Akta OKU 2008 Seksyen 26 : Tindakan Undang Undang Terhadap Pengabaian Kemudahan OKU Didalam dan Luar Fasiliti Bangunan


Oleh rmf

 Saya sudah jelak mendenar apa juga alasan yang diberikan oleh pihak pihak yang bertanggung jawab didalam hal ini. Saya juga sudah jelak mendengar soal peruntukan untuk meyediakan  kemudahan untuk golongan ini. Diskriminasi tetap juga berlaku tanpa ada rasa kesedaran dikalangan pihak berkuasa keatas satu satu pembangunan.

Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Apakah selepas ini saya akan mengambil tindakan sebagai saorang OKU  dibawah Seksyen 26  diatas pengabaian  kemudahan terhadap golongan ini seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah agar dapat tindakan perundangan yang sewajarnya.

Diskriminasi masyarakat terhadap OKU masih tinggi dan akta untuk membela OKU sudah dimaktubkan tetapi tidak dikuasakan ini seolah-olah tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tiada guna dibentangkan diparlimen. Jika kesalahan itu pula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan akta ini, adakah pihak penguatkuasa itu boleh ‘dikuatkuasakan’?

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.Benarkah ini berlaku?

Kesedaran yang cetek dan kedaifan kemudahan bagi warga orang kurang upaya (OKU) yang disediakan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ khususnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mencerminkan keseriusan kerajaan menjamin kehidupan yang selesa dan selamat di negara ini.

Sepanjang pengalaman saya di serata negeri di Malaysia. Kemudahan untuk golongan ini amat diabaikan terutama didalam pembagunan infrastruktur yang mana kebanyakan dari pembinaan yang  tidak meyediakan kemudahan yang sepatutnya ada untuk golongan ini.

Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT)  memastikan setiap bangunan serta kemudahan awam yang dibina dilengkapi ciri-ciri mesra orang kurang upaya (OKU).Apakah ini berlaku ? Jawapannya tidak sama sekali. Kebanyakan PBT tidak menetapkan garis panduan pembinaan yang  dibangunkan dikawasan mereka menepati ciciri mesra OKU.

Sikap sambil lewa dan mengutamakan keuntungan telah mengabaikan semua kemudahan ini. Seri Iskandar sebuah bandar yang membangun masa kini, pembangunan pesat telah terlaksana dan sedang dilaksanakan. Akan tetapi cuba kita lihat pada setiapa bangunan yang didirikan. Hampir kesemua bangunan tersebut tidak mempunyai laluan bagi orang OKU atau yang berkerusi roda, Ini termasuklah Bank, bank, pusat membeli belah, restoran restoran, kedai kedai makana  harian  termasuk lah di Pejabat Daerah  Perak tengah sendiri.

Tinjauan saya ke Seri Iskandar.   telah membuka mata saya bagaimana golongan OKU ini untuk berurusan? Sedangkan pergerakan mereka adalah terbatas ditambah pula dengan ketiadaan kemudahan yang disediakan. Stakat ini hanya TESCO yang menyediakan kemudahan untuk golongan ini membeli belah.

Setiap bangunan serta kemudahan awam yang dibina hendaklah menepati garis panduan mesra OKU yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ternyata perkara ini telah diabaikan oleh  PBT dan Majlis Daerah didalam setiap pembangunan yang dilakukan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seharusnya mengambil tindakan yang tegas didalam hal ini.

Sekarang kita lihat kebanyakan pemaju dan perancangan bandar dan desa, membina bangunan tanpa prasarana dan kemudahan untuk OKU dan warga emas. PBT cuai dalam perkara ini sebab sebelum mereka luluskan, PBT kena tengok ada ke tidak kemudahan ini. Dan ditambah pula denga ketidak perihatinan Ahli Yang Berhormat didalam hal hal ini.

Masalah kemudahan asas OKU ini bukan sahaja disekolah, malahan di institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan sekalipun, ianya tetap berlaku. Sesetengah pentadbir sekolah, institusi pengajian dan jabatan kerajaan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk memperindahkan kawasan, buat taman, buat kolam ikan, tambah penghawa dingin di bilik pengarah dan sebagainya yang bukan keutamaan sedangkan keperluan asas kemudahan OKU diabaikan. Penyediaan kemudahan untuk OKU ini sering kali diabaikan atas alasan tidak ramai OKU di kawasan tersebut, maka tidak perlu dibuat.

Sehingga kini, kira-kira hampir 400 ribu golongan OKU didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan angka itu hampir menyamai penduduk India di negara ini. Diantara kesemua mereka ini  kebanyakannya bukan dari golongan yang berada dan berpendapatan tinggi, setengah daripada mereka terpaksa “kais pagi , makan pagi” untuk meneruskan kehidupan  serta tanggungan  mereka.

Dengan berbekal kan bantuan RM300.00 atau RM150 ringgit sebulan mereka ini terpaksa  survive untuk kehidupan. Apa yang amat dikesali ialah, setiap orang OKU  yang menerima bantuan tersebut telah digaris panduankan agar tidak melayakkan mereka menerima bantuan bantuan seperti bantuan persekolahan anak anak dan sebagainya.

Melalui Dasar yang ditetapkan oleh kerajaan bersama Kementerian yang bertanggungjawab telah membuat beberapa dasar yang khusus untuk golongan ini, akan tetapi berapa banyakkah perlaksanaannya telah dikuatkuasakan

Ini termasuklah meyediaan barrier-free termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam. . Persoalannya berapa banyakkah PBT atau Majlis Daerah atau Badan Tindakan Pembangunan Daerah  yang melaksanakan hal ini didalam setiap pembangunan yang dirancang. Pada hemat saya semuanya tidak berlaku.  Pertikaian kos menjadikan hal ini tidak dilaksanakan.

Apakah begitu besar kos yang terlibat sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada kontraktor pembinaan dan setyerusnya mengabaikan kemudahan ini.

Baru baru ini saya telah meninjau sekitar Kuala Lumpur, kemudahan awan yang disediakan telah menunjukkan satu peningkatan  yang baik baik golongan ini. Bas bas telah menyediakan  kemudana bagi golongan ini untuk menggunakan kemudahan awam. Slap atau tangga yang boleh diparas rendahkan untuk memudahkan golongan ini menaiki bas. Tetapi bagaimana pula dengan bas bas express yang mana rata rata tidak menyediakan  kemudahan ini-

Bagi diri saya sendiri, saya pernah jatuh ketika untuk menaiki bas yang tiada  kemudahan untuk golongan OKU, Sepatutnya penguatkuasaan Akta OKU yang mana mewajibkan semua perkara ini di laksanakan adalah perlu. Tetapi tindakan penguat kuasaan dari pihak kerajaan hanya seperti hangat hangat tahi ayam sahaja.

Saya difaham kan bahawa satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Apakah Jawatankuasa ini telah bertindak sewajar dengan peelan yang disediakan oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan bagi memastikan golongan ini telah mendapat  kemudahan yang sewajarnya.

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya.

Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Semua yang saya paparkan diatas  , tidak dikuatkuasakan secara wajar oleh pihak pihak yang membangunkan sesuatu  bandar. Semuanya ini hanya diatas sekeping kertas untuk dibentangkan dan bukan untuk dipraktikkan  secara  menyeluruh melalui penguatkuasaan dan diambil tindakan undang undang jika perkara diatas tidak dapat dilaksanakan serta membatalkan  pembinaan tersebut.

Sikap sambil lewa dan tidak ditegaskan didalam apa juga pembanguna untuk OKU adalah satu sikap metaliti kelas ketiga yang mana jika kita bandingkan pemikiran  negara luar terhadap golongan ini adalah menjadi keutamaan.

Mendiskriminasikan golongan ini  jika ianya berlaku di negara barat tindakan undang undang terhadap premis yang tidak meyediakan kemudahan ini dapat dilakukan oleh golongan OKU . Tetapi berbeza dengan keadaan kita di Malaysia, golongan ini didalam kehidipan seharian masih dianggap gol;ongan kelas ketiga yang  mana segala kemudahan untuk mereka disediakan  hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat beberapa syrikat yang telah mengambil inisiatif didalam hal ini, Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Persoalannya kenapa perkara ini tidak dikuatkuasakan bagi semua pengangkutan awam yang beroperasi di Malaysia ini. Jadikan ianya merupakan syarat yang wajib bagi sesabuah syarikat didalam negara ini menyediakan kemudahan ini.

Dengan demikian, penyediaan kemudahan OKU bukan lah satu beban kepada  pihak yang bertanggungjawab akan tetapi ianya merupaka kesedaran  dan keperihatinan kita terhadap kepurluan masyarakat ini. Mementingkan keuntungan secara tidak langsung akan menyisihkan golongan ini dari retetan  gerakan ekonomi dan pembangunan sahsiah masyarakat itu sendiri.,

Saya amat mengharapkan agar penguatkuasaan akta OKU dilaksanakan agar  glongan ini boleh mengambil tindakan perundangan terhadap mana mana  premis yang tidak meyediakan kemudahan untuk mereka sebagaimana yang dilakukan oleh dinegara barat. Kita sendang terarah menuju ke negara maju 2020 apakah tahap pemikiran  kita masih ditakuk kelas  ketiga didalam semua aspek yang melibatkan kemasyarakatan dan pembangunan  sahsiah ?

This entry was posted in Akta OKU 2008 Seksyen 26 : Tindakan Undang Undang Terhadap Pengabaian Kemudahan OKU Didalam dan Luar Fasiliti Bangunan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s