Rumah Mesra Rakyat: DAP Guna Kaedah Kuku Besi Untuk Mendapat Nama


Oleh rmf

Bila kita mengatakan bahawa kerajaan DAP dibawah kepimpinan  Lim Guan Eng tidak mampu berbuat apa apa didlam membela nasib masyrakat miskin, sekoyang koyang para penjilat yang mana rata rata orang melayu tidak akan mempercayainya. Ini mungkin disebabkan sudah termakan budi yang dihulurkan oleh DAP dalam bentuk wang ringgit  yang tidak seberapa nilainya untuk membeli maruah Melayu DAP.

Didalam apa juga keadaan DAP sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip sosialis yang mana  berlandaskan fahaman komunis secara azalinya tidak akan tunduk didlam mana mana desakan  yang diunjurkan kepada pemerintahannya. Malahan desakan tersebut pada kebiasaannya disusuli dengan tindakan menghukum. Ini lah yang sedang berlaku sekarang di Pulau Pinang dimana setiap desakan yang diunjurkan kepada pemerintah prihal perumahan, rampasan tanah dan sebagainya.

Sebagai tindakan balas DAP terus tidak memberhentikan tindakan malahan memperluaskan tindakan seperti merampas tanah kepunyaan orang Melayu, merobohkan tempat mata pencarian orang Melayu . Semua ini dibuat atas nama pembangunan dan akhirnya orang Melayu ditindas denagn pembangunan yang didirikan melalui harga yang ditawarkan.

Masih tidak sedar lagi? Penyokong Melayu DAP terus menerus menjilat untuk memudahkan mereka mendapat sumber kewangan dan sanggup menjual Bangsa sendiri . Ini lah yang sebenarnya berlaku di Pulau pinang.

Kerajaan pusat masih bersifat kebertanggung jawaban terhadap rakyat meski pun rakyat telah mengkhianti kerajaan. Rumah mampu milik yang menjadi idaman rakyat Pulau Pinang kini hanya tinggal dalam bentuk janji pilihanraya sahaja. Nilai perjanjian terhadap rakyat adalah sebagai landasan untuk berkuasa.

Sepanjang pemerintahan DAP tidak ada satu pun rumah mesra rakyat yang telah dibina malahan semakin banyak rumah rumah yang bertaraf 4 bintang didirikan.Melayu yang kurang berkemampuan hanya mampu melihat dan meyesali diri akibat tindakan yang tersalah pilih.

Untuk menukar sebuah kerajaan natijahnya sabuah negeri tergadai, Natijah yang paling besar ialah rakyat akan dihina sehinanya terutama bangsa Melayu yang semakin dikecilkan majoritinya untuk tidak dapat bertindak balas.

Rumah mampu milik yang mana menjadi idaman kini hanya tinggal kenangan. Baru baru ini kerajaan pusat telah mengambil inisiatif untuk membina rumah mesra rakyat di Pulau Pinang, Namun kerajaan DAP telah mengenakan syarat yang ketat untuk kerajaan pusat melaksanakan tangging jawab  tersebut.

Kerajaan dibawah kepimpinan DAP telah mengenakan syarat iaitu  DAp melalui ketua menterinya  mesti melakukan upacara pecah tanah didalam projek yang dikendalikan kerajaan pusat. Dengan tidak secar langsung Melayu DAP akan menwar war kan bahawa projek tersebut adalah dilancarkan oleh DAP Pulau Pinang dan bukan dari kerajaan pusat.

Projek ini jelas beliau sudah terang-terangan adalah projek Kerajaan Pusat tetapi dengan mudah Guan Eng cuba memanipulasi untuk tumpang laba politik seolah-olah ia turut membabitkan kerajaan negeri

Ini lah strategi DAP untuk membohongi rakyat yang masih lupa dan lalai tentang  agenda tersembunyi DAP untuk mendapatkan  Pulau Pinang secara total. Rakyat perlu sedar, rakyat perlu insaf  tentang kesilapan yang pernah dilakukan semasa PRU13 yang lalu.

Gagal Bina Rumah Mesra Rakyat, Guan Eng Guna Taktik Syarat “Mengarut”

PULAU PINANG, 14 Julai – Lembu punya susu, sapi dapat nama. Inilah yang diibaratkan oleh Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir terhadap sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengenakan syarat ‘mengarut’ terhadap kelulusan pengecualian permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat oleh Kerajaan Pusat di Seberang Perai Tengah.

Guang Eng meletakkan syarat bahawa dia perlu dijemput untuk majlis perasmian, pecah tanah dan juga penyerahan kunci rumah mesra rakyat ini kelak.

Tegas Musa lagi, kerajaan Dap Pulau Pinang ini memang bijak di dalam mengambil kesempatan terhadap hasil usaha orang lain lain.

Projek ini jelas beliau sudah terang-terangan adalah projek Kerajaan Pusat tetapi dengan mudah Guan Eng cuba memanipulasi untuk tumpang laba politik seolah-olah ia turut membabitkan kerajaan negeri.

“Sebab apa dia mengenakan syarat sebegitu? Ini kerana apabila berucap nanti sudah tentu dia akan mengatakan ini projek dan usaha kerajaan negeri. Sedangkan selama ini tidak ada sebuah rumah kos rendahpun yang di bina oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dap ini sedikitpun tidak merasa malu dan bersalah dengan tindakan tidak bermoral mereka ini. Saya benar-benar tidak faham bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengenakan syarat sedemikian,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata Guan Eng seharusnya berfikiran bijak dan jangan anggap rakyat senang untuk diperbodohkan.

Guan Eng juga jelas beliau lagi harus berasa malu kerana mahu mengambil nama terhadap hasil usaha Kerajaan Pusat yang selama ini dihentam’ teruk kononnya tidak menjaga kebajikan rakyat.

“Saya amat yakin, Dap sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat nama yang baik di mata rakyat walaupun mereka terpaksa menggunakan cara yang salah. Salah satu contoh adalah perkara ini. Mengenakan syarat sedemikian sudah jelas menerangkan sikap Dap yang suka mengambil kesempatan.

“Guan Eng seharusnya mencermin dirinya sendiri sebelum memperbodohkan rakyat. Sikapnya ini jelas menunjukkan dia tidak layak menjawat jawatan Ketua Menteri. Sepatutnya bukan Khalid (Ketua Menteri Selangor) yang digesa untuk meletak jawatan tetapi Guan Eng yang patut letak jawatan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

This entry was posted in Rumah Mesra Rakyat: DAP Guna Kaedah Kuku Besi Untuk Mendapat Nama and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s