Kaedah Mengepam Air Lombong Yang Mengandungi Arsenik dan Merkuri Untuk Rakyat Selangor yang Dikasihi Pemimpin PKR


oleh rmf

Untuk mengatasi masalah bekalan air sewaktu hari raya, Kerajaan negeri Selangor akan bertindak dengan cara yang cukup terkini untuk memenuhi keperluan rakyat didalam negeri Selangor. Langkah yang terbaik buat masa ini ialah dengan kaedah mengepam air lombong yang penuh dengan kandungan Arsenik dan Mercuri untuk menjadi hidangan rakyat selangor yang dikasihi oleh pemimpin mereka.

Beraya Bersama Air Lombong, Arsenik dan Merkuri

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan usaha mengepam air dari bekas tasik lombong ke Sungai Selangor secara intensif bagi memastikan bekalan untuk tempoh perayaan tidak terjejas.

khalid ibrahim isu air

Menurut Malaysiakini.com, Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata 20 buah pam yang dipasang di Bestari Jaya itu beroperasi selama 24 jam sehari dan diawasi sepanjang musim perayaan ini.

“Walaupun dijangkakan terdapat pengurangan air ketika awal musim perayaan kerana ramai warga lota pulang ke kampung, operasi pengepaman air akan berterusan bagi memastikan Loji Penapisan Air (LPA) beroperasi secara optimum,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Exco, Yunus berkata paras air empangan di seluruh empangan di Selangor dikesan menyusut di antara satu hingga tiga peratus sejak minggu lalu.

Beliau berkata ia juga bagi menghadapi penyusutan paras empangan Sungai Selangor sebanyak lebih 1.7 peratus sejak bulan lalu.

“Operasi ini berjalan 24 jam dan diawasi Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Ini bagi memastikan kuantiti air Sungai Selangor memenuhi keperluan muka sauk dan LPA terutamanya di musim perayaan.

Tindakan ini sangat membimbangkan berikutan pelbagai laporan dan penemuan pakar mendapati air lombong hanya selamat digunakan untuk bahagian atas sahaja. Banyak kajian mendapati air lombong mengandungi kadar merkuri dan arsenik yang tinggi terutama di bahagian bawahnya.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata kajian yang dilakukannya sebelum ini mendapati air bekas lombong tidak bermasalah jika diambil pada bahagian permukaan tetapi jika disedut hingga ke dasar, bahan logam berat akan turut disedut sekali.

Bagi mengelak isu air berlarutan, Dr Zaini yang juga Naib Canselor serta Profesor Pelestarian Air di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengulangi cadangannya berhubung penubuhan satu panel bebas yang terdiri daripada pakar dalam dan luar negara yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak dengan segala hasil kajian dan cadangan panel perlu dipersetujui semua pihak.

Berikutan itu, air mentah dari bekas lombong tidak sesuai dijadikan bekalan air kerana cukup berisiko kepada masalah kesihatan awam, terutama boleh menyebabkan penyakit kulit.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kajian dari panel bebas dilakukan oleh kerajaan Selangor. Malah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor juga dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan menggunakan air lombong ini.

Masalah air di Lembah Klang berpunca daripada keengganan Khalid sebelum ini untuk memberi kebenaran pembinaan projek Loji Air Langat 2 bagi menyalurkan air mentah dari Pahang.

Projek tersebut yang sepatutnya siap awal tahun ini, hanya bari diberi kelulusan awal tahun ini setelah dibantah oleh kerajaan negeri sejak 2009 lalu.

Selamat berhari raya dengan Arsenik dan Merkuri!

This entry was posted in Arsenik dan Merkuri and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s