Hub Judi Terbesar, Ladang Babi Terbesar Di Asia Tenggara Telah Halal Hasilnya Oleh PAS Di Selangor


Oleh rmf

Hebat dan terlalu hebat sekarang di Negeri Selangor dengan gelaran gelaran yang cukup hebat dikejar bertaraf Asia. Dulu Kandang babi yang Bernilai RM100 Juta telah dinaikkan tarafnya menjadi RM400 juta dan menjadikan Kandang babi yang terbesar di Asia Tenggara. 

Pada kali ini Kelab judi terbesar di Asia tenggara bakal dibina di Negeri Selangor, Judi satu aktiviti yang telah dihalalkan oleh pemimpin PAS di negeri tersebut. Judi dan Babi  dua perkara yang  telah menjadi halal hasilnya. Tetapi TIDAK HALAL di negeri BN. dan wanag hasilnya diasingkan .

Hulu Selangor : PAS dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat membantah pembinaan pusat lumba judi kuda terbesar di Asia iaitu Selangor Turf Club yang dibangunkan di Bukit Tagar.

Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Muhammad Idris Ahmad yang juga Ketua Urus setia bantahan itu berkata, pihaknya menyangkal dakwaan pemaju yang mendakwa pembinaan pusat terbabit diterima oleh masyarakat Melayu kawasan itu.

Beliau berkata, pada awal tahun 2011, di bawah pentadbiran Kerajaan Selangor sekarang, Merdeka Centre mengadakan satu kaji selidik berhubung pembinaan pusat lumba kuda terbabit dan hasilnya majoriti masyarakat Melayu di kawasan itu menolak pembinaannya.

Katanya, kajian terbabit dijalankan bagi mendapat maklum balas daripada masyarakat setempat sebelum membuat keputusan sama ada pemaju boleh meneruskan pembinaannya ataupun tidak, sebaliknya masyarakat kawasan itu mahukan kawasan terbabit dijadikan pusat pendidikan antarabangsa.

Kemuka hasil kaji selidik berbeza

“Pada tahun ini sekali lagi pemaju mengemukakan permohannya tanpa putus asa dengan satu hasil kaji selidik yang dijalankan Universiti Selangor (UNISEL) cukup memeranjatkan kerana ia berbeza dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre.

“Hasil kajian itu mendapati lebih daripada 50 peratus masyarakat Melayu di Hulu Selangor menerima pembinaan pusat judi lumba kuda terbabit dan ahli mesyuarat EXCO khususnya dari PAS mempersoal kesahihan kajian itu.

“Perselisihan itu membawa kepada keputusan mesyuarat EXCO yang mengarahkan supaya diadakan satu lagi kaji selidik berhubung penerimaan masyarakat setempat tentang pembinaan pusat itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail.

Difahamkan pembinaan itu adalah bertujuan untuk memindahkan pusat lumba kuda yang terletak di Sungai Besi pada tahun 2004 lagi, namun ia tertangguh apabila pakatan Berjaya mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu – Berita Harian, 1 Julai 2014

This entry was posted in Ladang Babi Terbesar Di Asia Tenggara Telah Halal Hasilnya di Selangor and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s