BUKAN ISA, TETAPI MAHATHIR YANG PERLU DIKUATKUASAKAN SEMULA – INI SAHAJA CARANYA


oleh rmf

Tindakan ini bukan satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib, tetapi kita telah melihat ketidakupayaan Najib  serta peguam negara  untuk melaksanakan apa yang Wajib dilaksanakan . Tindakan ini sekadar untuk memulihkan keadaan yang  bertambah kecelaruannya disamping barisan kabinet yang carca merba.

Pastinya jika tindakan ini berlaku, Lim Kit Siang pastinya akan bersuara dan menimbulkan pelbagai  isu untuk merasuk orang melayu agar menolak cadangan ini- Tetapi beliau lupa bahawa  beliau sendiri  tidak pernah ada niat untuk berganjak dari arena politik . Kerana  dimasa ini saianganya tiada di  landasan politik.

Bukan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diperlu dikuatkuasakan semula, tetapi Tun Dr. Mahahtir yang perlu diberi kuasa semula.Ini sahaja langkah terbaik yang kita nampak memandangkan kabinet yang ada sekarang seakan kabinet “syok sendiri”

Beliau perlu dikembalikan dalam pemerintahan negara bukan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk membantunya menghadapi ancaman perkauman dan agama yang getir dan runcing yang membakar semula setelah lebih 50 tahun merdeka di samping tekanan ekonomi.

Jika ISA dikembalikan semula sekalipun tetapi tidak ada political will dan semangat yang keras, keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakannya secara berkesan, maka tiadak ada gunanya. Apa yang penting diberikan tempat lebih dahulu kepada Dr. Mahathir dalam kerajaan.

Apabila orang yang benar-benar memahami kuasa seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk  Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan sokongan bersama terhadap anjuran Dr. Mahathir supaya dipulihkan ISA, maka itu menunjukkan betapa  menyeluruh perasaan berat yang dirasakan rakyat yang tidak boleh dipandang ringan oleh Perdana Menteri.

Di bawah KPN adalah jentera yang dapat merasakan denyut nadi rakyat dari akar umbi hingga teratas sekali.

Kabinet mesti membuat keputusan pantas untuk memberikan tempat kepada Tun Dr. Mahatir bagi membolehkannya memainkan peranan memberikan sokongan moral kepada Perdana Menteri untuk memantapkan pemerintahan negara dan memulihkan keyakinan rakyat sebelum ISA dipulihkan. Pengalaman Tun Dr.Mahathir selama lebih 20 dalam menangani masalah negara terutama dari segi keselamatan tidak seharus disia-siakan.

Jika Najib dan kabinetnya sanggup melakukan ini, maka Najib tidak akan diihat sebagai seorang pemimpin yang lemah tetapi sebagai anak jati negara yang  lebih mengutamakan kepentingan rakyat dari kepentingan dirinya.

Tun Dr. Mahathir tidak perlu ditanya lebih dahulu, tetapi hendaklah dipaksakan ke atasnya untuk menerima tanggungjawab ini kerana Allah telah memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepadanya adalah untuk memberikan kesempatan baginya menyelamatkan negara. -ZAMKATA-

This entry was posted in TETAPI MAHATHIR YANG PERLU DIKUATKUASAKAN SEMULA - INI SAHAJA CARANYA and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s