Salah laku Pentadbiran Khalid ; Pemimpin BN Selangor Membisu?


Oleh rmf

Jika begini la perangai pemimpin UMNO di Selangor alamatnya , jangan harap la BN  untuk mendapatkan selangor semula. Saya beranggapan bahawa  kesemua pemimpin BN  tiada semangat untuk memperlihatkan kesalahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir selangor. Banyak salah laku yang dibuat  , namun tiada satu pun  laporan  untuk tindakan perundangan diambil.

Salah laku Pentadbiran Khalid ; Pemimpin BN Selangor Membisu?

Oleh Riana Aziz

Nampaknya Khalid Ibrahim seolah-olah tidak dilepaskan dengan mudah, malah isu-isu yang membabitkan pemberian kontrak oleh Kerajaan negeri Selangor mula didedahkan oleh orang dalam sendiri. Sejak beliau tewas mudah di cabang sendiri dalam perebutan jawatan Ketua Cabang, pendedahan demi pendedahan tentang salah laku dalam pentadbiran beliau mula disebarkan agar beliau dilihat tidak mampu lagi mengurustadbir negeri termaju di Malaysia ini.

Sahabat karib beliau dalam Parti Dap juga dilihat membisu seolah-olah turut restui akan desakan agar beliau undur dengan segera dari kerusi Menteri Besar tersebut. Tony Phua sendiri dengan terang tanpa selindung menempelak Khalid Ibrahim agar berhenti dari menyalahkan Syabas dalam krisis air yang dilihat tidak berkesudahan di Selangor ini.

Keadaan dilihat agak terdesak supaya Khalid lepaskan jawatannya dengan segera bila ada pihak mula bongkar isu yang cuba ditutup rapat ;

Apakah benar wujudnya dakwaan amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)?

Desakan itu dibuat kerana mendakwa syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd. (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.

Perbelanjaan yang membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk Projek Pembinaan Kandang Lembu Tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.

Amalan itu dikesan menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38 juta.

Timbul persoalan bagaimana sebuah anak syarikat yang telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi perniagaan. Malah, dua ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit difahamkan tidak mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah PKPS selaku syarikat induk. Ironinya, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak mengetahui perkara ini.

Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini?

Difahamkan juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah SOPIC yang juga Pengurus Besar PKPS itu merupakan ‘orang’ Menteri Besar dan pernah bertugas di Kumpulan Guthrie sebelum ini, selain projek tersebut, amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam berjumlah RM975,130 pada 18 Mei 2011.

Menurut sumber, pemberian kontrak itu turut melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction sendiri.

Jelas dirasakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor ini buat tanpa melalui proses tender yang telus dan menimbulkan banyak turut mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam amalan pengurusan perlombongan pasir menerusi anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco serta ADUN daripada kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid Ibrahim dilihat bukan setakat ‘diusir’ oleh kumpulan pakatan sendiri, beliau juga berhadapan dengan Adun-Adun BN yang menuntut penjelasan sewajarnya tentang isu yang tersebut di atas.

Penulis menuntut agar wakil-wakil Adun BN berikan perhatian serius tentang setiap salahlaku Pemimpin Pakatan Selangor ini. Penulis mendesak agar bawalah isu ini ke pihak bertanggungjawab, yang salah dihukum dan bukannya menjadi isu politik berkepentingan peribadi sahaja.

Kalau ini berlaku pada Pemimpin BN, percayalah, pintu SPRM bagaikan nak roboh diredah oleh mereka.

This entry was posted in Salah laku Pentadbiran Khalid ; Pemimpin BN Selangor Membisu? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s