LGE-Soli kawan Gua Silap kila -Bukan RM284 juta Tapi RM483,951,600- Ini baru Butut Tatak Tipu Maaa


Oleh rmf

Solli la kawan, gua silap kila lagi, ini semua koputer punya hat laa… Ini lah yang sentiasa berlaku apabila  melibatkan soal pengiraan kewangan yang banyak di Pulau Pinang dimana satu ketika dulu melibatkan lebihan kiraan sebanyak RM2billion susulan software EXCEL menjadi bahan dikatakan kesilapan. Sekarang berlaku lagi kesilapan .. Oh Pulau Pinang yang dibanggakan Melayu DAP.

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Jika sekali buat silap barangkali boleh dianggap tidak sengaja namun jika berkali-kali kesilapan berlaku maka tentunya ada sesuatu yang tidak kena, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulai Pinang, Siti Azmeera Azmi.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan pengakuan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang mengaku ralat dan membuat kesilapan dalam mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600.

“Ini bukan kali pertama kesilapan berlaku, apatah lagi membabitkan satu jumlah yang sangat besar dan memberi kepentingan kepada negeri ini yang menunjukkan bahawa tidak ada keseriusan dalam perancangan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurut laporan, Guan Eng memberikan alasan kesilapan tersebut berlaku ekoran terlepas pandang atas kesibukan yang dilakukan pada minggu sebelumnya. Dalam kes lain, Guan Eng turut mengakui berlaku masalah ‘silap taip’ mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tahun lalu.

“Sebagai pemimpin tertinggi negeri sewajarnya kenyataan tersebut tidak boleh diberikan malah ia seakan-akan siri kartun yang cuba memperbodohkan rakyat untuk menerima apa-apa sahaja alasan. Lepas satu salah, satu pula silap….

“Kepimpinan negeri anggap rakyat seolah-olah tidak tahu membaca, tidak tahu melihat apa yang berlaku, tidak mampu berfikir dengan waras dan gagal untuk menilai apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sehinggakan alasan-alasan sedemikian diberikan,” katanya.

Tegas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Jelutong, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat Ketua Menteri dan mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan maka tentunya memiliki keupayaan dalam menganalisa nombor dan angka tetapi dengan apa yang berlaku maka alasan yang diberikan sukar diterima.

“Soal pentadbiran bukan permainan atau ibarat kartun malah kesilapan dalam pengiraan undi selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tahun lalu pun masih berlarutan yang menjadikan perjawatan dalam parti terbabit turut tergantung.

“Jika dalam pengiraan undi boleh berlaku kesilapan berkali-kali, dalam pentadbiran kerajaan pun sama jadi bagaimana mahu diletakkan kebolehpercayaan sebagai pemimpin yang memiliki ketrampilan cekap, akauntibiliti dan telus (CAT)?

“Perkara yang penting tidak boleh dipersenda. Jawatan dalam parti patut jadi keutamaan tapi sampai sekarang tak berkesudahan sehingga babitkan ROS pula, kemudian pentadbiran negeri yang seharusnya mempunyai perancangan diambil ringan sehinggakan berlaku kesilapan demi kesilapan.”

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah-sudahlah bersandiwara kepada rakyat kerana rakyat tidak bodoh. – MediaUMNO

This entry was posted in 600- Ini baru Butut Tatak Tipu Maaa and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s