“The Edge” Salah Lapor, Ada Pula Yang “Menangguk Di Air Yang Keruh”?


Oleh rmf

“The Edge” Salah Lapor, Ada Pula Yang “Menangguk Di Air Yang Keruh”?

Sebetulnya di mana-mana bulan sekali pun, seluruh umat Islam di dunia sewajarnya menghindari diri dari memfitnah atau perkara-perkara yang melibatkan syubhah. Apatah lagi di bulan Ramadhan, kita sewajarnya menjaga diri dari melakukan dosa seperti itu, bukan?

Selain dari melaporkan kebenaran, etika kewartawanan juga perlu dijaga.

Namun, lain pula dengan akhbar “The Edge Malaysia” dan seorang blogger tersohor berbahasa Inggeris yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang disifatkan tidak tepat. Tidak perlulah dinyatakan blog yang mana, perlu juga dijaga aibnya di khalayak ramai.

“The Edge” secara tiba-tiba telah menyiarkan sebuah artikel tentang sebuah syarikat GLC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Khazanah Nasional Bhd, kononnya syarikat berkepentingan kerajaan itu akan membeli kepentingan pelabur Timur Tengah dalam empat syarikat.

Khazanah dituduh akan membeli kepentingan dalam empat syarikat itu termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan nilai pembelian RM3 bilion, hanya berdasarkan sumber tidak rasmi atau lebih layak disifatkan sebagai “cakap-cakap kedai kopi”.

Lebih memburukkan keadaan, artikel “The Edge” tersebut telah dijadikan bahan rujukan blogger berkenaan untuk menghina pengurusan tertinggi syarikat GLC itu dengan pelbagai gelaran yang menghina dan tidak sedap didengar.

Saya tidaklah mengatakan diri saya sempurna. Namun saya cuba perbaiki diri saya untuk tidak menggunakan kata-kata kesat dari masa ke masa memandangkan tindakan sebegitu tidak dianjurkan Islam dan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang dihina.

Khazanah PC Iskandar Msia

Apa yang boleh kita peroleh dengan menggelar orang lain sebagai “monkeys” selain dosa percuma? Sebagai blogger berpengaruh, blogger tersebut sewajarnya menunjukkan contoh yang baik untuk diikut oleh penulis-penulis seperti saya, bukan?

Khazanah dalam kenyataannya yang terkini telah menegaskan bahawa segala fakta dan dakwaan “The Edge” itu tidak tepat dan salah. Malah maklumat dari “sumber” tersebut dikatakan sudah lapok!

Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas dalam kenyataannya yang hari ini disiarkan oleh “The Edge” menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disampaikan “sumber” itu sekaligus menjadikan tohmahan yang dilemparkan itu seolah-olah layak dikategorikan sebagai fitnah.

Mungkin atas rasa bersalah, “The Edge” menyiarkan penafian tersebut sebagai timbal balas pada kesilapan dari sudut etika kewartawanan khususnya melibatkan sebuah GLC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Persoalannya, sanggupkah blogger yang menyifatkan Khazanah sebagai “cacat”, “dungu” dan menggelar mereka sebagai “monyet” itu menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ketelanjurannya menghina mereka berdasarkan laporan yang tidak sah?

Atau beliau lebih memilih untuk meminta maaf sempena Hari Raya Aidilfitri nanti? Terserahlah, kerana saya lebih memilih untuk berlaku adil bagi semua pihak. Selamat menikmati Ramadhan dan marilah kita tingkatkan ibadah serta pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. Wallahu’alam…

This entry was posted in Ada Pula Yang “Menangguk Di Air Yang Keruh”? and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s