Kisah Petronas & Pesanan Anwar Ibrahim


Oleh rmf

Saya bukanlah ahli ekonomi ataupun ahli bisnesman yang bekerja untuk membuat keuntungan seberapa banyak. Jika saya CEO Petronas, nescaya saya akan beri penekanan kepada aspek kenegaraan di mana terbinanya Petronas dahulu bukanlah atas misi keuntungan semata-mata, tetapi dengan suatu matlamat yang sangat murni. Orang yang buta sejarah tidak akan faham apa makna murni dalam konteks nation building!

Saya tidak akan menulis tentang jumlah keuntungan, angkubah keuntungan, jumlah aset, jumlah kos dan apa jua angka-angka yang ada, kerana keuntungan bagi saya bukan terletak sebanyak mana jumlah keuntungan diperolehi Petronas.

Keuntungan bagi saya ialah sebanyak mana Petronas berjaya menghasilkan orang-orang Melayu dan Muslim yang berpendidikan-wibawa, yang mana mereka ini tidak akan lupa diri sehingga sanggup memperlecehkan bangsanya sendiri.

Saya yakin jika manusia seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada masjid yang lusuh dalam Malaysia ini. Saya juga yakin golongan yang berpendapatan rendah dengan majoritinya Bumiputera pasti akan mendapat pembiayaan pendidikan percuma di peringkat Diploma, Ijazah sehinggalah ke peringkat PhD.

Bukannya memilih-milih yang terbaik sahaja dalam keputusan akademik SPM untuk dihantar ke luar negara, tetapi memilih sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berpotensi yang memerlukan biasiswa kerana mereka adalah aset negara pada masa hadapan. Seperti kata Perdana Menteri kita, “every single person” sangat penting kepada negara!

Kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sukar semasa kecil sehingga mengorbankan pendidikannya sendiri kepada adik-adiknya telah memahat jiwanya untuk menjadi Muslim yang prihatin, Melayu yang tidak lupa daratan dan bangsa Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara.

Malah, saya sangat yakin, jika Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada syarikat Bumiputera yang diketepikan untuk diganti dengan syarikat lain yang kononnya lebih kompeten dan memenuhi merit. Bagi saya, perniagaan bukan setakat untung rugi sahaja, sebaliknya apakah bisnes nasional itu akan membentuk negarabangsa yang Islamik, patriotik dan nasionalistik. Apakah Petronas boleh mengaum di dunia antarabangsa jika pengasasnya tidak mempunyai kesedaran kenegaraan yang tinggi?

Apakah makna keuntungan di mata orang bisnes dan di mata para marhaen? Keuntungan di mata orang bisnes barangkali akan membolehkan mereka menerima imbuhan dan bonus tahunan 5 bulan atau paling kurang 6 bulan setiap tahun. Kepada golongan Marhaen, makna keuntungan yang digembar-gemburkan oleh Petronas itu sebenarnya empty kerana mereka masih membeli minyak kereta yang mahal di pasaran walaupun setiap tahun Petronas mengagungkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Janganlah beri alasan itu kerja kerajaan untuk menurunkan harga minyak, bagi kita jika seseorang itu hebat mencipta keuntungan, mengapakah keuntungan itu tidak disalurkan kepada subsidi bahan bakar supaya kerajaan boleh memberikan subsidi contohnya kepada RM1.50 per liter bukannya RM0.70 per liter? Mengapa tidak berjaya meyakinkan kerajaan bahawa Petronas mampu membantu kerajaan dengan menampung subsidi yang lebih tinggi?

Bagi kita rakyat biasa, bonus sebanyak 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji adalah bonus gila yang tidak masuk akal! Perdana Menteri sendiri sejak tahun 1957 tidak pernah menerima bonus melebihi dua bulan gaji! Jika Petronas itu dikatakan hak semua rakyat Malaysia, pulangkan bonus yang tak masuk akal itu, ikutlah cara kerajaan memberi bonus berpada-pada sebulan atau dua bulan gaji sahaja.

Bayangkan, jika gaji seseorang di Petronas mencecah RM25,000 atau RM50,000 sebulan, jika bonusnya 12 bulan gaji setiap tahun, anda kira sendirilah? Kesannya adakah rakyat akan melempiaskan kemarahan dan kebencian mereka kepada Petronas atau kepada Kerajaan?

Petronas kena ingat, semua warga kampung, guru-guru, peladang, pemandu teksi, jaga, tentera, polis malah kereta-kereta kerajaan mengisi minyak kenderaan di stesen-stesen Petronas. Mereka turut memberi keuntungan kepada Petronas! Adakah anda pernah membuat pengamatan, mengapakah rakyat kurang mengisi minyak di stesen BP, Esso dan Shell?

Jawapannya mudah, kerana rakyat mempunyai nilai Kenegaraan, Nation Building, Patriotik, Nasionalistik dengan memilih stesen Petronas kerana bagi mereka Petronas adalah Malaysia dan Malaysia itu terasnya Melayu. Malang sekali jika Petronas tidak memahami gambaran ini!

Begitu juga isu Royalti kepada negeri Sabah dan Sarawak, juga Kelantan dan Terenggganu. Saya tidak pernah dengar idea-idea daripada Petronas untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut? Pernahkah anda mendengarnya? DS Najib tidak pernah berkata tidak kepada tuntutan Royalti minyak oleh negeri-negeri tersebut, dan saya tidak hairan jika DS Najib memecah sejarah sebagai Perdana Menteri yang menyelesaikan isu ini. Soalnya, di mana peranan Petronas dalam konteks nation building untuk menyelesaikan isu ini? Jika kerajaan lewat menyelesaikan isu ini, sekali lagi rakyat akan menyalahkan Petronas atau menyalahkan kerajaan?

Di Sabah dan di Sarawak, kenderaan persendirian, bas dan teksi masih menggunakan minyak petrol yang sudah tentu mahal. Walhal di Semenanjung Malaysia, teksi dan kenderaan persendirian sudah lama mengggunakan NGV yang lebih murah, jimat dan menguntungkan mereka.

Janganlah beri jawapan masalah logistik dan sebagainya, kerana zaman sekarang semua perkara boleh dilakukan, melainkan otak jumud tiada idea. Isunya di mata rakyat Sabah dan Sarawak ialah Petronas menganak-tirikan hak mereka untuk menikmati kemerdekaan negara.

Jika saya CEO Petronas, saya akan mengarahkan supaya stesen-stesen minyak di Sabah/Sarawak juga menyediakan NGV untuk kenderaan mereka. Janganlah hendak menipu rakyat di Sabah/Sarawak, saya pun tahu kapal-kapal ada membawa minyak Petronas ke Sabah/Sarawak. Apakah kapal-kapal itu tidak ada teknologi untuk membawa NGV?

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir di Bangunan Berkembar Petronas (ketika itu Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Petronas) pada tahun 2012, saya berdiri di tingkat 88 itu dengan satu perasaan yang hebat kepada Petronas.

Sebagai seorang Melayu, Muslim dan rakyat Malaysia, saya sangat berbangga kejayaan Petronas adalah kerana perjuangan dan airmata darah orang-orang yang terdahulu. Sebaliknya, hari ini ada orang sudah lupa, bahawa kerana atas nama Melayulah anda dilantik menjadi CEO Petronas, bukannya semata-mata kerana diri kamu. Adakah anda yakin anda akan dilantik menjadi CEO syarikat lain dengan hanya berbekalkan sijil-sijil anda?

Oleh itu, jika pun hendak menjadi liberalis dan liberalistik, janganlah bersombong dengan kejayaan yang sebenarnya telah dibina asasnya oleh orang-orang yang terdahulu! Jika esok CEO Petronas seorang yang cacat penglihatannya pun, Petronas tidak akan bankrap kerana asas-asasnya sudah dibina sejak sekian lama. Jadi, tiada guna untuk bermegah-megah.

Tan Sri Halim Saad, dahulunya taikun lebuhraya dan pelbagai bisnes, beliau pernah jatuh dalam tempoh yang agak lama dan kini membangunkan sendiri syarikat minyaknya, beliau semakin berjaya dan saya yakin beliau akan kembali ke persada CEO terbaik Bumiputera tidak lama lagi.

Kalau sesiapa mengakui dirinya terhebat tanpa bantuan kerajaan, silalah buktikan, binalah syarikat sendiri dan bangunkan sehingga berjaya sebagaimana dibuktikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Azman Hashim dan sebagainya.

Akhir kata, marilah kita menghayati pesanan bersejarah DS Anwar Ibrahim di bawah, khususnya kepada mereka yang mudah lupa.

Sama ada kerajaan akan menggantikan CEO Petronas kepada mereka yang lebih sesuai, itu terserah kepada kerajaan. Kita rakyat biasa hanya memberi pandangan sahaja.

Al-Azharri Siddiq,
Presiden Penaja,
Yayasan Pendidikan Islam & Masa Hadapan Negara,
Kuala Lumpur.

* Artikel ini tidak merujuk kepada sesiapa. Ianya pandangan umum kepada GLC kebanggaan rakyat Malaysia, iaitu Petronas.

AIDC

This entry was posted in Kisah Petronas & Pesanan Anwar Ibrahim and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Kisah Petronas & Pesanan Anwar Ibrahim

  1. Sang Kancil says:

    Saya sejak awal memiliki kereta sehinggalah sekarang ini sudah lebih 10 tahun, bila hendak mengisi minyak petrol mesti isi di Stesyen Minyak Petronas. Salah 1 sebabnya kerana taukenya orang Melayu ISLAM, dgn cara ini saya dapat menambahkan ekonomi orang ISLAM! Tetapi sayang baru2 ini, di 1 kawasan di Taman Setia Indah, ada terdapat 2 stesyen minyak Petronas berdekatan di antara 1 sama lain, seorang taukenya Melayu ISLAM & seorang lagi taukenya adalah kaum KIASU. Nampak sgt mereka hendak bersaing dgn tauke MELAYU ISLAM tersebut. Ini persaingan tidak sihat..! Harap pihak PETRONAS dapat pantau keadaan sebegini tidak akan berlaku di tempat lain!
    Luahan hati pengguna setia stesyen minyak PETRONAS..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s