KALIMAH ALLAH: Jangan Gembira Dahulu- Ini Baru Permulaan!


Oleh rmf

BEBERAPA buah NGO pro Kristian seperti Lawyers For Liberty dikesan meroyan dalam akaun Twitter bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia

KALIMAH ALLAH… Jangan Gembira Dahulu. Ini Baru Permulaan!

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk menolak rayuan The Herald, sebuah penerbitan berkala Katholik yang mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka.

Pelbagai alasan diberikan oleh The Herald dan Majlis Gereja Katholik serta DAP yang menjadi dalang sebenar isu ini. Namun akhirnya daripada 7 orang hakim yang menjadi panel, 4 orang daripada mereka menolak rayuan The Herald, manakala 3 lagi membenarkannya.

Ramai orang Islam yang bersorak, kononnya mereka telah menang!

Memang benar, sekali imbas, kelihatan Islam sudah menang dalam isu ini. Namun hakikatnya, semua orang tahu, Islam dan umatnya di Malaysia semakin kecundang dan semakin ketinggalan dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja gagal menggunakan undang-undang sedia ada, sebaliknya sentiasa tercangak-cangak apabila dibuli oleh bukan Islam, biarpun di dalam Perlembagaan Persekutuan, keistimewaan untuk umat Islam telah dimaktubkan semenjak negara belum merdeka lagi.

Dari semasa ke semasa, Islam terus dipermain-mainkan dan dihina. Media-media sosial menjadi saksi bagaimana ALLAH, Nabi Muhammad, amalan dan ibadah Islam, Islam dan umat Islam menjadi bahan cacian dan keji-maki golongan terbabit. Umat Islam seringkali digambarkan sebagai kaum gasar yang tidak bertamadun serta terlalu mengikut emosi. Malah umat Islam dikatakan, terlalu bergantung kepada kaum lain dengan umat Islam sendiri sedia menjadi macai serta barua mereka.

Ini jelas menerusi kerjasama-kerjasama politik yang ditunjukkan oleh umat Islam tanpa mengira parti. Dalam keadaan apa sekalipun, umat Islam sentiasa diminta untuk bertoleransi, sentiasa mengalah dan sentiasa akur dengan kehendak serta desakan kaum bukan Islam, sekalipun pada masa yang sama, mereka harus mengorbankan kepentingan mereka sendiri.

ASSOBIYYAH dimomok-momokkan. Pengertian sebenar ASSOBIYYAH diputarbelitkan dan dijadikan sebagai senjata untuk memenangkan kaum kafir yang mahu memusnahkan Islam dan umat Islam. Orang Islam cuba diajar agar tidak melawan dan mempertahankan kepentingan mereka kerana ia akan dianggap sebagai ASSOBIYYAH oleh mereka yang kelihatan seperti orang Islam. Manakala kaum kafir pula menggunakan istilah RASIS untuk tujuan yang sama.

Justeru kegembiraan melampau umat Islam di atas ‘kemenangan’ yang sebenarnya tidaklah seberapa, sebaliknya permulaan kepada peperangan yang lebih besar, hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Sepatutnya ‘kemenangan kecil’ ini digunakan oleh umat Islam untuk memulakan langkah yang lebih besar bagi memartabatkan dan memperkasakan kedudukan umat Islam di negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.

Puak-puak berkenaan tidak akan berputus asa untuk memperolehi apa yang mereka hajatnya. Kalau Allah Taala sendiri telah menyatakan perkara ini di dalam al Quran, tidak ada sebarang jaminan daripada makhluk yang larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh Mahkamah Persekutuan akan dipatuhi. Kalaupun mereka tidak melakukan secara terang-terangan, mereka pasti akan melakukannya dengan cara yang lain, seperti mana yang berlaku di Paya Terubung, Pulau Pinang apabila mereka menyerang surau dan meminta agar laungan azan dihentikan terutama pada waktu subuh kerana azan membingitkan telinga mereka!

Itu belum lagi dalam bab ekonomi apabila mereka yang menguasai sektor berkenaan, sudah mula menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan bagi membalas dendam terhadap kekalahan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

This entry was posted in KALIMAH ALLAH: Jangan Gembira Dahulu- Ini Baru Permulaan! and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to KALIMAH ALLAH: Jangan Gembira Dahulu- Ini Baru Permulaan!

  1. Nam says:

    Hi there! I could have sworn I’ve been to this site
    before but after browsing through some of the post I realized
    it’s new to me. Nonetheless, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking
    back frequently!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s