Sandiwara “BlackOut” – PKR Berani Menghukum Ikan Bilis Sahaja


Oleh rmf

Semasa PRU 12 , PRU 13  berbagai tohmahan dibuat terhadap kerajaan dan ketidakadilan kerajaan terhadap sistem  Pilihanraya yang dijalankan, Mereka berdemo merata pelusuk alam didalam negara ini dengan mengupah rakyat yang bodoh dan termakan umpan mereka termasuk siswa siawa yang berada di IPTS/IPTA  untuk mengugat keadilan yang selama ini diikuti.

Kerana saorang yang gila kuasa mereka sanggup menjadi kuda tunggangan dan diperbodohkan walaupun mereka itu dikalangan cerdik pandai. Wang yang diupah ditaburkan untuk meyebarkan fitnah terhadap kerajaan hilang sekelip mata, namun maruah dan harga diri mereka tetap tercalar.

Dimana Ambiga yang cukup lantang mempertikaikan isu berkaitan Pilihanraya, ketidakadilan pilihanraya. Kini seluruh cabang pemilihan PKR sedang menghadapi kemelut pembohongan yang serius didalam sistem demokrasi di dalam negara ini., Jelas sekali bahawa segala yang berlaku sebelum ini adalah rancangan yang dibuat oleh PR untuk memburukkan kerajaan.

Allah maha kaya , kini segalanya telah terbuka luas , bahawa semua porak peranda yang berlaku ini diketuai oleh samseng yang berada didalam PKR dan sekutunya.

Sandiwara “BlackOut” – PKR Berani Menghukum Ikan Bilis Sahaja

Bagaikan “Sudah jatuh ditimpa tangga”, umpama “Sepandai tupai melompat”, semuanya serba tidak kena dan pekung busuk mula terbuka satu demi satu kepada Parti Keadilan Rakyat.

Sepenggal yang lalu perkara sama juga terjadi kepada Parti kelam kabut ini. Namun dipenggal yang lepas, walaupun pemilihan jawatan parti berjalan dalam suasana haru biru dan wujudnya juga insiden pergaduhan kerana tidak puashati, mereka cuba alihkan perhatian kononnya UMNO adalah punca segalanya.

Mereka cuba yakinkan ahli dan rakyat bahawa UMNO menghantar ejen untuk cetuskan suasana kacau bilau sewaktu pemilihan di semua peringkat ketika itu.

Menurut pemerhati politik, untuk menutup segala kelemahan dalam menguruskan ketelusan memilih pemimpin parti, PKR bersama dengan komponen pakatan yang lain merangka strategi untuk memalukan Barisan Nasional di Pilihanraya Umum yang Ke 13 dengan merekayasa fitnah besar-besaran bahawa kemenangan BN bukannya kemenangan mutlak. Sebaliknya Barisan Nasional menang kerana menipu.

Kita masih ingat bagaimana fitnah tentang padamnya letrik di beberapa kawasan pusat kiraan undi, bagaimana dakwat kekal kononnya tidak kekal dan pelbagai lagi fitnah yang reka demi menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan ianya hampir menjadi realiti.

Tidak cukup dengan serangan dengan menggunakan media internet dan akhbar milik mereka, demostrasi berjenama “Black out” juga dilancarkan di tengah-tengah ibukota Malaysia.

Kini, hanya dalam setahun selepas PRU13, pemilihan jawatan dalam Parti PKR mula menunjukkan bukti bahawa ketelusan yang mereka laungkan hingga ke Padang Merbuk, Kuala Lumpur, Padang PKNS Kelana Jaya dan juga dalam Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semuanya bagaikan terkena badi. Rakyat mula menilai, siapa yang telus dan siapa yang tembelang busuknya mula pecah.

Secara terang-terangan walaupun sistem pemilihan jawatan di cabang dan ranting cuba dimomokkan dengan sistem yang paling telus yang pernah diamalkan oleh parti politik di negara ini namun semuanya hanya wayang kulit.

Mereka kononnya ada jawatankuasa khas pemilihan yang lebih hebat dari apa yang BN amalkan sebelum ini namun kerusi plastik di tempat pembuangan undi Cabang dan Ranting berterbangan hinggap ke kepala antara mereka. Paling memalukan, ada yang berjahit kepalanya.

Apa yang penulis lihat, pemilihan kali ini bagaikan mengikut skrip tangan-tangan ghaib yang ingin melupus dan menyingkirkan pemimpin tertentu agar pada PRU14 mereka ini tidak ada tempat lagi sebagai calon.

Bayangkan, kalau jerung yang buat salah maka Jawatankuasa Pemilihan sendiri yang mengolah cerita kononnya tiada bukti kukuh.

Lihat sahaja Menteri Besar Selangor, secara terang-terangan diwujudkan khas strategi untuk jatuhkannya, “Kajang Move” atau “Langkah Kajang”, apakah kegilaan ini? Mana ada parti politik dalam dunia yang merangka pelan khas untuk jatuhkan Pemimpin No1 negeri?

Bagaikan tiada simpati langsung terhadap Khalid Ibrahim, pegawai kanan dan kirinya dikenakan tindakan dan paling malang, Setiausaha Politik beliau, Mustapha Mohd Talib digantung keanggotaan dalam PKR selama setahun secara serta-merta ekoran dakwaan mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor, bagi menentang Khalid.

Faekah Husin, pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR.

Empat lagi anggota parti itu daripada cabang Kota Raya dipecat kerana merampas, menendang dan memecahkan peti undi dalam pemilihan parti.

Bagaimana dengan dakwaan Chegu Bad terhadap Azmin Ali? Apakah dakwaan menipu dalam pengiraan undi itu dikategorikan sebagai tuduhan yang tidak berasas? Benarkah wujudnya dakwaan berlaku sogokan wang demi meraih undi dan dakwaan ini juga dianggap remeh?

Besar sangatkah kesalahan pecahkan kerusi dan peti undi kerana perwakilan sedar wujudnya cubaan menipu ketika proses pengundian berlaku?

Penulis juga ada dengar tentang wujudnya dakwaan ‘lampu padam’ ketika kiraan undi Khalid Ibrahim, Allah bayar tunai terhadap rekayasa fitnah mereka selama ini kepada UMNO dan BN?

Setelus mana yang kita boleh harapkan bila Presiden Parti yang terang-terangan ada ‘kem sendiri’ yang meneliti setiap aduan disiplin ahli dan “Kajang Move” berkait rapat dengan diri Presiden Parti yang bakal mengambil alih jawatan No1 Selangor.

Rakyat Selangor seharusnya melihat dan menilai sendiri bagaimana mereka begitu ghairah laungkan kononnya Ketelusan adalah paksi utama perjuangan dan mereka sendiri tidak mampu langsung untuk buktikan mereka adalah manusia yang telus.

This entry was posted in Sandiwara “BlackOut” – PKR Berani Menghukum Ikan Bilis Sahaja and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s