PENTINGKAN HAK ASASI PENJENAYAH.PEGUAM NEGARA POTONG KUKU POLIS DIRAJA MALAYSIA


Oleh rmf

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berpandangan tidak harus ada lagi aspekpenahanan untuk pencegahan dalam undang-undang baru yang bakal digubal bagi mengambilalih peranan Ordinan Darurat 69 (EO). Pendapat ini telahpun dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan pendirian kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor membantah pendapat ini .Dalam interview dengan Mingguan Malaysia 21 Julai 2013 beliau nampaknya  tidak begitu yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memberatkan pandangan polis, sebaliknya akan mengutamakan  Jabatan Peguam Negara dari PDRM bagi memainkan peranan lebih besar dalam penggubalan akta untuk menggantikan EO.

Bagi Rahim Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khusunya yang membabitkan gangsterisme. Rakyat sedang menanggung ancaman keselamatan terhadap diri mereka oleh kerana sikap Peguam Negara.

Sesiapa pun yang membaca interviu dengan Rahim ini akan dapat merasakan beliau  memberikan pandangan secara ikhlas,seriaus ,terus terang dan sungguh sungguh berdasarkan pengalamannya untuk berkongsi pengetahuan dengan kerajaan bagi pemulihan keamaman negara yang sekarang berada dalam keadaan yang tidak menyakinkan rakyat.

Beliau  benar benar mengharapkan  anggota-anggota Parlimen memberikan sokongan penuh kepada polis bagi memasukan semula kuasaPENANGKAPAN dalam undang-undang baharu yang amat perlu sebagai  langkah pencegahan paling berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Sebenarnya langkah kerajaan hendak menggubal semula undang-undang bagi menggantikan EO 1969 adalah suatu pengakuan terhadap kesilapan yang telah dilakukan. Siapakah yang melakukan kesilapan ini? Peguam Negara sebagai penasihat atau ketelanjuran Datuk Seri Najib sendiri yang hendak menjadi celebriti dunia bebas?

Saya petik beberapa pandangan Tan Sri Abdul Rahim Noor:

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat bukti menunjukkan berlaku peningkatan kadar jenayah indeks berhubung dengan kegiatan gangsterisme selepas EO 1969 dihapuskan.

“Kesan daripada pemansuhan undang-undang berkenaan, penahahan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dulunya disiasat di bawah EO 1969 tidak dapat lagi dilakukan malah individu yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat. Ada di antara mereka yang bebas ini bermaharajalela. Sebilangan mereka melakukan jenayah semula.

Pihak polis sekadar menjadi pemerhati tetapi tidak dapat membendungnya. Mereka seperti patah sayap. Keadaan tidak lagi seperti dahulu. Maklumat yang diperolehi hasil daripada risikan hanya dibukukan sahaja. Sekiranya laporan polis dibuat, barulah tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Tan Sri Rahim tidak secara langsung menyatakan kebimbangan bahawa Jabatan Peguam Negara akan diberikan peranan lebih besar daripada PDRM dalam penggubalan akta baharu yang bakal digubal untuk menggantikan EO 1969 itu.

Rahim berpandangan Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khususnya yang membabitkan gangsterisme, maklumat risikan dikutip, dijejak dan disimpan oleh pihak polis. Mereka mengetahui secara mendalam tentang dunia penjenayah.

Pihak pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak melihat permasalahan jenayah secara keseluruhan. Mereka lebih cenderung melindungi hak asasi suspek daripada membantu siasatan polis.

Jenayah keganasan semakin subur tetapi  malangnya pihak polis hanya dapat melihat sahaja kerana tangan mereka kini terikat. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia  dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak memahami hakikat ini kerana bukan mereka yang bergelumang dalam kegiatan mencegah jenayah seperti yang dilakukan pihak polis.

Rahim berkali-kali meletakan harapan kepada ahli ahli parlimen sebagai penggubal undang-undang supaya memahami betapa penting unsur tangkapan untuk pencegahan bagi menjamin keselamatan rakyat. Polis hendaklah diberikan kuasa ini dan keselamatan rakyat sepatutnya lebih diutamakan.

Apa yang disuarakan oleh Tan Sri Rahim sebenarnya mewakili hasrat dan hati nadi anggota polis dari peringkat bawah sehingga teratas dan juga perasaan keseluruhan rakyat. Anggota anggota polis berada dalam keadaan moral yang sangat rendah sekarang.

Penjenayah menjadi besar kepala kerana mereka tahu polis telah hilang kuasa.  Saya sendiri baharu sahaja bercakap dengan seorang pegawai tinggi polis dalam bahagian jenayah yang menyatakan “kami sekarang tak ada kuku lagi Tan Sri.”

Inilah akibatnya apabila hak asasi penjenayah dilihat lebih penting dari hak asasi masyarakat dan kepentingan populariti politik mengatasi kepentingan hakiki.

Penjenayah kini semakin berani melakukan rompakan dan pembunuhan kerana merasakan pihak polis kini telah kehilangan “kuku” berikutan pemansuhan beberapa akta yang mengerunkan mereka sebelum ini.
ZK

MONDAY, 22 JULY 2013

This entry was posted in PENTINGKAN HAK ASASI PENJENAYAH.PEGUAM NEGARA POTONG KUKU POLIS DIRAJA MALAYSIA and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to PENTINGKAN HAK ASASI PENJENAYAH.PEGUAM NEGARA POTONG KUKU POLIS DIRAJA MALAYSIA

  1. zizan@yahoo.com.my says:

    Kan aku dah kata Najib ni tak layak jadi PM korang tak percaya. Dia buat undang2 untuk polis ikut suka mak bapak dia dan tak nak dengar nasihat polis. Aku tau sebab apa.Sebab kongsi gelap dari kaum cina dan Najib perlukan undi mereka.

  2. usin patalon says:

    Begitu? Apa teruk beno pm kita ni? Entah2 persepsi kita jer kot….haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s