PERBUATAN SABOTAJ DI LAMAN WEB BEKAS KETUA HAKIM NEGARA


Oleh rmf

Malaysia semakin hebat, semuanya tak boleh ditegur dan dikritik, nescaya anda akan menerima balasan dari tentera upahan mereka. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad , hari ini mendedahkan bahawa laman web rasminya diganggu secara spesifik dengan membuang artikel beliau yang membabit isu-isu hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Dalam entri terbaru beliau, “SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN” Tun Hamid menyatakan hanya dua artikel beliau yang diganggu dan dihilangkang iaitu “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” dan “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”.

Sungguhpun Tun Hamid menyatakan beliau tidak pasti siapa yang memadamkannya sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, namun hakikat hanya artikel tertentu yang dihilangkan walaupun dimuat naik berulang kali menimbulkan tandatanya sama ada orang tertentu dalam agensi tertentu yang memadamkannya.

Berikut ialah kenyataan penuh Tun Hamid

SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Pada, atau lebih kurang pada, 22 April 2014 saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” ke laman web saya ini. Rencana itu disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 24 April 2014. Beberapa hari kemudian rencana itu telah “hilang” daripada laman web saya. Saya muat-naikkan semula. Beberapa hari kemudian ia “hilang” semula.

Pada 29 Jun 2014, saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”. Beberapa jam kemudian ia juga “hilang”. Saya muat-naikkan semula. Saya tidak tahu berapa lama ia akan berada di situ.

Memandangkan kepada isi kandungan kedua-dua rencana itu dan bahawa perkara seperti itu tidak berlaku kepada beratus-ratus rencana, kertas kerja, ucapan dan penghakiman yang saya muat-naikkan, saya percaya kedua-dua rencana itu telah “dihilangkan” oleh seseorang yang tidak suka kepada isi kandungannya.

Saya tidak tahu siapa orangnya, Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, datang dari pihak kerajaan atau pembangkang dan apa sebab dia berbuat demikian. Tetapi, biar siapa pun dia, saya minta dia bertanya diri sendiri, berfikir dengan tenang, dan menjawab soalan ini dengan jujur sambil mengketepikan soal sama ada dia suka atau tidak: Apa yang saya katakan itu betul atau tidak?

Jika ada mana-mana bahagian yang tidak betul, sila hubungi saya dan britahu saya bahagian mana yang tidak betul dan apa sebab dan alasanyanya. Alamat email saya boleh didapati dalam laman web saya ini.

Tun Abdul Hamid Mohamad
30 Jun 2014 – SUARATV.

This entry was posted in PERBUATAN SABOTAJ DI LAMAN WEB BEKAS KETUA HAKIM NEGARA......... and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s