Adakah “AG “DiSekolahkan Agar Tidak Menghukum Pemimpin Pembangkang


Oleh rmf

Sekian lama setelah berbagai report dilakukan oleh rakyat terhadap pelbagai perilaku pembangkang yang banayak menyinggung perasaan rakyat Malaysia  yang beragama Islam didalam negara ini, tiada satu pun tindakan yang benar benar  berkesan setelah ISA dimansuhkan dan digantikan dengan SOSMA. 

Nama mana Rayer, Teressa Kok , Tony Phua, Tian Chua Anwar Ibrahim, mereka masih lagi bebas melakukan apa sahaja didalam negara ini  tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya diambil melalui kesalahan yang mereka lakukan.

Rakyat didalam negara ini mula meragui kredibiliti Peguam Negara yang bertanggungjawab diatas segala pendakwaan yang boleh menyebabkan  berlakunya ketidak stabilan ketenteraman  dan keamanan didalam negara ini.

Amat jelas sekali bahawa negara ini setelah ISA dimansuhkan  banyak kumpulan dan goloangan penentang telah keluar dari kepompong mereka  dan melakukan aktiviti yang dulunya amat dikawal oleh kerajaan. Kini mereka bebas melakukan apa sahaja dengan kekuatan Hak Asasi yang menjadi pelindung terhadap segala tindakan .

Jika kita imbas kembali, berapa banyak kes kes yang melibatkan  penghinaan terhadap Agama, Bangsa dan negara ini dilakukan oleh Cina Cina Kiasu yang tak sedarkan diri terhadap orang Melayu Islam. Didalam tindakan mereka itu berapa banyakkah yang dihukum? jawapan yang mudah ialah Tiada, malahan ada diantara mereka diberikan geran  untuk terus hidup , malahan ada diantara mereka diampunkan oleh orang UMNO sendiri.

Kes klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang menyinggung perasaan umum dan dianggap sebagai seditious telah mengambil masa  siasatan yang bagitu panjang dan tidak dianggap  urgent yang perlu ditamatkan dengan segera sebaliknya dibiarkan menjadi permainan politik yang membahayakan keselamatan negara.

Kelewatan  ini  telah menyebabkan orang yang pada mulanya  dianggap bersalah  dan berada dalam keadaan bertahan sekarang di neutralise dan menyerang balas dengan tindakan  politik populis yang semakin menyulitkan  kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan.

Sementara Akhbar Utusan Malaysia mendedah dan menggambarkan Teresa Kok sebagai bersalah yang mendorongkan berbagai tindakan rakyat ,akhbarThe Star membesarkan pembelaan seorang dua terhadapnya disamping pembelaan dari beberapa kerat Melayu  sebagai berita utama muka satu” TAMPARAN” atau “SLAP” kapada NGO-NGO Melayu kerana tindakan melampau mereka.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini kalau bukan kerajaan yang tidak mempunyai sense of urgency dan tidak mempunyai political will untuk memadamkan isu ini dari awal dengan kuasa yang ada padanya sebaliknya membiarkannya  berpanjangan dan membuka ruang aksi dan reaksi yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Dalam hal ini kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi rakyat untuk  bertambah panas dan bertindak melampau  apabila melihat kelemahan  kerajaan . Rakyat mahu menunjukan mereka lebih berkuasa  dari kerajaan dan akhirnya mengambil kuasa di tangan sendiri. Salahkah mereka.?

Dari hari ke hari Utusan melaporkan cerita  laporan polis,tunjuk perasaan, poster upah menampar  Teresa Kok dan  potraitnya  disembah dengan darah ayam  dan Star membesarkan reaksi hanya  segelintir orang yang membantah.

Kepada siapakah hendak disalahkan kepada wujudnya ketegangan  yang semakin menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan?

Aksi dan reaksi dalam kes ini hanya  menambah kesedaran rakyat di pihak kerajaan dan juga pembangkang bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah: Kepada pembangkang buatlah apa pun kerajaan Najib  tidak akan berani bertindak dan di pihak penyokong kerajaan pula rasa kekecewaan semakin meluas bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang  lemah..

Seluruh NGO penyokong kerajaan seharusnya bertindak memberhentikan tindakan tindakan membuat laporan polis,berteriak,menjerit dan berdemonstrasi seperti tentera upahan yang lebih mendedahkan kelemahan kerajaan.

Polis  tidak dapat disalahkan dalam hal ini  tetapi pertimbangan politik tentunya telah mencampuri urusan untuk membolehkan  mereka bertindak   pantas untuk  membunuh kes ini dari awal,ketika  api masih dalam sekam.

Kita mempunyai sebuah kerajaan yang berjaya menangguhkan satu demi satu masalah tetapi tidak berjaya menamatkan masalah sehingga liwat pun bukanlah lagi menjadi suatu masalah moral di negara ini sebaliknya suatu penerimaan nilai sosial yang diistiharkan oleh Mahkamah dari masa kemasa.

Rakyat jangan terkejut  dan kecewa jika kerajaan BN tidak dapat bertindak dalam kes Teresa Kok. Tunggulah untuk mendengar rasionalnya dari AG. –zamkata

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s