Persamaan 1914 Dengan MH17 Menjadikan Malaysia Terperangkap- Tersirat Disebalik Pemasuhan ISA


Oleh rmf

Apa yang perlu saya katakan disini ialah, berapa banyakkah nyawa lagi yang akan dikutip didalam perancangan pihak pihak tertentu untuk menguasai sumber yang kian meruncing dinegara mereka. Negara kita Mlaysia kini sudah termasuk didalam kemelut  di “Kambing hitamkan” diperingkat antarabangsa.

Jika kita lihat secara dasar tragedi MH370 , perancangan ini seakan telah  dirancang dan diwujudkan untuk menuju kerah ini. Kita masih lagi  berbahagian dengan perkatan dunia ini masih aman dan damai untuk mengelabukan  minda kita  berfikir natijah  akibat daripada kealpaan kita.

Sebagaimana kita tahu peperangan adalah satu perniagaan yang cukup menguntungkan pihak tertentu yang mana disampaing akan dapat menguasai sumber bumi dan alam semula jadi yang diperlukan oleh mereka.

Persoalannya sekarang mengapakah Negara kita menjadi sasaran terhadap mengwujudkan konflik yang cukup merbahaya ini dan dijadikan kambing hitam diperingkat antarabangsa. Ini adalah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terlalu baik dengan semua negara kecuali israel.

Negara kita  mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa besar seperti Ukraine, Rusia, China dan USA serta banyak lagi . Ini menudahkan Malaysia dijadikan Kambing Hitam  untuk memudahkan pihak yang berkempetingan untuk mengwujudkan setidakstabilan  dan akhirnya berkemungkinan akan mengwujudkan  satu perniagaan yang cukup lumayan dipanggil “Peperangan”

Kegagalan MH370 dijadikan konflik dinatara Malaysia dan China telah menyebabkan  satu lagi tragedi dinegara yang mana mempunyai hubungan yang kuat iaitu Ukraine . Ini merupakan perancangan kedua untuk  merealisasikan agenda  negara yang berkepentingan.didalam ekonomi dan sumber bumi

Jika satu ketika dulu Malaysia merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai bisa dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat Anatarabangsa. Ini adalah kerana di era Tun Mahathir semua masalah dan konflik didunia diambil kira untuk memastikan Malaysia terselamat dari masuk ke kancah kambing hitam. Apabila kita sentiasa peka dengan konflik dunia, sekurangnya negara  tersebut mengetahui bahawa kita sedang memantau perkembangan tersebut, Tetapi sekarang kita hanya memikirkan negara kita sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekeliling kita dan beranggapan Dunia  sentiasa aman dan semua negara adalah baik.

Saya kerap kali  mengingatkan bahawa sistem pertahan dan tindakan perundangan dengan tegas mesti dilaksanakan.Namun kerajaan kita masih lalai dengan  agenda yang tidak menentu sehingga keselamatan sempadan  dianggap amat longgar oleh militan. Jika ianya berlaku pun tindakan jarang diambil.

Kelemahan yang paling kertara kita ialah dimana maklumat negara kita amat mudah disalurkan keluar tanpa sebarang tindakan yang keras.  Kerajaan masih lagi  mendengar nasihat dari orang yang bermuka muka. Semua ini bermula apabila ISA , Ordinan Darurat dihapuskan dan digantikan dengan SOSMA.

 Sekarang Negara kita telah termasuk didalam konflik yang mana tidak mustahil akan meyebabkan peperanganyang berskala besar yang meyebabkan kuasa kuasa besar dan 2/3  negara didunia. Maka akan berlakulah Peperangan Dunia ketiga – Nauzubillah-

Kita sekarang sudah menjadi kambing hitam yang mana apabila kita tidak boleh lagi bersuara mengenai Syria, ISU Palestin, Rohingya, Syria, Iraq dan banyak lagi negara. 

MH17 dan MH370 adalah percaturanan yang sama seperti mana ARCHDUKE Franz Ferdinand diBUNUH di Sarajevo yang menghasilkan PERANG DUNIA yang pertama.. Perkara sebegini boleh dielakkan tetapi kita masih berpegang teguh untuk dilihat sebagai golongan yang bersifat liberal dimata dunia sehingga kita mengetepikan  apa yang azalinya kita lakukan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari AustriaHungary bersama isterinya terbunuh di SarajevoBosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan “Kuasa-kuasa Pusat” manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan “Tentera Bersekutu”. Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasaiLuxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah EropahnyaPoland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat.Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai “peperangan untuk mengakhiri semua peperangan” sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaituPerikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Pertama

This entry was posted in Persamaan 1914 Dengan MH17 Menjadikan Malaysia Terperangkap- Tersirat Disebalik Pemasuhan ISA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s