DAP RASIS- 13 Mei Senjata DAP Takutkan Cina


Oleh rmf

Politik kotor DAP telah lama dikesan dan mereka sewenangnya memainkan polimik bangsa dan memainkan perasaan ketakutan dikalangan rakyat didalam negara ini. Tetapi disebalik kata kata mereka, mereka adalah juara dalam rasis, juara dalam perkauman, juara dalam mendiskriminasi dan banyak lagi. Isu 13 dan mencabar  baru baru ini sedikit sebanyak telah mengugat kesabaran orang Melayu dodalam negara ini -rmf-

13 Mei Senjata DAP Takutkan Cina

SEMALAM Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng buka mulut lagi pasal peristiwa 13 Mei.  Kononnya ada sesuatu yang disebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai peristiwa tersebut baru-baru ini.

Penulis tidak berminat langsung dengan apa yang dicakapkan Guan Eng tentang 13 Mei dan kaitannya dengan kenyataan Muhyiddin.  13 Mei adalah satu sejarah rusuhan kaum dimana DAP terlibat secara langsung di dalamnya – hakikat yang tidak akan berubah sampai bila-bila.

Lebih penting rasanya kalau kita mengupas persoalan kenapa Guan Eng dan DAP suka sangat nak bercakap tentang 13 Mei.  Ironinya, silih-silih ganti pulak tu, kejap bapak (Kit Siang), kejap anak, pantang ada peluang, mesti 2 ekor ni nak cakap pasal 13 Mei.

Ikut hemat penulis, DAP sebetulnya sedang guna pendekatan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush untuk menang pilihanraya presiden 2004 – sengaja timbul ketakutan di kalangan rakyat akan ancaman pengganas dan tonjol dirinya sebagai penyelamat.

Jika semua masih ingat pada waktu itu, makin hampir dengan tarikh pilihanraya, makin kerap rakaman video Osama Laden dan kegiatan keganansannya muncul di TV.  Diakhirnya, Bush kekal jawatan Presiden Amerika Syarikat walaupun jelas dia menipu tentang kewujudan senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa berada di Iraq setahun sebelumnya.

Modus operandi sama digunakan DAP hari ini dalam soal 13 Mei.  Di kalangan orang cina, persepsi yang digunakan DAP ialah UMNO yang mula-mula cetus 13 Mei dan hanya mereka saja yang boleh selamatkan orang cina kalau kejadian seumpama itu berulang semula.

Sebab itulah cerita hampir 50 tahun itupun DAP tidak akan serik untuk ulang tayang, dan makin parah diselitkan dengan unsur-unsur perkauman untuk kekalkan kebencian rakyat terhadap UMNO/BN.

Yang dok kata Muhyiddin ada sebut itu dan sebut ini, itu semua hanya alasan, hakikatnya Guan Eng dan DAP memang sengaja cari alasan untuk cakap pasal 13 Mei sebab nak kekalkan ketakutan di kalangan orang cina kat Malaysia ni.

This entry was posted in DAP RASIS- 13 Mei Senjata DAP Takutkan Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s