Bagi saya Satu GLC DS Najib- Sebagaimana Yang dot dot dot dot


Oleh rmf

Kecewa dan teramat kecewa , itu lah ungkapan yang saya boleh luahkan terhadap kepimpinan UMNO  sekarang ini, Setelah berbulan bulan saya mencari kebenaran   sesuatu  yang berlaku didalam dunia politik  sekarang, Jawapannya telah saya  kecapi.

Jawapan yang amat menguris hati saya,  Tidak hairanlah kenapa setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang tidak mendapat pengadilan yang sepatutnya. Mereka sekjarang sedang bermain tarik tali, Mereka sekarang sedang membenamkan UMNO melalui agenda tersembunyi mereka.. Yang dilakukan oleh orang UMNO sendiri.

Paling meyedihkan selama ini akar umbi bermatian mempertahankan mereka , tetapi disebalik wujudnya isu terancang oleh mereka dan jawapan jawapan yang bodoh  dimana jawapan oleh kepimpinan UMNO sendiri itu merupakan salah satu  agenda untuk mereka membenarkan pembangkang  memberikan tekanan kepada UMNO. Kini mereka sedang memusnahkan UMNO dari dalam.

Berbagai perkara yang membelakang Melayu sedang dibuat, wang ringgit hanyalah pembayang kuasa untuk memujuk  melayu agar terus menyokong tetapi disebalik  bayangan itu , banyak yang telah mereka lakukan tanpa memikirkan generasi akan datang.

Seharusnya diingatkan bahawa  jika keadaan ini berteruskan DS Najib adalah bertanggungjawab diatas semua yang berlaku. DS Najib sedang membawa UMNO kesatu tempat untuk disimpan kekuasaannya. Hanya tinggal nama- UMNO Dalam kenangan

Rombakan kabinet baru baru ini, walaupun satu dua jawatan yang diberikan kepada MCA dan Gerakan secara percuma tanpa diminta balasannya, tetapi disebalik pemberiaan jawatan itu, ianya merupakan satu tamparan yang hebat kepada  ADUN dan Ahli Parlimen yang memenangi kerusi PRU  dikalangan Melayu yang dipinggirkan.

Adakah sejarah Kejatuhan Melaka 1511 akan berulang dengan lahirnya suku sakat Raja Mendeliar,Partih Kerma Wijaya,Sikitul dan pedagang cina serta askar Benggali yang lari dari tugas?.. Fakta sejarah tidak pernah menipu dan silap?..

UMNO akan tumbang menyembah bumi jika tidak berwaspada dan belajar dari kesilapan sejarah lampau… bukan soal RASIS.. tapi semakin hari semakin KITA dipijak oleh mereka dengan bantuan dari bangsa sendiri yang bersengkokol hanya secara drastik bertujuan kepentingan diri sendiri tanpa memikir nasib AGAMA,BANGSA dan AGAMA?..

Ingat , kami melihat sekarang  dibawah Kepimpinan DS Najib sedang membarisi pemimpin yang tiada kualiti didalam kabinet. Pertukaran kabinet akan berlaku lagi sedikit masa nanti. Demi Koloni  keturunan talian darah, pertukaran akan berlaku.

Sebagaimana titah baginda Sultan Perak –

Titah Peringatan dari Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda memetik titah ucapan Almarhum Sultan Azlan Shah ketika masih seorang Hakim semasa anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falasafah oleh USM pd 28jun1980.

” Sejarah telah menunjukkan bahawa tahta yg di alihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil dpd salah nasihat yg di beri oleh penasihat2 istana yg tidak bertanggungjawab kpd rakyat.Sebenarnya penasihat2 istana ini terdiri dpd mereka yg mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Apabila keadaan ini berlaku , maka lambat laun rakyat akan memberontak dan tahta akan tergugat.Walau seberapa banyak sekalipun askar , polis rahsia atau pegawai istana di gaji utk melindongi dan menjaga tahta,namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.Jika kehendak rakyat jelata itu di makbulkan Allah,maka berpindahlah tahta dari istana ke muzium seni dan budaya.”

Semua pihak yg hari ini berada di puncak kuasa,sama ada seorang PM,Timb PM, Menteri, MB/ KM harus menginsafi dan menghayati nasihat dan titah ucapan DYMM Sultan Nazrin dan titah Almarhum Sultan Azlan Shah ini,begitu juga penasihat2 mereka jika mahu rakyat terus menyokong kerajaan yg mereka pimpin sekarang.

Sejarah membuktikan,Shah Iran Reza Pahlavi , raja yg di anggap paling agung dan berkuasa pd masa itu,akhirnya tumbang di tangan rakyat jelata,kerana tidak mendapat nasihat yg betul .

Semoga semua mereka yg berada di puncak kuasa megambil iktibar. apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan agar kita tidak akan hancur selamanya. Saya secara peribadi mengatakan dulu Pak Lah adalah diantara pemimpin yang lemah didalam pemerintahannya,

Akan tetapi kini telah terbukti bahawa DS Najib adalah  diantara pemimpin PALING LEMAH  dan tidak mampu mengambil tindakan walaupun sekecil mana tindakan. Beliau telah dikawal oleh orang orang yang bakal menjahanamkan  Negara ini.

Kini GLC GLC………………………… Kita sambung  bahagian kedua…

This entry was posted in Bagi saya Satu GLC DS Najib- Sebagaimana Yang dot dot dot dot and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Bagi saya Satu GLC DS Najib- Sebagaimana Yang dot dot dot dot

  1. yann says:

    seakan membawa mh370 ke detinasi rahasia untuk d jumudkan.. terkesima sedih, apakah kuaa rakyat biasa utk membetulkan keadaan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s