Wilayah Persekutuan Lancar Perang Judi Haram, Hampir 1500 Komputer Dirampas


Oleh rmf

KUALA LUMPUR- Lebih 30 premis mesin judi disekitar Kuala Lumpur dan hampir 400 peralatan permainan perjudian berkomputer dalam talian diperiksa dan disita dalam satu operasi bersepadu besar-besaran yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) pada malam Rabu.

Dalam operasi 4 jam itu yang diketuai DBKL dan disertai 12 agensi dan 493 penguatkuasa pelbagai agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syabas, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Telekom Malaysia dan sebagainya.

Ketua operasi bersepadu membanteras judi dalam talian tanpa lesen ini, Tuan Azman Mahmood berkata, operasi siri pertama ini akan dilakukan sekerap yang mungkin bagi memastikan pihak berkuasa benar-benar dapat membanteras perjudian haram dalam talian yang semakin berleluasa.

“Mereka seperti ingin mencabar kita (pihak berkuasa) dan berdegil dengan meneruskan aktiviti walaupun telah diserbu beberapa kali. Oleh itu Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram Wilayah Persekutuan (Siri 1) yang dijalankan ini adalah bukti komitmen kita” Azman Mahmood.

lasvegas2Dikawasan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur misalnya, mereka berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa lebih awal, walaubagaimanapun mereka tetap gagal membawa keluar peralatan mereka termasuklah pihak berkuasa berjaya merampas peralatan tersebut walaupun cuba disorok ditingkat atas.

Premis judi berkenaan yang dibuka meperlihatkan seolah-olah mereka tidak takut dan gentar dengan undang-undang yang sedia ada. Ada beberapa premis yang mengubahsuai kedai mereka dengan meletakan beberapa poster yang menarik perhatian tahi judi ini sehinggakan pada satu tahap kedai berkenaan diubahsuai seolah-olah mereka berada dipusat perjudian popular di Amerika Syarikat iaitu “Las Vegas”.

Baca selanjutnyalasvegas

Wilayah Persekutuan Lancar Perang Judi Haram, Hampir 1500 Komputer Dirampas

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s