NUCC Bukan Masalah Tapi Ahli-Ahlinya


 

Oleh rmf

NUCC Bukan Masalah Tapi Ahli-Ahlinya

 

KEBIMBANGAN banyak  pihak – dari bekas Perdana Menteri sehingga kepada bekas Ketua Hakim Negara terhadap Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (lebih dikenali sebagai NUCC), seharusnya membuka mata kerajaan untuk melihat beberapa aspek dalam Majlis tersebut yang menimbulkan kecurigaan.

Antara yang paling menonjol sudah tentulah keahlian majlis tersebut yang hampir 96% dipenuhi oleh mereka yang berfahaman liberal, anti Islam, pro Kristian dan paling utama – anti kerajaan.  Aspek ini perlu diberi perhatian semula kerana majlis ini dikatakan berperanan dalam memberi pandangan berhubung penggubalan beberapa undang-undang baru untuk menggantikan Akta Hasutan 1948.

Entah apa formula dan tujuan yang cuba dicapai dari perlantikan orang-orang ini masih menjadi persoalan. Mungkin adalah “kebaikan yang besar” di sebaliknya, tapi penulis dah cuba cari, tak jumpa.

Buktinya, setakat hari ini tidak ada satu pun kenyataan dari ahli-ahli NUCC ini seperti Saifudin Abdullah , Wardina dan lain lain yang memberi imej baik pada kerajaan, hampir semuanya negatif.  Malah, dalam banyak keadaan, orang-orang ini menjadikan jawatan itu platform untuk bercakap bagi pihak kerajaan tapi dengan mengggunakan suara pembangkang.

Lagipun masuk akal lah sikit, takkan orang yang kritis dan selalu hentam kerajaan nak bagi input yang akhirnya akan menguntungkan kerajaan, sudah tentu apa pun pandangannya akan menguntungkan pihak yang dia sokong – pembangkang.

Semua ini dalam banyak hal telah membebankan kepada penyokong kerajaan.  Sementara kita cuba sehabis baik mempertahankan kerajaan, puak-puak ini pulak macam menikam dari belakang dengan kenyataan-kenyataan yang selalunya kontroversi dan menyakitkan hati.

Untuk menyelesaikan masalah ini mudah saja.  Keahlian NUCC ini perlu dirombak dengan segera,yang kritis terhadap kerajaan perlu dibuang kerana percayalah pandangan orang ini hanya akan menyebabkan kehilangan sokongan yang banyak dari rakyat, terutama dikalangan orang Melayu dan Islam.

Kemudian, apa pun cadangan dan pandangan NUCC perlulah dihadkan pengetahuannya dikalangan mereka dan kerajaan sahaja kerana pandangan itu belum tentu pun diterima kerajaan.

Hanya dengan cara itu sajalah peranan NUCC akan diterima rakyat dan seterusnya mendapat sokongan.

Entah kenapa, penulis rasa penyudahnya NUCC ini besok (kalau tidak dirombak), ia akan berakhir dengan majoriti ahli-ahlinya buat kenyataan di media menyalahkan kerajaan kerana tidak menggunakan pendapat mereka yang dah tentu-tentunyalah berlawanan dengan kehendak majoriti rakyat negara kita yang mengundi memenangkan BN tempoh hari.

Tapi itu mungkin hanya penulis saja yang rasa macam itu.

This entry was posted in NUCC Bukan Masalah Tapi Ahli-Ahlinya and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to NUCC Bukan Masalah Tapi Ahli-Ahlinya

  1. berasiam says:

    bubarkan aja. banyak sangat majlis perundingan. tidak ada keperluan. fungsi bertindih dengan agensi sedia ada. jangan berlembut sangat, jadi lembik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s