakkannya dimiliki oleh orang Cina.

Sebenarnya walau apa pun yang cuba dinyatakan oleh Lim Guan Eng dan DAP, namun hakikatnya tetap akan sama. DAP tetap merupakan parti chauvanist, ultra kiasu dan rasis. Walaupun mereka akan nafikan dengan kata-kata namun mereka tidak akan mampu berbohong dalam tindakan yang jelas menunjukkan kekuatan sikap rasis , ultra kiasu dan chauvanist mereka.

http://www.mykmu.net/?p=45343

This entry was posted in Guan Eng Bongkak Isu Tukang Masak Penang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s