ISU Remaja OKU : Metaliti Pembangkang Selari- Letih la Otak Gini


Oleh rmf

Bila saya baca beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangkang, maka saya dapati bahawa metaliti pembangkang adalah  statik, ini adalah kerana dengan timbulnya isu Remaja OKU yang terbiar sepantas kilat mereka terus menyalahkan kerajaan. Dalam hal ini apakah tanggungjwab masyarakat sudah tidak wujud lagi dalam  kehidupan ini.

Kerajaan Nak Kena Jawab Bila Mak Bapak Cuai? Letihlah

PENULIS memang dah agak, bila tersebar saja berita penemuan remaja OKU berusia 15 tahun yang diabaikan ibu bapanya di Nilai Negeri Sembilan, hanya masa sahaja akan menentukan bila macai pembangkang akan bersuara menyalahkan BN sehingga berlakunya kejadian yang menyayatkan hati itu.

Ternyata telahan penulis benar bila selepas sehari sejak insiden itu dilapurkan, ayat-ayat yang cenderung ke arah itu mula dimainkan oleh balaci sakit otak di media sosial, apatah lagi bila ibu remaja berkenaan sudah main ‘versi’ cerita kesian macam mana remaja OKU itu boleh diabaikan begitu sekali.

10472844_821697417842070_1191274759684716333_n

Konon tak abai, dah siap tinggal makan, orang tak faham masalah dan sebagainya – ini semua ditokok tambah macai pembangkang untuk mengatakan remaja tu jadi kurus kering dalam tempat tak terurus kerana salah kerajaan BN, yang menjaga tu tak salah!!

Come on la, dari Sabah datang Semenanjung tahu, jadi isteri nombor dua tahu, tapi nak hantar anak OKU ke Jabatan Kebajikan Masyarakat tak tahu?  Orang ini datang dari Sabah tau, bukan pendalaman Papua New Guinea yang nak kata semua tak tahu!!  Budak itupun dah kurus meliding sampai nampak tulang, takkan berlaku macam itu dalam satu malam?

Paling tak patut punya alasan yang penulis baca, ibu berkenaan kata remaja itu ditinggalkan macam sendirian sebab nak dia belajar berdikari.  Ini apa punya alasan, budak itu dah kategori OKU, bermaksud dia perlu dibantu, bukan tinggal dalam bilik sampai kurus kering macam itu.  Tak sangka dalam zaman moden hari ini ada juga jenis mak macam ini lagi.

Nak nangis ke nak gelak pun dah tak tahu dah ni.

Apa pun, penulis tidak mahu mendahului siasatan polis dan harap yang lain pun sama.  Apa fakta yang dibincangkan di atas tu adalah berdasarkan sumber terbuka yang boleh didapati di akhbar-akhbar arus perdana dan komen penulis pun berdasarkan maklumat yang sama.

Tapi untuk mengatakan kejadian ini berlaku kerana salah kerajaan, nampak sangat tak sekolah.

Cuba tanya diri sendiri, makan tak makan anak-anak atau diri kita sendiri hari ini, adakah kerana kerajaan?  Anak kita ada orang jaga atau tidak, kerajaan juga yang salah ke?

Kalau ya, bagaimana, macam mana dan dengan apa kerajaan boleh terlibat?  Kalau pun ada jawapan, kenapa semua mekanisme bantuan kerajaan sedia ada tidak digunakan?  Banyak tu, selain JKM, ada juga BaitulMal, paling bangsat hantar hospital pun boleh, tapi kenapa tak buat?

This entry was posted in ISU Remaja OKU : Metaliti Pembangkang Selari- Letih la Otak Gini and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s