Krisis Politik Malaysia – New Zealand: Kecelaruan Wisma Putra, Malaysia Berhak Adili Sendiri Diplomatnya


Oleh rmf

Menteri Luar, Anifah Aman menyatakan bahawa kerajaan Malaysia bersedia menghapuskan kekebalan diplomatik pegawai tersebut. Bagaimanapun menurut Anifah, kerajaan New Zealand menawarkan kekebalan diplomatik dan membolehkan kerajaan Malaysia menghantar pulang pegawai terbabit.

Krisis Politik Malaysia – New Zealand: Kecelaruan Wisma Putra, Malaysia Berhak Adili Sendiri Diplomatnya

Oleh Ab Jalil Backer

Sejak dua hari lalu, hubungan Malaysia dengan New Zealand tiba-tiba dilanda ketegangan berikutan kenyataan terbuka Perdana Menteri negara tersebut mengenai satu kes membabitkan diplomat Malaysia yang berlaku awal Mei lalu.

Pada 9 Mei 2014, Polis New Zealand menangkap seorang pegawai tentera Malaysia di New Zealand yang bertaraf pegawai diplomatik, Muhammad Rizalman Ismail, kerana dikatakan melaku pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol.

Pada 10 Mei 2014, beliau dihadapkan ke Mahkamah dan Kerajaan New Zealand dikatakan memohon agar kekebalan diplomatik pegawai tersebut dihapuskan bagi membolehkan beliau dibicarakan di negara tersebut.

Pada 22 Mei 2014, pegawai terbabit dihantar pulang ke negara ini bagi menjalani proses keadilan di Malaysia.

Namun keadaan menjadi kacau bilau apabila New Zealand membuat kenyataan bahawa pegawai terbabit dihantar pulang atas kehendak Malaysia kini dinafikan oleh Kementerian Luar Malaysia.

Menteri Luar, Anifah Aman menyatakan bahawa kerajaan Malaysia bersedia menghapuskan kekebalan diplomatik pegawai tersebut. Bagaimanapun menurut Anifah, kerajaan New Zealand menawarkan kekebalan diplomatik dan membolehkan kerajaan Malaysia menghantar pulang pegawai terbabit.

Anifah said the accused will be sent back to New Zealand “if it is absolutely necessary”. Asked to elaborate, Anifah said he will be extradited if New Zealand requests it or if its government thinks the Malaysian investigation is not being conducted properly.

He said the accused was detained on 9 May and charged on 10 May, and returned home with his family on 22 May. Initially, Malaysia was willing to waive diplomatic immunity but decided to take up New Zealand’s offer to invoke it and have him brought back home for investigations.

Bagaimanapun lewat malam tadi, New Zealand dikatakan mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Satu lagi dokumen yang didedahkan oleh Wellington ialah surat bertarikh 10 Mei daripada MFAT kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Tiada dokumen lain di antara 10 Mei hingga 212 Mei berhubung kejadian itu didedahkan.

Bagaimanapun, Menteri Luar New Zealand Murray McCully lewat hari ini cuba menjernihkan keadaan dengan menyatakan ia mungkin satu salah faham oleh Wisma Putra,

Jelasnya, surat rasmi itu mungkin menyatakan dengan jelas mengenai niat New Zealand untuk membatalkan kekebalan Rizalman, namun perkara itu masih belum jelas dalam perbincangan tidak rasmi.

“MFAT lewat hari ini memberikan kepada saya perutusan surat di antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.

“Walau permohonan rasmi amat jelas dalam memohon untuk membatalkan kekebalan, kini saya faham bahawa para pegawai berkenaan berhubung dalam komunikasi tidak rasmi dalam kes yang kompleks, dalam cara yang mungkin tidak jelas bagi kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan stuff.co.nz.

McCully berkata, beliau percaya kerajaan Malaysia bertindak dengan niat yang baik dan keengganan untuk membatalkan kekebalan itu kerana mahu ketua pertahanan Malaysia menangani kes Rizalman.

Kes ini tidak akan berlarutan sekiranya Wisma Putra membuat kenyataan mudah bahawa Malaysia tidak bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah oleh para pegawai diplomatiknya, namun adalah hak dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara berdaulat mengadili sendiri pegawai diplomatik kita seperti mana dipraktikkan oleh negara-negara lain.

Orang ramai mungkin tidak faham. Namun dari segi kepentingan strategik dan keselamatan negara, membenarkan seorang pegawai tentera dibicara dan kemungkinan berada dalam penjara negara lain bukan satu pilihan kepada mana-mana negara.

Justeru selagi ada ruang, dan dalam konteks ini kekebalan diplomatik, maka langkah membawa pulang pegawai tenterta terbabit bagi berhadapan undang-undang negara ini adalah tindakan paling tepat.

Malangnya, Wisma Putra memilih untuk menyalahkan kerajaan New Zealand dan memberi masalah politik kepada negara terbabit.

Ini merupakan kegagalan diplomatik yang serius oleh Wisma Putra.

Nota:

Berikut ialah salah satu surat yang didedahkan oleh kerajaan New Zealand:

NZletter

This entry was posted in Malaysia Berhak Adili Sendiri Diplomatnya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s