MKini Meroyan Dilarang Buat Liputan Sidang Media Perdana Menteri – U Ulang I Saman


Oleh rmf

Selepas ini kita akan pastikan bahawa kebebasan Media Ala Pakatan Rakyat kita laksanakan, Ini sejajar dengan gambar yang dibuat dibawah ini. Mereka melaungkan kebebsan media tapi dipihak mereka sebaliknya berlaku.

MKini Meroyan Dilarang Buat Liputan Sidang Media Perdana Menteri

DILAPORKAN sebentar tadi, wartawan Malaysiakini dilarang dari membuat liputan sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya – kali kedua dalam tempoh 2 minggu.

Walaupun tidak dapat dipastikan alasan disebalik larangan tersebut tapi penulis percaya ia ada kaitan dengan tuntutan saman dikemukakan Perdana Menteri terhadap media pro pembangkang itu baru-baru ini kerana memfitnahnya.

Penulis tidak begitu peduli punlah apa alasannya disebalik larangan ini, yang penting penulis memuji tindakan tersebut dan sepatutnya ia sudah dilakukan sejak dulu lagi bukan saja sekarang. Tapi takapalah, orang putih kata ‘better late than never’.

Buat apa nak bagi peluang kepada media yang  sekarang kita tahu kerjanya hanya memutar belitkan kenyataan pemimpin BN.  Lain yang kita nak sampaikan, lain yang dia cakap.

Ambil contoh dalam isu gelandangan dan pengemis warga asing sekaranglah.  Yang disebut Menteri ialah mahu pindah lokasi beri makan gelandangan, yang dia tulis, nak tangkap orang yang bagi makan gelandangan, nampak beza tu?

8a66a6136c7b9407b6208ef8c8c1d2ba

Dalam kes Mkini lagi teruk, guna komen yang konon dihantar pengunjung portal pembelit berkenaan sebagai alasan untuk menerbitkan bukan satu tapi 2 artikel didakwa memfitnah Perdana Menteri semasa krisis penggantian Menteri Besar Terengganu awal bulan lepas.

Sudah tentu selepas ini adalah tuduhan kononnya Perdana Menteri menafikan kebebasan media dan seperti itu, tapi penulis katakan beginilah, persetankan semua dakwaan tersebut.

Rakyat dibawah ini tahu siapa sebenarnya yang menafikan kebebasan media di negara kita ni, bukan Perdana Menteri pun, tapi Anwar Ibrahim.  Tua kutuk ni lagi teruk, sampai nak tanya soalan pun dia nak saman, habis yang dia buat sidang media tu kenapa kalau wartawan tak boleh tanya soalan?

Memang Anwar Ibrahim bukan perbandingan yang setaraf dengan Perdana Menteri tapi sekadar nak buat perbandingan, tak mengapalah.  Kurang-kurang, Perdana Menteri hanya larang satu media pro pembangkang, yang Anwar sampai dua (TV3 dan Utusan) kerana kononnya tak beri liputan adil kepadanya.

Siap tampal notis lagi tak benarkan media-media tertentu masuk. apa tak tuduh dia menyekat kebebasan media dan sebagainya?

Cakap pasal itu (sekat kebebasan media), bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dulu sampai ke sudah dituduh menyekat kebebasan media, tapi 22 tahun juga jadi Perdana Menteri.  Mkini pun ditubuhkan sewaktu Mahathir jadi Perdana Menteri, nak cakap banyak macam mana?

Jadi teruskanlah dengan larangan ini.  Portal terdesak macam MKini ini tahu, dihujung-hujung itu tetap cakap Perdana Menteri juga yang orang pakai bukan cakap Anwar Ibrahim.

Sebab itulah dalam masa yang sama disaman kerana dakwaan memfitnah Perdana Menteri, mereka masih lagi terhegeh-hegeh nak buat liputan sidang media yang Perdana Menteri adakan.

Nak putar belit lagilah tu.

This entry was posted in MKini Meroyan Dilarang Buat Liputan Sidang Media Perdana Menteri - U Ulang I Saman and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s