Hasil Pemeriksaan Doktor : Remaja OKU Tidak Diberi Makan Beberapa Bulan dan Kebuluran


Oleh rmf

Tahu tiga perkataan saja

Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan.Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15 tahun. 

Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya.

“Pemeriksaan kami juga mendapati dia mungkin tidak makan beberapa bulan atau diberikan makanan tidak sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.

Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. “Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.

“Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain,” katanya. Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.

Katanya, bukan hanya ubat untuk fizikal remaja itu diberikan, pihaknya akan memberikan bimbingan mental sebelum Muhammad Firdaus diserahkan kepada pusat penjagaan.  “Daripada penjagaan kesihatan, HTJS akan memberikan antibiotik, makanan berprotein, rawatan fisioterapi dan pemberian lemak.

“Sehingga ini, dia ditempatkan di bilik berasingan untuk keselesaan. Namun, dia masih tidak dapat bercakap untuk berkomunikasi,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tahutigaperkataansaja/Article

This entry was posted in Hasil Pemeriksaan Doktor : Remaja OKU Tidak Diberi Makan Beberapa Bulan dan Kebuluran and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Hasil Pemeriksaan Doktor : Remaja OKU Tidak Diberi Makan Beberapa Bulan dan Kebuluran

  1. usin patalon says:

    Kalau baca fb mak budak ni, huekk! mcm nk muntah!! Macam bagus sgt. Anak sendiri pulak sampai lupa bagi makan, bg mandi & tukar baju. Susah & melarat konon, huhh!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s