Transformasi Calon PRU 14: UMNO Kena Berani Tampilkan Calon Muda Bermula Sekarang


Oleh rmf

Didalam percaturan dan perkiraan politik saya, DAP sudah berada di zon yang cukup selesa dengan sokongan penuh sebahagian besar masyarakat cina terhadap parti itu; Untuk lebih meyakinkan lagi sokongan masyarakat India seharusnya dipertingkatkan lagi serta menggunakan Melayu yang bermata duitan untuk meyertai mereka.

Kaedah popular digunapakai bagi meraih sokongan rakyat dari berbangsa Melayu. Rata rata kita lihat golongan sasaran yang dipilih o0leh DAP ialah wanita cantik dan berpelajaran untuk dilakukan pengkaderan agar memahami hala tuju perjuangan DAP serta memperjuangkan dasar tersebut dan seterusnya  menjadi idola kepada generasi muda yang berhaluan sosialis untuk membawa dasar ini.

Dyana Sofya yang dijadikan calon DAP untuk PRK Teluk Intan baru-baru ini merupakan ujikaji terbaik DAP. DAP berjaya mewujudkan daya pesona untuk menarik sokongan golongan muda Melayu kepada parti tersebut yang pernah dipalit sejarah hitam apabila terlibat sepenuhnya dalam tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kalah di Teluk Intan, DAP berjaya mewujudkan satu fenomena yang belum pernah berlaku selama ini.

Justeru, DAP memperbaiki keadaan tersebut. Lebih banyak Melayu muda lain yang cantik, jelita, profesional dan mempunyai daya tarikan direkrutkan sebagai bakal pemimpin DAP. Walaupun  mereka tidak akan sama sekali berada dalam hierarki kanan DAP kerana keseluruhan tampuk kepimpinan DAP dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim dan konco-konco mereka, Melayu-Melayu muda seperti Dyana Sofya dan seorang lagi ‘bintang baru’ DAP, Shefura Othman bakal disusuli oleh lebih ramai anak-anak muda Melayu profesional lain yang juga berfikiran liberal.

Didalam PRK Telok intan kita telah melihat bagaimana ujikaji sokongan dilakukan oleh DAP terhadap pencalunan baru untuk menghadapi saingan calon lama. Disini kita dapat melihat bahawa sokongan padu ditunjukkan oleh keseluruhan masyarakat cina terhadap calon ini tanpa rasa berbewlah bagi. Kemenangan tipis calon BN hanya lah kerana beberapa isu yang tersilap diperkatakan semasa berkempen.

Jika ditakdirkan pada masa itu segalanya berjalan lancar , saya yakin dan percaya bahawa calon BN akan  kalah di PRK Telok Intan.Menyingkap kembali kenyataan yang dikeluarkan oleh Dyana Sofya saya juga bersetuju bila dia mengatakan , “Jika dia sekarang berada didalam UMNO, peluang sebegini tidak kan ada dalam hidupnya” kata kata ini telah banyak membuat saya berfikir panjang tentang  apakah matlamat UMNo sekarang didalam mengetengahkan calom calon baru untuk PRU14 nanti.

Apakah kita akan masih berada pada konsep lama iaitu mengetengahkan situa bangka untuk membariskan kepimpinan  pemerintahan kita. Jika barisan sedia ada sekarang berjiwa untuk memnguatkan prestasi parti maka saya rasakan  transformasi baru harus dilakukan segera.

Calon calon yang lama seharusnya memberikan laluan kepada calon yang baru dan bertindak sebagai mentor kepada calon yang baru. Kaedah ini digunapakai oleh DAP sekian lama. Mereka tidak mengharapkan barisan kepimpinan yang lama  sahaja, Gabungan tua dan muda lebih meyakinkan pengundi untuk membuat pilihan.Sepatutnya ini yang berlaku sekarang didalam UMNO untuk menghadapi PRU14 akan datang.

UMNO masih lagi takut untuk menghadapi transformasi yang dicanangkan , takut lagi menghadapi perubahan dari segi struktur , Maka sebab itu lah UMNO masih  mengekalkan bayangan lama didalam pemilihan Clon Pilihanraya. Bukan itu sahaja ada dikalangan pemimpin UMNO yang sanggup melobi diri sendiri untuk menjadi calon. Sikap tidak sedarkan diri ini lah yang merosakkan UMNO.

UMNO harus selari mengikut perkembangan DAP didalam pemilihan calon calon baru. Setakat ini saya telah nampak beberapa calom muda yang layak diketengahkan . Penyokong UMNO harus mengetepian soal bukan pilihan didalam calon. Tetapi jika penyokong UMNO yang mana saban hari bercakap prihal perjuangan  bangsa dan negara seharusnya isu perkara ini tidak timbul.

Kita banyak lagi calon yang berwibawa untuk diketengahkan- Tapis dan  timbang setiap pencalonan yang disebut. Jiwa jatidiri bukan setakat bercakap dan mengambil peluang diadalam politik, akan tetapi isu kemasyarakatan harus dipertingkatkan untuk membina jalinan ukhwah yang sihat dan mengambil hati pengundi pada bila bila masa sahaja.

Tetapi kebanyakan kepimpinan sekarang akan menghadiri program yang mana kehadiran pemimpin hebat sahaja, penonjolan diri untuk dilihat sebagai pemimpin yang katif tetapi gagal didalam program kecail yang dianjurkan oleh masyarakat kampung.

Pemimpin sedemikian seharusnya tiada didalam senarai calon PRU14. Kita mahukan semua pemimpinyang berkaliber dalam semua perkara., Penolakan talibaru didalam  jaringan rangkaian kepim,pianan seharusnya dihapuskan sama sekali.

Calon yang popular tidak disukai oleh pengundi seharusnya disingkirkan terus dari senarai calon: Keberanian UMNO untuk membuat tapisan ini seharusnya  bermula dari sekarang. Bukan sudah terantuk baru terngadah.

Oleh yang demikian . UMNO seharusnya sudah ada senarai calon untuk diketengahkan. BERUBAH SEGERA ATAU DIUBAH.

This entry was posted in Transformasi Calon PRU 14: UMNO Kena Berani Tampilkan Calon Muda Bermula Sekarang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s