ANASIR TAIWAN LEBIH MERBAHAYA DARI PARTI KOMUNIS MALAYA.


Oleh rmf

NAJIB JANGAN BIARKAN  SEJARAH  INDAH CATITAN AYAHNYA DIKHIANATI

Saya dengan rasa penuh kebimbangan  ingin menarik perhatian terhadapBahaya Taiwan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bapanya telah mencatit sejarah teragung dalam membangunkan hubungan diplomatik dan persahabatan di antara kerajaan dan rakyat Malaysia dengan pemerintah dan rakyat Republik Rakyat China.

Saya tidak perlu memberikan fakta dan bukti tentang campur tangan anasir-anasir Taiwan dalam politik dan sosial negara ini yang telah berlaku sekian lama. Najib mempunyai kuasa untuk mengetahui sepenuhnya dari pihak keselamatan yang tentunya menyimpan hasil pemantaun dan perisikan mereka.

Bagaimanapun saya merasa bertanggungjawab kepada bangsa dan negara ini apabila campur tangan anasir subersif baru ini telah melampaui peradaban manusia dan sampai kepada peringkat membangkitkan permusuhan antara Malaysia dengan Republik Rakyat China atas tragedi Pesawat MH370.

Anasir-anasir Taiwan yang menjelma dalam RED BEAN ARMY (RBA)secara agresif mengambil kesempatan dari ledakan emosi mangsa tragedi itu untuk menghasut kebencian rakyat China terhadap Malaysia dengan tujuan utamanya ialah untuk mencemarkan hubungan akrab yang telah wujud sekian lama antara kedua negara.

Saya sedar bahawa Republik Rakyat China tidak akan mudah termakan hasutan Taiwan sebagai anjing setia Amerika Syarikat bagi memainkan peranan mengimbangi keseimbangan rantau ini dan bagi mencegah China menjadi kuasa besar.

Dalam hal ini bantahan yang ditimbulkan oleh Jaringan Melayu Malaysia terhadap tindakan tentera RED BEAN ARMY meracuni pemikiran keluarga China mangsa Pesawat MH370 melalui penyebaran berita bohong, rekaan, sentimen, tidak berasas, bias dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan.

Kita telahpun melihat dari semasa ke semasa Taiwan telah membiarkan negaranya menjadi pusat kegiatan politik rakyat Malaysia yang bersifatcauvanism untuk menggugat kerajaan Malaysia.

Beberapa hari yang lalu seorang ahli akedemik Taiwan menulis surat pembaca di akhbar The Star yang secara melulu dan penuh sentimen perkauman mengkritik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Juhaidi mengenai orang Cina tidak mengambil berat terhadap kejadian rogol dalam keluarga. (Barang kali Bahagian Komunikasi Jabatan Perdana Menteripun tidak memabca tulisan ini).

Kenapa seorang Taiwanese mahu campur dalam urusan sosial negara ini?. Beliau sepatutnya lebih mengambil berat terhadap taukeh-taukeh Taiwan menjalankan kerja mengexport pelacur dari China ke negara ini.

Allahyarham Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dahulu cukup cemburu terhadap hubungan rakyat Malaysia terutamanya pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar Malaysia dengan Taiwan kerana kita tidak mahu menyinggung perasaan rakyat Republik Rakyat China dan kerana kita mengakui hanya satu China.

Kelaparan Malaysia untuk mendapatkan penanaman modal dari negara setelit Amerika itu atau kerana banyak modal mereka yang sudah tertanam di negara ini tidak seharusnya menyebabkan kita memejamkan mata terhadap sikap Taiwan yang diluar peradaban hubungan antarabangsa.

Saya harap Datuk Seri Najib tidak akan membiarkan perbuatan mengkhianati dan mencemarkan catitan sejarah indah bapanya dalam membangunkan hubungan baik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China yang dicemburui oleh banyak pihak sekarang ini. Hubungan ini sangat mahal.

Dengan perubahan geopolitik dunia sekarang ini, maka anasir-anasir Kuomitang Taiwan dalam negara ini menjadi lebih berani, lebih agresif dan lebih jahat dan lebih merbahaya dari anasir-anasir PKM.

Mereka ini adalah keturunan Kuomintang  yang pernah mengibarkan bendera Kuomintang di negara ini sebelum merdeka dan keturunan mereka terus menjadi alat kepada cita-cita Kuomintang di Malaysia.

Cantaslah dengan berani sebelum mereka menghacurkan hubungan antara rakyat negara ini dengan rakyat China dan sebelum mereka dapat mencemarkan hubungan Malaysia dengan Republik Rakyat China. Inilah masanya.

ANASIR TAIWAN LEBIH MERBAHAYA DARI PARTI KOMUNIS MALAYA.

This entry was posted in ANASIR TAIWAN LEBIH MERBAHAYA DARI PARTI KOMUNIS MALAYA. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s