TERJEMAHAN: Ketakutan Lim Kit Siang Kepada Tun Dr Mahathir Terserlah


Oleh rmf

Artikel ini adalah dari terjemahan yang dibuat melalui tulisan Lim Kit siang didalam sebuah akhbar China  pada tahun 2013. Ketakutan Lim Kit Siang  amat terserlah apabila halangan halangan diagendakan untuk menghalang Tun Mahathir berkuasa kembali.  Mereka tahu  Tun Dr Mahathir mempunyai ketegasan yang mana tiada tandingannya.

Ketegasan beliau ini juga  menjadi ketakutan kepada pihak haluan kiri untuk melakukan apa yang mereka suka sebagaimana sekarang. Kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan menjaga periuk nasik semata mata. Jika tidak masakan  penghinaan demi penghinaan terus berlaku.

JIKA NAJIB TIDAK MENANG LEBIH BAIK, SILA UNDUR DIRI.

Terjemahan ucapan Lim Kit Siang di Johor dipetik dari Akhbar Cina Press 27 Mac 2013:

26hb Mac: Johor Bahru, Ketua Pembangkang DAP di Parlimen, Lim Kit Siang berkata, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir mahu ambil kesempatan PRU ini untuk tumbangkan Najib, sekali lagi mahu memerintah, Lim Kit Siang anggap lebih baik jika dapat UBAH kerajaan, barulah dapat “Halang Mahathirnism,” yang mahu hidup kembali.

Kit Siang: “Mahathirnism mahu hidup kembali, isu ini boleh didengar semasa Mahathir bercakap secara terbuka, jika Najib pada PRU akan datang ini tidak menang lebih baik daripada PRU 2008, ataupun akan menjejaki nasib sama seperti bekas perdana menteri Pak Lah, sila undur diri digantikan dengan orang lain.”

Kit Siang berkata, jika Najib undurkan diri, yang layak menyandang jawatan perdana menteri sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun Mahathir, apabila Najib terima ancaman seperti ini, pastinya beliau rasa serba salah, maka terpaksa UBAH kerajaan, barulah “Mahathirnism” tidak hidup kembali.

Beranikan diri UBAH kerajaan

Malam semalam Lim Kit Siang di kawasan Kampung Batu Kangkar, Pulai semasa merasmikan Bilik Gerakan Peti Undi P162 Gelang Patah berkata demikian.

Beliau berkata, Najib lancarkan politik konsep 1Malaysia, mengatakan orang Malaysia diutamakan, kaum dan agama nombor dua, sebaliknya timbalan perdana menteri Najib, iaitu Muyiddin Yassin terima satu tamparan hebat, di mana Muhyiddin Yassin berkata orang Melayu diutamakan.

Jika benar Najib lepaskan jawatan, adakah rakyat Malaysia sanggup lihat Muhyiddin menjadi perdana menteri? Ataupun semasa beliau memerintah, akan berlaku banyak penyelewengan dan Mahahtir akan campur tangan dalam pentadbiran, ini semuanya yang semua orang tidak mahu melihatnya.

Kit Siang: “jika dibiarkan Mahathirnism kembali semula, kenapa tidak berikan sahaja peluang 5 tahun kepada Pakatan Rakyat, beranikan diri UBAH kerajaan, supaya rakyat di negara ini ada harapan.”

Kit Siang berkata, sebagai seorang pemimpin, sepatutnya persepsi rakyat terhadap Najib, adalah seorang pemimpin yang kuat dan berwibawa, berani dan tegas, sebaliknya Najib melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, ini maknanya beliau bersikap “Kiasu” (pengecut) dan “Kiasi” (takut mati), ia juga mambawa maksud beliau tidak layak jadi pemimpin.

Terjemahan:

Sulaiman Koh Abdullah

This entry was posted in TERJEMAHAN: Ketakutan Lim Kit Siang Kepada Tun Dr Mahathir Terserlah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s