Diplomasi Karut Kerajaan Malaysia : Aktifkan KOD MERAH Sepanjang Masa : Musuh Tidak Akan Memberitahu Kita Untuk Menyerang


oleh rmf

Setelah melihat beberapa kejadian dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin, amat tepat sekali  apa yang saya cadangkan  agar setiap kepimpinan didalam negara ini MESTI mempunyai asas didalam bidang kenegaraan atau dengan erti kata lain mengikuti latihan ketenteraan  asas sebelum melangkah kedalam kepimpinan negara.

Kejadian Lahat datu adalah disebabkan pencerobohan yang dilakukan oleh militan  untuk menimbulkan  ketidak sembangan didalam negara ini. Kelonggaran pengawalan sempadan telah menyebabkan kejadian ini berlaku disamping ketidak pekaan pemimpin atasan dalam isu keselamatan negara.

Para pemimpin yang ada terlalu banyak teori didalam isu ini.. Hari ini sdaya telah membaca kenyataan penunh Panglima TLDM agar  kebenran menembak penceroboh diluluskan untuk menjaga sempadan negara  dibolosi.

Bagi saya amat malang sekalai negara ini mempunyai kepimpinan yang tiada asas ketenteraan yang mana mereka tidak beranggapan bahawa isu ini adalah isu yang boleh meyebabkan negara ini dijajah jika tidak betul cara menanganinya .

Kesilapan kerajaan Malaysia ialah terlalu banyak diplomasi dalam isu keselamatan, akibatnya  didalam kejadian pencerobohan Lahat Datu kita telah kehilangan nyawa anggota keselamatan . Kesilapan ini sepatutnya dikaji dan disiasat kelemahan sistem pertahanan negara.

Susulan pendedahan Panglima TLDM baru la semua orang tahu mengapa  anggota keselamatan kita tidak melepaskan tembakan apabila berhadapan dengan situasi  yang mengancam nyawa mereka. Adalah tidak logik dari akal yang waras apabila sebuah negara yang berdaulat mempunyai satu prosedure yang boleh mengancam dan menjadikan negara ini sebagai pertaruahan.

Saya masih ingat lagi , bagaimana saya mencadangkan setiap calon kepimpinan didaam negara ini mengikuti  kursus ketenteraan selama 3 bulan agar mereka lebih peka tentang perihal keselamatan dan kedaulatan negara serta menaikkan  semangat patriotik dikalangan bakal pemimpin negara,

Jesteru itu, jika ilmu ketenteraan dan patriotik pemimpin tebal dihati maka saya rasa tindakan yang berlaku sekarang mungkin dapat dielakkan. Kita akui sebahagian besar daripada kepimpinan yang ada sekarang tiada mempunyai asas ketenteraan atau ilmu , apa yang mereka ada adalah hanya ilmu melalui pembacaan dan politik semata mata yang diluahkan melalui ucapan mereka.

Oleh yang demikian saya amat menyokong penuh agar “Kod Merah ” diaktifkan sebagai protokol  yang membolehkan pasukan keselamatan  menjaga sempadan negara dengan lebih berklesan lagi. Tidak hairanlah bila  pemintasan MH370 dikesan radar sebagai pesawat tidak dikenali  tidak di pintas oleh TUDM untuk memastikan apakah pesawat tersebut adalah musuh.

Jika kita lihat kejadian demi kejadian , Kesilapan tidak mengaktifkan Kod Merah ini adalah satu kesilapan yang amat besar oleh kerajaan Malaysia didalam  menjaga  kedaulatan negara. Perkara ini boleh menyebabkan negara ini berada didalam ancaman bila bila masa sahaja . Isu ini adalah amat berat bagi mereka yang telah menjalani ilmu ketenteraan dan saolah olah telah bersekongkol didalam melakukan pencerobohan negara.

KEKERAPAN operasi bersepadu membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin, Imigresen, Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut dalam operasi skala besar-besaran, seperti Ops Nyah Bersepadu (1998) di perairan Selat Melaka selama sepuluh hari  nyata membuktikan kesungguhan pihak berkuasa Malaysia menangani pencerobohan dan kemasukan secara haram pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran yang sebahagian besarnya rakyat Indonesia.

Walau bagaimana kerap sekali pun jika penceroboh mempunyai senjata , maka secara tidak langsung telah mengancam keselamatan nyawa anggota JIKA KOD MERAH tidak diaktifkan sepanjang mana dan digunakan mengikut prosedur yang ditetapkan.iaitu  Amaran sebayank tiga kali dan jika masih  tidak berundur  tembakan  untuk mempertahankan kedaulatan negara MESTI dilakukan.

Walau bagaimanapun, penggunaan radar sistem pengawalan laut Swasla, buatan Kanada yang canggih dan pertama digunakan di Asia Tenggara tidak berfunsi dengan sebaiknya jika KOD MERAH masih statik, ianya hanya dapat mengesan dan tidak memberikan impak yang besar didalam mengurangkan kejadian  pencerobohan. Ini adalah kerana penceroboh tahu bahawa prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bersifat statik.

Kebimbangan situasi ini bukan dilihat oleh kepimpinan negara, mungkin kita sudah lupa  apabila pencerobohan sekiranya tidak dikawal, Malaysia dan dunia akan sekali lagi menghadapi masalah ‘orang hanyut’ seperti yang dialami oleh pelarian Vietnam dahulu ekoran kegawatan ekonomi yang melanda Asia Tenggara kini. Se4jarah tidak pernah menipu kita, akan tetapi tindakan yang kurang bijak dari kepimpinan negara bakal menyebabkan negara ini terancam.

Jika diteliti situasi ini dengan lebih mendalam, pencerobohan  ini lebih menyerupai pencerobohan tentera asing yang mahu menawan negara ini dengan melakukan pendaratan di sekitar pantai-pantai yang strategik khususnya di kawsan-kawasan yang kurang kawalan pihak berkuasa seperti di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Akibatnya, negara ini akan menjadi ‘negara tawanan’ pendatang tanpa izin sekiranya tiada tindakan dan pencegahan yang berkesan oleh pihak berkuasa untuk menghalang pencerobohan daripada terus berlaku.Sekarang ini yang sedang dihadapi oleh Malaysia iaitu kebanjiran pendatang asing yang boleh memberontak bila bila masa sahaja dan menawan negara ini.

Sudah tiba masanya kerajaan memandang serius isu pencerobohan ini kerana melibatkan keselamatan negara yang boleh menjadi punca utama kestabilan rantau ini diganggu-gugat oleh kebanjiran dan pendaratan yang semakin menjadi-jadi.

Melalui operasi bersepadu di antara jabatan dan agensi kerajaan serta meningkatnya rondaan di sepanjang perairan negara, belum tentu boleh menyekat pencerobohan ini daripada terus berlaku. Malah secara logiknya, pencerobohan akan terus berlaku apabila tamatnya sesuatu operasi yang berskala besar seperti ini.

Dalam konteks ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah besar peruntukan demi menangani krisis ini dengan lebih berkesan lagi. Mewujudkan beberapa lagi Pusat Kawalan Maritim yang dilengkapi peralatan canggih, pertambahan kapal dan bot peronda TLDM, Unit Marin PDRM dan Jabatan Laut dan meningkatnya rondaan perairan dan udara merupakan langkah berkesan kerajaan melindungi kedaulatan perairan negara daripada sebarang pencerobohan.

Pencerobohan diibarat kemaraan pasukan musuh yang tiak dapat dikawal maka dalam peperangan sebenarnya kelak kita akan tertewas mempertahankan kedaulatan negara kerana sememangnya kita membiarkan sempadan negara dibolosi dan dicerobohi.

Tragedi ini dapat dielakkan sekiranya kerajaan melalui usaha pihak berkuasa tertentu seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan dan pengawasan sempadan meningkatkan lagi operasi dan rondaan di kawasan sempadan.serta mengaktifkan KOD MERAH sepanjang masa. Musuh tidak datang dengan memberitahu kita , mereka mencari peluang untuk menyusup sempadan dengan berbagai agenda.

Dengan demikian, Kerajaan seharusnya  bertegas didalam isu pencerobohan kedaulatan negara ini tanpa kompromi sebagaimana dilakukan oleh negara negara lain. Pengkatifan KOD MERAH  dengan proisedur seharusnya diaktifkan bila bila masa sahaja bergantung kepada situasi dan keadaan. Ini lebih menjamin keselamatan anggota serta menjadikan sempadan kedaulatan negara tidak sewenangnya dicerobohi.

Alternatif yang wujud untuk mengawal persempadanan negara bukanlah isu yang boleh dimanupulasikan atau dijadikan sensational hostile intenton dalam perhubungan akrab kedua-dua buah negara, sebaliknya wajar dilihat dalam konteks keselamatan negara dan kedaulatan keamanan yang perlu dipertahankan demi menjamin kestabilan serantau. Asia Tenggara dalam dekad progresif dan intelektual bukan lagi ‘colonial region’ bahkan sudah muncul sebagai wilayah peradaban dan ketamadunan baru dunia termasuklah Malaysia yang mempunyai kedudukan strategik di tengah-tengah rumpun ASEAN yang berpotensi menerajui kepesatan ekonomi, politik dan tamadun Asia Tenggara.

Jelaslah, keselamatan sempadan termasuk sempadan perairan negara penting demi mempertahankan kedaulatan tanahair sekaligus tidak boleh diperkotak-katikkan apatah lagi dengan pendaratan pendatang tanpa izin ke negara ini.

This entry was posted in Diplomasi Karut Kerajaan Malaysia : Aktifkan KOD MERAH Sepanjang Masa : Musuh Tidak Akan Memberitahu Kita Untuk Menyerang and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Diplomasi Karut Kerajaan Malaysia : Aktifkan KOD MERAH Sepanjang Masa : Musuh Tidak Akan Memberitahu Kita Untuk Menyerang

  1. maae says:

    Saya sokong sepenuh nya. Pentadbiran biasa, pentadbiran diplomatik dan pentadbiran tentera (inklusif) demi keselamatan negara mesti berbeza tetapi memerlukan satu ketetapan. Masihkah Pegawai tertinggi memerlukan isyarat PM ? Bukan kah mereka sepatut nya menasihati PM ? Dalam soal ‘mempertahankan’ tiada kompromi dan semua terlibat sokong menyokong SATU KEPUTUSAN dari tiga pentadbiran!

    Tiada tuding jari yang selalu jadi amalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s