CEO Petronas Menipu, Campur Tangan Kerajaan Tidak Berlaku?


oleh rmf

CEO Petronas Menipu, Campur Tangan Kerajaan Tidak Berlaku?

KECAMAN terbuka CEO Petronas, Shamsul Azhar Abbas terhadap kerajaan yang dikatakan campur tangan dalam urusan Petronas, adalah satu dakwaan yang serius yang telah mencemarkan imej kerajaan kerana dibuat tanpa bukti sama sekali.

Dia tuduh birokrat kerajaan dan UMNO campur tangan, dia tuduh Melayu nak cara mudah saja untuk dapat kontrak dari Petronas dan macam-macam lagi dengan hanya modal air liur, kalau ini tak menjejaskan, penulis tak tahu nak gelar apa.

Walaupun Shamsul cuba menjaga punggongnya sendiri dengan mengasingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari kecamannya terhadap kerajaan dan UMNO, tapi secara tidak langsung, dia cuba mengatakan yang Perdana Menteri tidak mampu  mengawal orang-orang disekelilingnya dari masuk campur dalam urusan Petronas.

Sebab itu Shamsul kata Najib tak terlibat tapi orang sekeliling Najib yang terlibat.  Sekali baca macam dia puji Najib tapi sebetulnya dia tengah kata Najib tak boleh kawal orang-orang ini.  Persepsi awam, apakah layak jadi pemimpin kalau tak boleh mengawal orang di sekeliling?

Dicampur dengan liberalisasi yang dibuat Shamsul ke atas Petronas – buang ramai Melayu dan bawa masuk cina sejak ambil alih syarikat itu, seharusnya tidak ada sebab kenapa Shamsul perlu kekal di kerusi Petronas itu lagi.  Dah banyak pihak mendesak dia dibuang, dan seharusnyalah Perdana Menteri ambil maklum dan buang orang ini.

Kalau itu tak cukup, penulis nak katakan bahawa CEO Petronas ini sebenarnya menipu bila dakwa berlaku campur tangan UMNO dan kerajaan dalam Petronas.

Penulis katakan begitu sebab, dalam dia kata UMNO dan kerajaan masuk campur dalam urusan Petronas, dengan apa cara dia boleh liberalisasikan syarikat itu dan bawa masuk ramai cina?

Kalau UMNO tahu ni, dah tentu usaha liberalisasi Shamsul tak akan berjaya, tapi sebab UMNO tak pernah campur tangan, sebab itu Shamsul bebas liberalisasikan syarikat milik kerajaan itu dengan hampir serahkan semua jawatan penting  Petronas kepada cina – konon atas nama kecekapan.

Penulis punya pendapat, Shamsul ini sebenar agen pembangkang dan tak sangka BN akan menang dalam PRU13 yang lepas.  Ada dakwaan mengatakan dia ahli sebuah parti pembangkang dan mengundi pembangkang untuk kerusi parlimen Shah Alam – tapi dakwaan ini tidak dapat disahkan lagi.

Apatah lagi bila wakil rakyat DAP seperti Yeo Bee Ying (DAP – Damansara Utama) tampil mempertahankan Shamsul dengan mendakwa 75% kakitangan Petronas masih Melayu – sejak bila DAP sokong Melayu ramai dalam mana-mana organisasi milik kerajaan?  Tapi DAP bersuara juga dalam hal ini sebab nak mempertahankan Shamsul.

Mungkin sebab DAP tahu baki 25% kakitangan Petronas itu majoritinya adalah cina dan kesemua mereka berjawatan serta bergaji besar – terima kasih kepada Shamsul.  Dalam bahasa lain, DAP nak Melayu senang hati sebab 75% kakitangan Petronas orang Melayu walaupun mungkin mereka hanya pekerja pembersihan dan tukang buat air di Petronas.

Itu yang sayang sangat dengan Shamsul tu kot.

This entry was posted in Campur Tangan Kerajaan Tidak Berlaku? and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to CEO Petronas Menipu, Campur Tangan Kerajaan Tidak Berlaku?

  1. berasiam says:

    elok gantikan shamsul ini dengan anuar taib, bekas pengerusi shell malaysia. anuar naik dalam mnc, bukan glc. sekarang demi negara, anuar bertugas di petronas carigali. jika meritokrasi yang diutamakan, tidak ada sebab anuar tidak diberikan peluang menerajui petronas setelah terbukti kewibawaannya dalam shell. usia anwar pun lebih muda (46 tahun), tentunya punya banyak idea untuk melonjakkan petronas ke tahap lebih tinggi.

  2. Tong Kosong says:

    CEO petronas Sekarang mmg bodoh..

    Kenal gaya cakap Orang Bodoh..mmg suka hentam orang lain..

    Bisness Sedut Minyak bukan ada apa2 marketing pun..mmg dah tentu orang nak..

    Boleh bezakan toke Microsoft, Toke bisnes Glove & to ke Burger cakap dgn samsol tongong ni..

    Maniusia Samsol yhg knonnnya Alpha male in business cakap mcm politician sampah bukanlah manusia KOMPETENG tapi golongan Impotence yg bertuah..

  3. Dat says:

    melayu ni bila menghadapi kesusahan mula menyalahkan orang…orang tu liberal lah…penyokong PR lah…tak pernah nak cermin diri sendiri….

    Sapa yg ckp Petronas tak bagi peluang pada melayu mmg tak tahu pasal Petronas….majoriti pekerja & PENGURUSAN ATASAN adalah melayu….dan aku tahu semua mereka ni berkebolehan…yang dpt kontrak tu pun bukan hanya atas dasar dia melayu tapi kerana berkebolehan utk menambah-baik operasi Petronas…’talent’ & ‘knowledge’ utk bersaing di arena antarabangsa…

    aku tahu isu ni kecoh sbb ada la geng2 politik/NGO ni yg tak dpt kontrak…mereka ni kena sedar mereka tak berjaya bukan sbb Petronas tak nak tolong melayu tapi kerana mereka masih kekurangan utk bersaing di arena antarabangsa…jadi lihat kelemahan diri & perbaiki…di sana persaingan dah tak kira bangsa…yg mampu bersaing akan hidup & maju…yg masuk hanya atas dasar keistimewaan akan terduduk….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s