ANWAR PERLU LETAK JAWATAN DULU SEBELUM KHALID-


oleh rmf

Bila jenis manusia tak sedarkan diri, ini la berlaku, Jawatan hanya sekadar penasihat atau nk lebih tinggi sikit presiden parti , lebih lebih pulak nak suruh orang buat ikut telunjuk dia semacam dia berjawatan MB, Jawatan penasihat atau president ni boleh dipecat bila bila masa sahaja.kalau orang dah tak suka. 

Jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya atas alasan kerana alasan kerana gagal menguruskan kerajaan negeri dengan baik, maka logiknya bukan beliau seorang yang harus memikul tanggungjawab dan berundur.

Adalah munasabah jika dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut meletakkan jawatan diatas kegagalan Khalid menguruskan Selangor kerana beliau bukan sahaja Ketua Umum PKR yang menamakan Khalid sebagai menteri besar negeri itu sebelum ini, malah beliau juga adalah penasihat ekonomi negeri Selangor.

“Perlu diingat Anwar bukan saya ketua umum PKR tetapi juga penasihat ekonomi Selangor.

“Kalau Khalid didesak letak jawatan kerana gagal bagaimana pula dengan Anwar?,” kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin.

Berdasarkan kedudukan Anwar selaku penasihat ekonomi negeri, serta bos kepada Khalid dalam PKR, memang tidak masuk akal jika Khalid didakwa membuat semua keputusannya bersendirian.

Sudah tentu sedikit sebanyak, ada tindakan yang Khalid ambil berpandukan daripada panduan yang diberikan para penasihat negeri, termasuk penasihat ekonomi negeri iaitu Anwar.

Malah andaian bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkemungkinan memberikan nasihat yang tidak tepat kepada kerajaan negeri Selangor tidaklah pelik, kerana beliau selaku menteri kewangan nyaris menggadaikan negara kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi sekitar 1997-1998 dahulu.

Kegagalan Anwar juga, kata Fairus, lebih besar dari Khalid memandangkan beliau juga gagal menangani dan menamatkan krisis pemillihan PKR yang disifatkan jauh lebih memalukan.

Bekas wakil rakyat PKR itu merujuk kepada proses pemilihan PKR yang masih berlangsung dan mencetuskan pelbagai kontroversi akibat berlaku bermacam-macam insiden.

“Perlu juga diingat bahawa keadaan lintang pukang, huru hara dalam pemilihan parti ini bukan sahaja baharu berlaku kali ini tapi sejak pemilihan lalu lagi.

“Malangnya kali ini lebih teruk dan memalukan hingga tahap ahli mengheret parti ke mahkamah.

“Siapa yang patut ambil tanggungjawab ini,” soal Fairus lagi seperti dilaporkan portal berita UMNO-Online.

Bagi Fairus desakan agar Khalid meletakkan jawatan adalah melucukan jika Anwar sendiri, yang juga ahli Parlimen PKR Permatang Pauh tidak pula dihukum.

Pandangan beliau selari dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Melalui akaun Twitter beliau pada Isnin, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyindir kewibawaan kepimpinan pakatan pembangkang yang diterajui Anwar dalam mengendalikan krisis jawatan menteri besar Selangor..

“Terengganu MB crisis: diffused in under a week. Selangor MB crisis: one year and counting (Krisis MB Terengganu: Diredakan dalam masa kurang seminggu. Krisis MB Selangor: Satu tahun dan masih lagi terus berlangsung),” kata Khairy melalui Twitternya.

Beliau merujuk kepada bagaimana Barisan Nasional, khususnya UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah pertukaran jawatan antara bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam mmasa hanya tiga hari.

Begitu juga peralihan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu daripada Ahmad kepada Razif berjalan dengan lancar tidak lama selepas itu.

Namun khabar angin pertukaran jawatan Khalid selaku MB Selangor sudah bertiup kira-kira setahun sebelum tambah kencang ketika piliha raya kecil (PRK) Kajang hinggalah sekarang.

Manakala perebutan kuasa serta kekecohan pada pemilihan PKR pula berlaku pada setiap pemilihan dan hampir di kebanyakan cabang.

Anwar sepatutnya sudah merasa bahawa wajahnya sudah penuh terpalit arang – UTARANEWS.

This entry was posted in ANWAR PERLU LETAK JAWATAN DULU SEBELUM KHALID and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s